Friday, December 15, 2017

PHD#02

Salam Mahabbah Fillah 27 Rabiul Awal 1439H.. Hari SABTU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.

FIKIR...Jangan Khuatir!

Jika ditanya bila kau akan BAHAGIA?

Jawabnya, HARI INI..

Tidak ada esok bagi mereka yang mengabaikan hari ini!

YESTERDAY ENDED LAST NIGHT!

Buka lembaran BARU dengan tekad dan AZAM yang BARU!

Terimalah realiti walaupun itu menyakitkan.
Menangislah sepuas-puasnya hingga apabila terasa kesedihan sudah di puncaknya.
Namun selepas itu, alirkan peluh untuk memperbaik atau mengubati realiti yang menyakitkan itu.

Hidup adalah perubahan yang tidak henti-henti.
Jangan cuba mengawalnya!
Kita tidak akan tahu QADA' QADAR ALLAH.
Itu rahsia dalam rahsia-NYA.
Apa yang kita tahu adalah apa yang telah terjadi.
Apa yang terjadi hari ini bukan apa yang akan terjadi esok.

Jadi..
Jangan cuba ambil tempat ALLAH, untuk menebak masa depan atau memadam masa silam.
Kita hanya hamba...hamba yang ilmunya sebatas hari ini.

MANFAATKANLAH HARI INI!

Hari esok?
Fikirkan tapi jangan sekali-kali khuatir.
Bingkas dan bangunlah.
Lihatlah betapa indahnya hari ini..

ALHAMDULILLAH..Terima Kasih ALLAH.

I Love You ALLAH for the rest of my life.

INDAHNYA HARI INI...

Ha HANNAN..
Denai hijau, langit biru, gunung kelabu
bukanlah sekadar bingkai satu pemandangan
yang mensuratkan sebuah keindahan
tapi potret hakiki menyerlahkan kebenaran
cermin alam yang mewajahkan kewujudanMU TUHAN

Denai, langit dan gunung
adalah satu cubitan kasih pada satu kealpaan
pada limpahan nikmat selaut indah
ke mana titisnya munajat seraut sembah?
sekian lama melihat alam penuh teratur
mengapa hati emas ini masih buta alpa bersyukur?

Denai, langit dan gunung
adalah pantulan lambang biasan tamsilan
gunung...bagai pasak teguh kemurnian IMAN
langit...hamparan saujana kelapangan ISLAM
denai...lembah subur kelembutan IHSAN
adalah citra di kanvas HATI EMAS ini rasa kehambaan

Ketika sunyi berwacanalah diri di dalam diri
YA HANNAN ..teguhkanlah IMAN-ku
seteguh gunung itu...

YA MANNAN..lapangkanlah ISLAM-ku
selapang langit biru...
dan lembutkanlah IHSAN-ku
selembut rumput di denai itu
nescaya bertamulah diri yang hakiki
di kamar HATI EMAS yang kenal ILAHI

Ya ALLAH..
tika gagah-MU bercermin alam sepenuh
terasa lemahku mencengkam diri seluruh
dan kolam HATI-ku takkan selamanya keruh!

SYUKUR ALHAMDULILLAH..

HARI INI BEGITU INDAH!

Tuesday, November 7, 2017

PHD#01

Salam Mahabbah Fillah 18 Safar 1439H.. Hari RABU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.

My Partner After This World,

REMEMBER THE DAYS 
YOU PRAYED FOR THE THINGS YOU HAVE NOW!

AKU TERIMA NIKAHNYA...
09-09-2017 | 18-12-1438H (SABTU 10:37)
RABUAN BIN KAMAL RAJALAH
MAZNAH BINTI ISMAIL

Melafaz akad dengan syukur..
Ku terima nikahnya penuh harapan..
Semoga CINTA terbina dikurnia zuriat nan indah.
Agar ku sedar naluri wanita bergelar IBU.

Nukilan CINTA-ku buat-mu Ya Sayyidul Amin..

