Tuesday, August 21, 2012

Eid Mubarak 1433 H

Alhamdulillah....terima kasih Ya Rabb kerana mengizinkan diriku menikmati kemeriahan menyambut Eid Mubarak 1433 H selepas berpuasa sebulan di bulan Ramadhan yang berkat.

Menyambut kedatangan Syawal tanpa ayahanda di sisi dan bukan berada di kampung halaman sendiri, amatlah asing bagi diriku. Walaupun bonda dan kekandaku berada di sisi dengan persiapan raya sama seperti tahun-tahun lepas, namun nikmat berkumpul beramai-ramai sambil mendengar celoteh ayah tiada lagi. Tiada siapa yang memantau kerja-kerja kami anak-anaknya serta bertindak sebagai mandor untuk persiapan raya kali ini.

Kami menyambut Eid Mubarak di rumah kekandaku Robiah di Taman Gunung Emas. Ketupat dan rendang serta kuih muih disediakan khas oleh abang dan kakak iparku dari Meru. Tiada lagi aktiviti bergotong royong membuat kuih raya di hari mantai. Sarung ketupat pun ditempah khas dari Meru.

Sanak saudara pun dan berkembang biak. Yang pergi tetap akan pergi namun yang masih diberikan nikmat hidup olehNya mesti meneruskan kehidupan seperti biasa. Tali silaturrahim dijaga agar tidak terputus. Kunjung mengunjung ke rumah saudara mara janganlah dilupakan. Kenal mengenal antara sanak saudara wajib diteruskan agar generasi akan datang akan saling mengenali antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi saudara mara sebelah arwah ayahandaku yang tercinta. Walaupun dia telah tiada, namun ikatan persaudaraan tidak akan terputus.

1 comment:

  1. assalamualaikum, selamat hari raya juga.. maaf kalau mengganggu, sy telah membaca beberapa entry blog akak, sy ad sesuatu nak bertanya kn akak mengenai melanjutkan pelajaran ke PHD dan mengenai biasiswa utm zamalah.. kalau sudi berkongsi sedikit info dengan sy, akak bole hubungi saya di qiaqistina@gmail.com, trima kasih..

    ReplyDelete