Saturday, December 21, 2013

HIJRAH #011

Salam 19 Safar 1435H.

1:1
Dengan lafaz bismillah kumulakan bicara. Sudah agak lama tidak menulis sebenarnya. Mencari momentum untuk kembali menulis terasa sedikit sukar. Namun kucuba berusaha mencapai mampu untuk melakukannya.

Sedar tidak sedar bulan kedua kalendar hijriah semakin meninggalkan kita. Hari ini telah 19 hari kita berada dalam bulan Safar ini. Surah pilihan pada hari ini mengikut ketetapan hijriah ialah surah ke-19 dalam al-Quran iaitu surah Maryam.

Namun tika dan saat ini, inginku bicarakan tentang surah cinta yang ke-18 dalam al-Quran iaitu surah al-Kahfi.

Terlalu banyak ayat-ayat cinta dalam surah al-Kahfi ini yang mengetuk pintu hatiku yang paling dalam untuk membenarkan kata-kataMu Ya Allah Ya Wadud Yang Maha Pencinta.

Sunnahnya pemuda ashabul Kahfi ini adalah menyelamatkan imannya dengan melarikan diri ke dalam GUA (Al-Kahfi).

Tiada apa yang mustahil segala ketentuan dan ketetapan yang Dia aturkan untuk diri kita. Ku yakini berlaku apa yang telah Engkau tetapkan menurut ketetapan dan ketentuanMu. Kun fayakun. Tidak akan lewat walau sesaat apa yang telah Engkau tetapkan untuk diriku ini.

~16:1~

~18:10~

~18:39~

MMR ~ Mudahnya Menjemput Rezeki adalah hadiah untuk diriku tika dan saat ini. Buku mini yang sangat bermanfaat untuk dibaca serta dipraktikkan apa yang terkandung di dalamnya.

Mudah sahaja untuk menjemput rezeki sebenarnya. Tiga langkah yang mudah ini, mari kita praktikkan mulai dari saat ini.

~ mesrakan diri dengan solat
~ sedekah dengan sistematik
~ bersilaturrahim.

The power of NOW. Jom HIJRAH sekarang!

~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~~°~°~°~°~°~

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Melarikan diri ke dalam GUA
Demi menyelamatkan iman

Disangka tidur hanya sehari
Rupanya tiga ratus sembilan tahun
Zaman bertukar beberapa kurun
Di bumi bersejarah urdu

Begitulah kuasa Ilahi
Kepada ashabul kahfi
Tiada mustahil di dunia ini
Jika kita beriman dan bertakwa

Tercatat sudah dalam sejarah
Tujuh pemuda yang beriman
Tulang belulang berserakan
Tulang dari binatang tunggangan
Juga anjing yang dijanjikan surga
Qitmir yang mulia

~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~

***Coretan ini kulakarkan sementara menunggu sahabat yang membuat rawatan di klinik pergigian skudai. Moga Allah permudahkan urusan sahabatku yang kusayangi ini.
(22/12/13 11:00 AM)

Sunday, November 24, 2013

HIJRAH#010

Salam 21 Muharram 1435H.

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (33:21)

~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~

LAHIRNYA NABI

Tanggal 12,
Rabiul Awal,
Lahirnya Nabi

Junjungan Mulia,
Kedunia,
Membawa Rahmat,
Untuk semua manusia

Ayahnya Abdullah,
telah kembali,
menemui Tuhan,
Rabul I'zzati,
Ibunya Aminah,
tinggal sendiri
menunggu

Rahmat Dari Illahi,
Disubuh,
Isnin yang hening
Cahaya bergemerlapan,
Menyambut,
Lahirnya Nabi,

Muhammad....
Nama diberi...
Nabi Muhammad,
Nabi pilihan,
Nabi Muhammad,
Nabi akhir zaman,
Tuhan utuskan

Untuk Manusia,
Pembela agama,
sepanjang zaman.