Sebenarnya, kepada siapa kita harus mencinta?
Kepada siapa kita mesti merindu?
Mungkin ada antara kita yang tertanya-tanya.
Adakah kepada kekasih hati?
Atau kepada si dia yang sentiasa diingati?

Oh! Bukan, bukan, bukan...

CINTA dan RINDU sewajarnya diserahkan kepada ALLAH.
Ini bukanlah sesuatu yang janggal 
justeru sebenarnya hati setiap manusia 
secara fitrahnya mencintai dan merindui ALLAH.

CINTA isteri atau CINTA suami ialah alat untuk mencapai CINTA ALLAH.
Ertinya, CINTA akan suami dan isteri mesti berdasarkan rasa CINTA kepada ALLAH.

Rumah tangga dibina atas dasar CINTA tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab. 
CINTA antara manusia tidak boleh terpisah daripada CINTA ALLAH.
Kesepaduan CINTA itulah yang melahirkan tanggungjawab.

Jika hanya ada CINTA tetapi tidak ada rasa tanggungjawab, lambat laun CINTA akan luntur dan rumah tangga akan terkubur. Sebaliknya, jika ada tanggungjawab tanpa rasa CINTA, rumah tangga akan hilang keindahan dan pudar serinya. Ketika kemanisan bertukar pahit, ketika keseronokan beralih kepada kesukaran, maka tinggallah rasa tangungjawab untuk menyempurnakan sebuah perkahwinan. Justeru, CINTA hakikatnya adalah satu AMANAH yang terpaksa 'ditanggung', akan 'dipersoalkan' oleh ALLAH dan setiap yang bercinta perlu 'menjawabnya'. 

CINTA itu suatu kuasa kerana ia terletak dalam HATI, 
raja yang paling berkuasa dalam kerajaan diri manusia.

PENGANTIN AL-QURAN

Dalam Al-QURAN, ada satu surah yang dinamakan 'Arus al-Quran' (Pengantin al-Quran), 
iaitu surah yang ke-55. Ia juga dikenali dengan nama surah ar-Rahman 
(Allah Pemberi Anugerah limpahan rahmat).

Pesanan penting dalam Pengantin al-Quran adalah perintah bersyukur, tidak mengingkari atau melupakan nikmat-nikmat yang ALLAH anugerahkan. Di situlah dikemukan pelbagai nikmat Tuhan yang dapat diraih oleh makhlukNYA, di dunia dan di akhirat kelak.
 .

CINTA bukan hanya kata-kata bermadah, tetapi CINTA adalah AMANAH daripada ALLAH. Sesungguhnya CINTA itu indah kerana ia adalah kurnia daripada ALLAH Yang Maha Indah. Justeru, jagalah kesucian dan keindahan CINTA itu dengan berkata kepada KEKASIH HALAL-mu :

Aku CINTA kepadamu kerana ALLAH!



Monday, August 21, 2017

SMS#023

Salam Mahabbah Fillah 29 Zulkaedah 1438H.. Malam SELASA yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.

Dear Ya ALLAH,
Whenever I feel hard in my study,
Remind me this is JIHAD and for the sake of my lovely family.

Please Ya ALLAH,
Don't close my heart during my study,
Don't raise my ego during my success.

I'm struggling for my 7th year PhD journey
This is my final year year
IN SHAA ALLAH

Please do PRAY for me.


Tuesday, July 11, 2017

SMS#022

Salam Mahabbah Fillah 17 Syawal 1438H.. Hari SELASA yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.



YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
YA FATTAHUL 'ALIM..
Terimalah DOA kami pada hari ini
Kami memohon kekuatan pada hari ini
supaya kami dapat membuat perkara amal yang baik dan berkebajikan.

Kami memohon kepada-MU setiap saat
Engkau hapuskan dosa kami
dosa kedua-dua ibu bapa kami
dosa saudara-mara kami
sahabat kami yang jauh mahupun yang dekat
serta guru-guru kami.