Marilah Teman,
Kita semua,
Bersatu hati,
Maju kedepan,
Menyambut seruan
Rasul Mulia,
Membangunkan,
Islam yang tercinta...

Saturday, November 23, 2013

HIJRAH#009

Salam 20 Muharram 1435H.

"(Iaitu) ketika Kami mengilhamkan kepada ibumu sesuatu yang diilhamkan," (QS. Taha, 20:38)

"(Iaitu), letakkanlah dia (Musa) di dalam peti, kemudian hanyutkanlah dia ke sungai (Nil), maka biarlah (arus) sungai itu membawanya ke tepi, dia akan diambil oleh (Firaun) musuhKu dan musuhnya. Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariKu*; dan agar engkau diasuh di bawah pengawasanKu." (20:39)

* Setiap orang yang memandang Nabi Musa a.s. akan merasa kasih sayang kepadanya.

"(Iaitu) ketika saudara perempuanmu berjalan, lalu ia berkata (kepada keluarga Firaun), 'Bolehkah saya menunjukkan kepadamu orang yang akan memeliharanya?' Maka Kami mengembalikanmu kepada ibumu, agar senang hatinya dan tidak bersedih hati. Dan engkau pernah membunuh seseorang, lalu Kami selamatkan engkau dari kesulitan (yang besar) dan Kami telah mencubamu dengan beberapa cubaan (yang berat); lalu engkau tinggal beberapa tahun di antara penduduk Madyan, kemudian engkau, wahai Musa, datang menurut waktu yang ditetapkan," (20:40)

"Dan Aku telah memilihmu (menjadi rasul) untuk diriKu." (20:41)

~Ratu Nil (Yukabid)~

Khabar itu merusuh jiwa
Titah yang dicerca semesta
Si kecil bergelar lelaki
Bakal korban si derhaka

Resahmu bertukar debaran
Ketika bergema ketukan
Di mana nak kau sembunyikan
Tubuh kecil tak berdosa

Alam bagaikan membisu
Arus Sungai Nil pun mengalir lesu
Mendengarkan tangismu
Saat menyaksikan
Bayimu yang hanyut bersendirian

Duka tak terbanding kata
Dan halus nalurimu terdera
Sungguh kerinduanmu hebat terduga

Teguhlah ibu yang mulia
Berpegang pada satu percaya
Berpisah bukan selamanya
Janji-Nya bukan dusta

Tika dipanggil ke istana
Lengkaplah kisah kasih yang sempurna
Bayimu kehausan
Lalu kau susukan
Menitis airmatamu kesyukuran

Nyatalah janji Yang Esa
Terpisah ‘tuk bertemu semula
Kau genggam kembali jemari kecilnya

Walau diam dalam rahsia
Terpujuk sudah hati yang hiba
Yang dirindu kini kau dakap bahagia

Yukabid engkau tamsil cinta
Lambang tulusnya kasih ibunda
Pengorbanan yang tiada mula
Dan tiada hujungnya

Friday, November 22, 2013

HIJRAH#008


Salam 19 Muharram 1435H buat semua sahabatku yang dikasihi kerana Allah. Jom kita rujuk surah yang ke-19 dalam al-Quran iaitu surah Maryam. [QS Maryam, 19: 2-5] 

Surah ini dibuka dengan kisah Zakaria a.s. Ayat kedua surah ini dibuka dengan kalimat yang indah,
"Inilah salah satu kisah hamba Allah yang dekat denganNya juga dengan rahmatNya."

Zakaria adalah salah seorang nabi yang agung, pemimpin bani Israel. Dikatakan dalam Shahih Bukhari bahawa profesi sehari-hariannya adalah seorang ahli kayu. Dia membiayai hidupnya dengan usahanya sendiri.