Ya ALLAH
Kami memohon kepada-MU
Sembuhkanlah penyakit yang kami deritai
dan kami memohon kepada-MU Ya ALLAH
Semoga Engkau tunaikan segala hajat kami.
Hajat ibu bapa kami.
Hajat anak-anak kami.
Hajat saudara-mara kami.
Hajat sahabat-sahabat kami.

Perluaskanlah Ya ALLAH rezeki kami dengan silaturrahim ini.
Engkau perkenankanlah Ya ALLAH
setiap permintaan yang ada dalam bisikan hati kami.

Dengan rahmat-MU jua Ya ALLAH
yang kami harapkan.

Aamiin Aamiin Aamiin
Ya Rabbal 'Aalamiin.


Salam Eid Fitri al-Mubarak 1438H.
Moga Allah menerima semua ibadah kita.
Maaf Lahir Batin dari Jamilah binti Ibrahim 
(Balu Allahyarham Ismail bin Ali) dan ahli keluarga.


Bingkisan Kenangan Syawal 1438H..





PENYATUAN 2 CINTA ILAL JANNAH
AYAHANDA ISMAIL BIN ALI & BONDA JAMILAH BINTI IBRAHIM
[19 SYAWAL 1378H bersamaan 27 APRIL 1959M]

#TANAH KOCIK PUSAKO ADAT
#KAMPUNG MASJID TUA, RENGGOH, NEGERI SEMBILAN

#TERATAK RINDU WADI CINTA ISMAIL JAMILAH
#KAMPUNG MALAN DANGI, JOHOL, NEGERI SEMBILAN

Semoga urusan ateh Maznah binti Ismail, ibu ayah dan semua ahli Wadi Cinta Ismail Jamilah serta seluruh anak cucu cicit keluarga kita dipermudahkanNYA. Maaf untuk hak-hak  yang tidak tertunai, ada rezeki umur panjang kita jumpa lagi. IN SHAA ALLAH.
#FI HIFZILLAH WA FI AMANILLAH
#ILAL LIQA' WA MAAS SALAMAH
#SITI AISYHAH RADZURAN
#BITTAUFIQ WAN NAJAH
#KLIA-MAFRAQ






#AndaiIniSYAWALterakhir..


#Road2JANNAH_Day200/260
#PerjalananHatiDanDoa_Week22

#60HariMenujuDestinasiCINTA
[17 SYAWAL 1438H ~ 18 ZULKAEDAH 1438H ~ 18 ZULHIJJAH 1438H]

#ZIARAH MAHABBAH SYAWAL 1438H
#SAHABAT FILLAH ILAL JANNAH
#UKHUWWAH FILLAH ITU INDAH
#SKUDAI JOHOR

Ya Allah berilah berkah apa yang Engkau rezekikan kepada mereka,
Ampunilah mereka dan belas kasihanilah mereka.
Aamiin Aamiin Aamiin
Ya Rabbal 'Aalamiin.


----------------
#ALHAMDULILLAH..Sakinah, Mawaddah wa Rahmah Bersama-MU.. 17-10-1438H | 11-07-2017M 18:33 SELASA
#ODOJ_019

Tuesday, June 13, 2017

SMS#021

Salam Mahabbah Fillah 18 Ramadhan 1438H.. Hari SELASA yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.

Bagaimana Diriku Menggapai CINTA-MU..

Dengan menyerahkan seluruh cintaku buatMU Ya WADUD Yang Maha Pencinta..
diriku akan pasti mendapat cinta-MU, cinta yang tidak ada tolok bandingnya.
Ya WADUD akan pasti memasukkan perasaan cinta ini ke dalam orang-orang di sekelilingku termasuklah dirinya kerana DIA ingin diriku merasai betapa indahnya cinta-NYA, walaupun sedikit.
Apatah lagi cinta-NYA di akhirat nanti, sudah tentu tidak terjangkau oleh akalku yang cetek ini.
Oleh itu diriku menggapai cinta-NYA dengan menanamkan cinta-NYA jauh di hati sanubariku dan diriku keluarkan cinta-cinta selain ALLAH dari hatiku, cinta manusia, makhluk, dunia dan nafsu..
Diriku genggam sekuat-kuatnya cinta-MU di genggamanku sebagai amanah ALLAH.