Allah berfirman pada ayat ketiga surah ini,

"(Iaitu) ketika dia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut." (QS. Maryam,19:3) 

Ayat tersebut bermakna bahawa Nabi Zakaria meminta kepada Allah dengan cara ini kerana Allah lebih menyukai hal tersebut. Qatadah memberikan komentar ketika menjelaskan ayat ini bahawa sesungguhnya Allah menyukai hati yang takut dan bertakwa. Dia amat Maha Mendengar suara yang halus dan samar.

Kelanjutan doa Nabi Zakaria kepada Allah diteruskan pada ayat berikutnya,
"Dia (Zakaria) berkata, 'Ya Tuhanku, sungguh tulangku telah lemah.
Ayat tersebut menunjukkan adanya perendahan fisik yang semakin melemah dan kekuatan yang semakin menurun.

Ayat tersebut dilanjutkan dengan, "Dan kepalaku telah dipenuhi uban", yakni uban yang menyelimuti helai-helai rambut yang hitam. Seluruh ungkapan Zakaria ini bertujuan untuk menunjukkan kelemahan dirinya di hadapan Pencipta dengan usia yang bertambah senja beserta tanda-tanda zahirnya.

Ayat keempat ini ditutup dengan kalimat, "Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu, ya Tuhanku."

Ayat tersebut menunjukkan bahawa tidak pernah terjadi Allah tidak mengabulkan dan tidak mengindahkan doa Zakaria di dunia.
(Tafsir Ibnu Kathir)


QS Maryam, 19:4
Doa agar tidak berputus asa!

Doa dalam ayat ini memberikan teladan bagi kita agar kita tidak berputus asa dari rahmat Allah. Ini adalah doa Nabi Zakaria, yang memiliki kelemahan fisik dan kekuatan yang semakin menurun dengan usia yang bertambah senja. Namun, tidak pernah kecewa dalam berdoa kepada Allah. Nabi Zakaria meminta keturunan sebagai penjaga dan penyelamat manusia dengan risalah yang Allah titipkan kepada anak tersebut setelah kematiannya.

Permintaannya pun akhirnya diijabah Allah. Ketakutannya ini tidak didasarkan pada kekhawatiran jatuhnya warisan hartanya ke tangan orang lain. Warisan yang dikatakan Zakaria dalam doanya ketika meminta seorang anak agar dapat mewariskan darinya, bukan warisan harta sebagaimana yang lumrah, melainkan warisan kenabian. (Tafsir Ibnu Kathir)


QS Maryam, 19:5
Doa yang baik pasti dikabulkan Allah!  

Allah Maha Penguasa dan Pemilik seluruh alam semesta. Jika menghendaki, Dia dapat memberikan kepada manusia apa sahaja yang diinginkanNya.

Setiap orang yang berpaling kepada Allah dan berdoa kepadaNya, haruslah meyakini bahawa Allah berkuasa melakukan apa sahaja. Oleh sebab itu, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa. Dia akan memberikan apa yang diminta oleh seseorang jika doa tersebut baik. Misalnya, Nabi Zakaria a.s. berdoa kepada Allah agar diberi keturunan yang diredhai, dan Allah pun mengabulkan doanya, meskipun isterinya mandul.

Allah mengabulkan doa Nabi Zakaria dan memberikan kepadanya berita gembira tentang Nabi Yahya a.s. Bahkan, Nabi Zakaria merasa hairan sendiri kerana isterinya mandul.
(Harun Yahya, Beberapa Rahsia dalam al-Quran, 2004).


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*KUN FAYAKUN~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


~Ku Yakin Berlaku~

Yang ku panggil kasih
Ku kenang selalu
Riuh atau sepi
Rinduku padamu

Dalam kesibukan
Dalam kelapangan
Tiada ku lekang
Ingatan yang suci

Tertumpu mendambakan
Disatukan denganmu

Di hari yang indah
Ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama

Di hari yang indah
Tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku

Garisan pemula
Jauh kutinggalkan
Semangat ku sama
Mencapai impian

Kau ku panggil kasih
Dulu dan selamanya
Tidakkan berubah
Perasaan ini

Thursday, November 21, 2013

HIJRAH#007

### JASA CIKGU ~ Cikgu Sulizi ###

Terimo kaseh cekgu
Kerano sudi ajar sayo
Hinggo kenal meroh biru
Tahu nilai budi baso
[Terima kasih cikgu
Kerana sudi ajar saya
Hingga kenal merah biru
Tahu nilai budi bahasa]

~ Mitok halal segalo ilmu
Cekgu bui selamo maso
Berkat doa denge restu
Sayo buleh berjayo
[Minta halal segala ilmu
Cikgu beri selama masa
Berkat doa dengan restu
Saya boleh berjaya]

~ Berkat tekun cekgu ajar
Pelajare cekgu bui
Garis lurus panje sejekal
Sapa caro peghitoh negeri
[Berkat tekun cikgu ajar
Pelajaran cikgu beri
Garis lurus panjang sejangkal
Sampai cara perintah negeri]

~ Tapi kerano terlebih panda
Rusok ime punoh budi
Jaso cekgu demo tok nila
Supo kayu hanguh api
[Tapi kerana terlebih pandai
Rosak iman punah budi
Jasa cikgu mereka tak nilai
Seperti kayu hangus api]

~ Wahai ahli masyarakat
Hargoilah jaso cekgu
Walau hanyo denyut oghat
Walau jaso sebesar debu
[Wahai ahli masyarakat
Hargailah jasa cikgu
Walau hanya sedenyut urat
Walau jasa sebesar debu]

~ Didik asuh tegur ghoyak
Hinggo kito buleh maju
Tido jenero make sedap
Ghumoh tanggo beranok cucu
[Didik asuh tegur bagitahu
Hingga kita boleh maju
Tido lena makan sedap
Rumah tangga beranak cucu]

~ Buleh kito gini maju
Cekgu bui lakoh mulo
Lekat amat(?) pesene cekgu
Hinggo kito buleh berjayo
[Boleh kita sebegini maju
Cikgu beri langkah mula
Lekat amat(?) pesanan cikgu
Hingga kita boleh berjaya]

~ Berkat nikmat manis madu
Negaro kayo-rayo
Jaso baik pehok cekgu
Tadop sapo buleh lupo
[Berkat nikmat manis madu
Negara kaya-raya
Jasa baik pihak cikgu
Tiasa siapa boleh lupa]

~ Berburu pade datar
Dapat ruso bele di kaki
Berguru pale ajar
Bagai bungo kembe dop jadi
[Berburu padang datar
DApat rusa berbelang di kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi]

~ Umpamo kain sela
Putih hite kotor cuci
Jaso cekgu bubuh kalar
Untok bino genorasi
[Umpama kain sehelai
Putih hitam kotor suci
Jasa cikgu letak warna
Untuk bina generasi]

~ Bersabar la wahai cekgu
Sayo kaseh sayo saye
Susoh payoh cekgu lalu
Ore lain tok pehe
[Bersabar la wahai cikgu
Saya kasih saya sayang
Susah payah cikgu lalu
Orang lain tak faham]

~ Penat leloh sedih pilu
Ukah bukit litah pade
Kerano nyapa ilmu
Laut luah sanggup sebeghe
[Penat lelah sedih pilu
Panjat bukit lintas padang
Kerana menyampai ilmu
Laut luas sanggup seberang]

~ Untung labo daun sela
Tidok cekgu kiro fikir
Bajo umbi buoh seghar
Ore lain kutip hasil
[Untung laba daun sehelai
Tidak cikgu kira fikir
Baja umbi buah segar
Orang lain kutip hasil]

~ Kerano cekgu jiwo sobar
Relo jadi mace lilin 
Relo diri hanguh terbakar
Bui cayo ko ore lain
[Kerana cikgu jiwa sabar
Rela jadi macam lilin
Rela diri hangus terbakar
Beri percaya kepada orang lain]