Diriku sedar cinta makhluk di genggamanku ini akan pergi meninggalkanku pada bila-bila masa dan ketika dia meninggalkanku, diriku akan melepaskannya dengan penuh rasa redha dan syukur pada Tuhanku kerana kehilangan cinta sementara itu ada kebaikan buatku.

Cinta ALLAH di hati akan ku jaga sebaik-baiknya yang akan menyuluh hatiku dengan NUR-MU dan akan menyalakan bintang-bintang di hatiku umpama bintang-bintang di langit yang akan menjadi petunjuk jalan kepada diriku di sepanjang kehidupan ini.
Dengan cara ini, jiwaku pasti tenang kerana diriku pasti tidak akan kehilangan cinta yang begitu tulus, suci dan abadi daripada Ya ALLAH Ya WADUD, Ya JALIL dan Ya QUDDUS.
Aamiin Aamiin Aamiin
Ya Rabbal 'Aalamiin.


Ketika Diriku Merasa Bersalah dan Berdosa..

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Diriku sedar diriku hanya ciptaan Ya KHALIQ yang tidak lepas dari kesilapan.
Ya GHAFUR dan Ya AFFUW sudah pasti menunggu-nunggu bilakan diriku menadah tangan memohon ampun dari-NYA dan DIA sudah pasti akan mengampunkan segala kesalahanku walaupun sebanyak buih di lautan.
Sifat pemaaf dan pengampun ALLAH tidak ada tolok bandingnya.

Diriku memohon agar sedikit sifat GHAFUR dan AFFUW-MU Ya ALLAH diberikan kepada diriku agar diriku mampu menjadi seorang yang pemaaf agar diriku mampu memaafkan diriku, dirinya dan sesiapa sahaja yang bersamamu, agar dengan sifat memaafkan ini mampu melahirkan hubungan ukhuwwah yang lebih erat dan seterusnya diriku mampu berbuat baik sesama manusia dan terus mengutip redha-MU Ya ALLAH.


Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Ya WADUD Yang Maha Pencinta..
Berkatilah kami di bulan RAMADHAN ini..
Pertemukanlah kami dengan LAILATUL QADAR-MU.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Kami bersyukur kerana telah panjangkan usia kami hingga ke saat ini 
bagi membolekan kami berpuasa dan mengerjakan amal ibadah kepadaMU.

Ya ALLAH..
Kami menadah tangan memohon supaya Engkau panjangkan usia kami 
supaya kami dapat terus berpuasa dan beribadah 
hingga ke akhir bulan Ramadhan tahun 1438H ini.
Dan kami memohon Engkau panjangkan usia kami 
supaya kami dapat ketemu Ramadhan tahun hadapan.

Ya ALLAH..
Jadikanlah Ramadhan 1438 Hijrah ini lebih bermakna dari Ramadhan yang lalu.
Jauhkanlah kami dari neraka-MU
dan masukkanlah kami ke dalam syurga-MU
Aamiin Aamiin Aamiin
Ya Rabbal 'Aalamiin.


Wednesday, June 7, 2017

SMS#020

Salam Mahabbah Fillah 13 Ramadhan 1438H.. Hari KHAMIS yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Tambahkanlah ILMU untuk aku dapat bertenang..
Tambahkanlah aku kasih sayang untuk aku dapat bersabar..
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.


ALHAMDULILLAH.. Terima Kasih ALLAH

  • Membaca Surah Ali Imran ayat 190-200.
  • Minum Madu 2 sudu besar. (Boleh juga diletakkan di tapak tangan kanan dan dijilat. Enzim dari tangan menyeimbangkan bakteria dalam perut yang mempengaruhi emosi kita) 
  • Habbatus sauda' 10 titis
  • Minum air masak atau air bercampur sedikit garam bukit/ garam buluh (3 liter sepanjang hari)
  • 11 biji kurma untuk sarapan setiap pagi.
  • Banyakkan membaca Ta'awwudz (Aku berlindung kepada ALLAH dari syaitan yang terkutuk)
  • Amalkan membaca Ayatul Kursi (Surah Al-Baqarah ayat 255)
  • DOA Mengatasi Kerunsingan:

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Sesungguhnya aku ini hamba-MU 
dan anak kepada hamba lelaki-MU 
dan anak kepada hamba perempuan-MU..
Urusanku berada pada tangan-MU..
Hukum-MU terlaksana pada diriku..
Ketentuan-MU adil padaku..
Aku meminta daripada-MU dengan setiap nama-MU 
yang ENGKAU namakan diriMU dengannya 
atau yang ENGKAU ajarkannya kepada sesiapa daripada kalangan makhluk-MU 
atau yang ENGKAU peliharanya dalam ilmu ghaib di sisiMU 
agar ENGKAU jadikan AL-QURAN pengubat hatiku, 
cahaya dadaku, penghilang kesedihanku dan rasa gundahku.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.

[Syukran jazilan buat sahabat fillah yang sudi berkongsi amalan konsistennya untuk menangani kemurungan yang dialamainya semenjak melahirkan anak yang ketiga pada tahun 2014 yang lalu.] 

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Ya Syafiey Yang Maha Meyembuhkan..
Di Bulan RAMADHAN yang penuh keberkatan ini Ya ALLAH
Kami memohon kepadaMU
Berikanlah kesembuhan buat sahabat yang mengalami kemurungan ini
Kurniakanlah kesihatan yang terbaik buat dirinya.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.

Tuesday, June 6, 2017

SMS#019

Salam Mahabbah Fillah 12 Ramadhan 1438H.. Hari RABU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.


Selamat Berpuasa Duhai Pengantin RAMADHAN
Honeymoon dengan AL-QURAN
Online dengan TUHAN


17:80. Dan katakanlah: Ya Tuhanku masukkan aku ke tempat masuk yang benar & keluarkan aku dari tempat keluar yang benar & adakan untukku dari sisiMU kekuasaan yang menolongku.
(QS. Al-Isra', 17:80)

ALHAMDULILLAH..Terima Kasih ALLAH

[Berpeluang menyertai Program SEMINAR PSIKIATRI DAN PERUNDANGAN anjuran Persatuan Peguam Muslim Malaysia di Mahkamah Syariah Johor Bahru pada 20 Mei 2017]



26:80. Dan jika aku sakit, DIA-lah yang menyembuhkan daku,
(QS. Asy-Syua'ra', 26:80)

"Ya Allah Ya Syafiey Yang Maha Menyembuhkan
Sihatkanlah tubuh badan kami
Sihatkanlah pendengaran kami
Sihatkanlah penglihatan kami
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin."


MDD Fighter [2003-2011-2015]
#Be STRONG
#BANGKIT

11:11. Kecuali orang-orang yang bersabar dan beramal soleh. Untuk mereka itu keampunan dan pahala yang besar.
(QS. Hud, 11:11)


Pada 10 Ramadhan 1438H yang lalu, sambil menunggu giliran untuk bertemu pakar psikiatri di Klinik Psikiatrik Hospital Sultanah Aminah, sempat membaca dan mencatat nota ini yang terpampang di poster klinik tersebut:

#Bipolar Disorder
Bipolar Disorder is a mental condition that causes abnormal mood swings & changes in energy levels within an individual.

People with bipolar disease experience a wide range of emotions. They can be severely depressed for long periods of time, with sudden manic episodes of excessive energy, excitement & irritability.

Manic episodes may be mild. Patients may appear normal for a time before becoming extremely manic or depressed.

Symptoms of bipolar disorder.
#Mania
#Depression

Mania
#Excitement
#Euphoria
#Overactivity
#Lack of sleep
#Compulsive behaviors: uncontrolled shopping, gambling, drinking & substance abuse
#Overly optimistic
#Impaired judgement


Depression
#Prolonged sadness
#Suicidal tendencies
#Low energy levels
#Fatigue
#Drowsiness
#Changes in weight
#Unable to sleep at night
#Lack of concentration
#Disinterest in daily activities

Causes of bipolar disorder.
Doctors believe bipolar disorder occurs following a stressful event in a person with one or more of the following factors:

#Family history of bipolar disorder
#Changes to brain function
#Changes to brain structure

*The exact cause of bipolar disorder however, remains unknown!