~ Oh hayatilah wahai cekgu
Jasomu yang tulus suci
Kukuh teguh jadi tugu
Tumbuh berakar buoh beghisi
[Oh hayatilah wahai cikgu
Jasamu yang tulus suci
Kukuh teguh jadi tugu
Tumbuh berakar buah berisi]

~ Jaso baik sudoh tentu
Cukup maso genap hari
Niat baik Tuhe tahu
Jadi berkat sebelum mati
[Jasa baik sudah tentu
Cukup masa genap hari
Niat baik Tuhan tahu
Jadi berkat sebelum mati]

~Taburkelah bakti 
Teruhlah berjue
Membino pertiwi
Jayoke wawase
[Taburkanlah bakti
Teruslah berjuang
Membina pertiwi
Jayakan wawasan]

~ Susoh leloh atah diri
Tok harap balase
Negaro dok nati
Sinar bule tere
[Susah lelah atas diri
Tak harap balasan
Negara sedang menanti
Sinar bulan terang]

~# Cekgu
Jaso cekgu
Tok mungkin kami lupo
Kami berjayo kerano cekgu
Kami bahagio kerano cekgu
Negaro ini dibino atah jaso
Dan titik leloh cekgu
[Cikgu
Jasa cikgu 
Tak mungkin kami lupa
Kami berjaya kerana cikgu
Kami bahagia kerana cikgu
Negara ini dibina atas jasa
Dan titik lelah cikgu]

~ Terimo kaseh cekgu
Kerano sudi ajar sayo
Hinggo kenal meroh biru
Tahu nilai budi baso
[Terima kasih cikgu
Kerana sudi ajar saya
Hingga kenal merah biru
Tahu nilai budi bahasa]

~ Mitok halal segalo ilmu
Cekgu bui selamo maso
Berkat doa denge restu
Sayo buleh berjayo
[Minta halal segala ilmu
Cikgu beri selama masa
Berkat doa dengan restu
Saya boleh berjaya]

Wednesday, November 20, 2013

HIJRAH#006

Salam Muharram 1435H buat semua sahabat yang dikasihi kerana Allah. Hijrah itu satu pengorbanan...Jom Hijrah kernaNya....

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
When you're going something hard and you start wondering where Allah is, 
just remember, 
the Teacher is always quiet during a TEST!
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

"dan (Dia menciptakan) tanda-tanda (petunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang mereka mendapat petunjuk."
(QS. An-Nahl, 16:16)

--<>--<>--

(Iaitu) orang-orang yang berdoa,
"Ya Tuhan kami, kami benar-benar beriman, maka ampunilah dosa-dosa kami dan lindungilah kami dari azab neraka."
 (QS. Ali Imran, 3:16)

--<>--<>--

"Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Mahatinggi Allah dari apa yang mereka persekutukan." (QS. An-Nahl, 16:3)

--<>--<>--

"dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (segala sesuatu),
dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis,
dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan,
dan sesungguhnya Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan,
dari mani, apabila dipancarkan," 
(QS. An-Najm, 53: 42-46)

--<>--<>--

Hadith riwayat Ibnu Umar r.a. Rasulullah s.a.w beliau bersabda,
"Sesungguhnya orang kafir itu ditambah siksanya oleh Allah swt sebab tangis keluarganya. Sungguh, Allah adalah Zat yang membuat tertawa dan membuat menangis. Dan seseorang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain."
(HR Muslim, 1543)

~SENDIRI MENYEPI~

Sepi Menyepi
Tenggelam dalam renungan
ada apa aku seakan kujauh dari ketenangan
perlahan kucari, mengapa diriku hampa....

mungkin ada salah, mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi...
Oh Tuhan aku merasa
sendiri menyepi

ingin ku menangis, menyesali diri, mengapa terjadi
sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMy yang sempat menyala
benderang di hidupku...

perlahan kucari, mengapa diriku hampa
mungkin ada salah mungkin ku tersesat,
mungkin dan mungkin lagi
Oh Tuhan aku merasa...
sendiri menyepi...

ingin ku menangis menyesali diri, mengapa terjadi
sampai kapan ku begini
resah tak bertepi
kembalikan aku pada cahayaMu yang sempat menyala

Oh Tuhan aku merasaaaaa.....
seeeeeeendiri......aku merasa sendiri....
sampai kapan begini
resah tiada bertepi....Ooohh...
kuingin cahayaMu
benderang di hidupku....

Saturday, November 9, 2013

HIJrAH#005

Salam 6 Muharram 1435H.

Dengan izinNya....

1) Ketetapan (Rububiyyah) - aturan berpandukan tarikh Islam diikat dengan diri. Contohnya surah ke-6 ayat ke-6. (6:6)

2) Mulkiyat - tempat; untuk terikat pada diri, semua surah ayat mengikut tarikh Islam dan semua ayat dari surah bulan perlaksanaan. Contohnya surah ke-3 ayat ke-6, semua surah ayat ke-6 dan semua ayat dari surah ke-3. (3:6)

3) Ubudiyyah - ketetapan diri. Mesti tidak lari dari Rububiyyah dan Mulkiyat. Contohnya surah ke-6 ayat ke-3. (6:3)

~Jom fungsikan al-Quran Kareem!~

(1) Tidakkah mereka memperhatikan berapa banyak generasi sebelum mereka yang telah Kami binasakan, padahal (generasi itu), telah Kami teguhkan kedudukannya di bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu. Kami curahkan hujan yabg lebat untuk mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa-dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan generasi yang lain setelah generasi mereka.
(QS. Al-An'am, 6:6)

(2) Dialah yang membentuk kamu dalam rahim menurut yang Dia kehendaki. Tidak ada tuhan selain Dia. Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana. (QS. Ali Imran, 3:6)

(3) Dan Dialah Allah (yang disembah), di langit ataupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan dan mengetahui (pula) apa yang kamu kerjakan. (QS. Al-An'am, 6:3)

~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~
"Wahai puteriku sayang,
Lupakanlah hajatmu mencari yang soleh dahulu.
Sebaiknya jadikan dirimu solehah terlebih dahulu.
Insha Allah...yang soleh pasti akan Allah hantarkan kepadamu.
Kerna dia tercipta untukmu."

~°~~°~°~°~°~°~°~°~~°~°~°~°~°~°~°~°~

Friday, November 8, 2013

HIJRAH#004

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
"Hanya Engkaulah yang kami sembah,
dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan." (1:5)
~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~
Di antara kudrat Tuhan
Dia mencipta manusia
Sebagai khalifah mentadbir bumi ini
Juga sebagai hamba nan berbakti dan berbudi
Ingatlah Tuhan Yang Maha Kuasa
Ombak yang menderu
Dedaun berterbangan
Terkadang mengkhayalkan diriku
Terlupa aku pada Pencipta Yang Esa
Yang sentiasa melihat diriku
Di mana... Di mana berada
Di mana... Oh di manakah diriku
Adakah di jalan lurus atau dijalan yang berliku
Oh Tuhan tunjukkan ku jalan kebenaran
Ku tahu jalan bahagia
Penuh onak jua cabaran
Oh Tuhan beri kekuatan pada ku
Demi mendapat keredhaan dari Mu
Sanggup ku tempuhi ranjau yang penuh berliku
Dengan rahmat Mu ya Tuhan
Selamatkanlah diriku
Dari seksaan api neraka Mu.
~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~°~
"Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (Dan dihalalkan mengahwini) wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kahwin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. Barangsiapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari kiamat termasuk orang-orang merugi."(5:5)
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (94:5)
"Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." (96:5)
~5/1/1435H@wadi ismailjamilah~

Thursday, November 7, 2013

HIJRAH#003

HIJRAHNYA KAUM MUSLIMIN

Salam Maal Hijrah 1435H.