Bipolar disorder requires long term medical care. With the right treatment, a person with bipolar disorder can experience better family, social and working life.


ALHAMDULILLAH.. Pagi 12 Ramadhan 1438H ini, terjumpa blog Dr. Salmi ini.
Sila KLIK Fahami Psikologi & Psikiatri untuk keterangan lanjut berkenaan psikologi dan masalah psikiatri.


-----------------
#ALHAMDULILLAH.. Sakinah, Mawaddah wa Rahmah Bersama-MU.. 07-06-2017M | 12-09-1438H 12:30 RABU
#Road2JANNAH
#KembaraILMU


Wednesday, May 17, 2017

SMS#018

Salam Mahabbah Fillah 20 Syaaban 1438H.. Hari RABU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.


SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN BONDA
JAMILAH BINTI HJ. IBRAHIM.

[ 20 SYAABAN 1361 H ~ 20 SYAABAN 1438 H ]

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..


Tuesday, April 18, 2017

SMS#017

Salam Mahabbah Fillah 22 Rejab 1438H.. Hari RABU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.


#hasilKERAStanganSENDIRI..Alhamdulillah

-----------------
#ALHAMDULILLAH.. Sakinah, Mawaddah wa Rahmah BersamaMU..19-04-2017M | 22-07-1438H 11:15 RABU
#KembaraILMU_week10/23
#Road2JANNAH_117/260
#ODOJ_22


Thursday, March 2, 2017

SMS#016

Salam Mahabbah Fillah 4 Jamadil Akhir 1438H.. Hari JUMAAT yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.


18:10. ...Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat dari sisiMU 
dan siapkan untuk kami (keadaan) yang baik dalam urusan kami.
(QS. Al-Kahfi, 18:10)


#JusKencurElZadra

Bahan-bahan:
Kunyit
Halia
Temulawak
Cekur
Manjakani
Kunci
Temuiring
Kayu serapat
Gula kabung
Lemon
Lempoyang
Sirih
Halia Bara

Cara Minum:
Goncang
Banyakkan minum air masak selepas minum jus herba ini
2 sudu makan/ 1 sudu makan
1 kali sehari/ 2 kali sehari/ 3 kali seminggu (sebelum atau selepas makan)
Ikut keserasian
Simpan dalam peti sejuk

Khasiat:
Awet muda
Memanaskan badan dingin
Masalah keputihan/rahim
Melawaskan pembuangan air besar
Melegakan sakit sendi
Melancarkan perjalanan darah
Membuang angin
Melembapkan kulit
Atasi perut buncit
Meringankan badan
Bertenaga

Mengikut keserasian tubuh badan
Inshaa ALLAH dengan izin-NYA


ALHAMDULILLAH.. 
Selepas mengamalkan minum jus kencur ini 
setiap pagi sebelum sarapan dan selepas makan malam selama 2 minggu secara konsisten, 
badan terasa lebih ringan untuk beraktiviti dan membuang angin yang ada dalam badan. 
Berat badan juga berkurang dan dapat mengawal selera makan.

Amalan pemakanan sunnah juga tidak dilupakan. 
Sebiji kurma (saya suka kurma mariami) 
setiap pagi dan malam sebelum tidur 
diambil bersama segelas susu segar (susu kambing lagi baik)
memberikan tenaga kepada tubuh badan kita 
selain dapat melawaskan pembuangan air besar setiap hari.
Alhamdulillah..
Terima kasih ALLAH. 


---------------------------
#ALHAMDULILLAH.. Sakinah, Mawaddah wa Rahmah BersamaMU.. 03-03-2017M | 04-06-1438H 14:39 JUMAAT
#Road2JANNAH
#Day70/260
#Week10/37
#Month3/9