Meninggalkan harta & hijrah ke tempat lain jika memang diperlukan adalah merupakan bentuk penghambaan yang disebutkan di dalam al-Quran. Kerana itu, kaum muslimin yang berhijrah kerana Allah selalu melihat kebaikan dalam "kepindahan terpaksa" mereka. Sesungguhnya, di dalam al-Quran disebutkan bahawa hijrah kerana Allah dilakukan oleh mereka yang mengharapkan kasih sayang Allah.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah, dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (2:218)

Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman), "Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki maupun perempuan, (kerana) sebagian kamu adalah (keturunan) dari sebagian yang lain. Maka orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang terbunuh, pasti akan Aku hapus kesalahan mereka dan pasti Aku masukkan mereka ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, sebagai pahala dari Allah. Dan di sisi Allah ada pahala yang baik." (3:195)

Hadis riwayat Mujasyi' bin Mas'ud As-Sulami r.a., dia berkata,
"Aku datang menghadap Nabi s.a.w untuk membaiat beliau untuk berhijrah."
Beliau bersabda,
"Sesungguhnya hijrah telah berlalu bagi orang-orang yang telah melaksanakannya, tetapi masih ada hijrah untuk tetap setia pada Islam, jihad, serta kebajikan."
(HR Muslim, 3465)

"Dan barang siapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan RasulNya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (4:100)

Dari Alqamah bin Waqash Al-Laitsi, dia berkata,
"Saya mendengar Umar bin Khathab r.a berkata di atas mimbar,
'Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, 'Sesungguhnya amal-amal itu hanyalah dengan niatnya dan bagi setiap orang hanyalah sesuatu yang diniatkannya.
Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan rasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan rasulNya.
Dan, barang siapa yang hijrahnya kepada dunia, maka dia akan mendapatkannya.
Atau, kepada wanita yang akan dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada sesuatu yang kerananya dia hijrah." (HR Bukhari, 1)

"Dan orang yang berhijrah kerana Allah setelah mereka dizalimi, pasti Kami akan memberikan tempat yang baik kepada mereka di dunia. Dan pahala di akhirat pasti lebih besar, sekiranya mereka mengetahui," (16:41)

"(Iaitu) orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal." (16:42)

Rujukan:

Harun Yahya, Melihat Kebaikan di Segala Hal, 2004.

Miracle the reference!

-Jom kita HIjRAH-

~~~"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan akhlak serta tabiatnya. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan akhlak dan tabiatnya." (Imam Nawawi 2009: 529 Al-Azkar; The Complete Book of Zikir, Arkanleema)~~~

~3/1/1435H@wadi ismailjamilah.~

Saturday, October 19, 2013

Hijrah#002

Kupinang engkau dengan Al Quran
Kokoh suci ikatan cinta
Kutambatkan penuh marhamah
Arungi bersama samudra dunia

Jika terhempas di lautan duka
Tegar dan sabarlah tawakal pada-Nya
Jika berlayar di sukacita
Ingatlah tuk selalu syukur padaNya

Hadapi gelombang ujian
Sabarlah tegal tawakal
Arungi samudra kehidupan
Ingatlah syukur pada-Nya

~15 Zulhijjah 1434H @ wadi ismailjamilah.

***Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ya Wadud Yang Maha Pencinta,
izinkanlah diriku dipinang olehnya dengan al-Quran.***

Sunday, October 6, 2013

HiJRAH #001


Alhamdulillah...segala puja & puji kupanjatkan ke hadratMu Ya Rabb kerana dengan izin dan inayahMu, diri ini masih dikurniakan nikmat agungMu iaitu Ihsan, Iman dan Islam. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (1:1)

 Setiap saat dan ketika Engkau ajari diriku dengan tidak pernah jemu mendidik. Pimpinlah diriku, didiklah diriku ke arah yang lebih baik menurut ilmu Engkau Ya Allah Yang Maha Mengetahui.

  Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (14:1)

 ---------------<>------------------
 "Kucari cahaya dalam kekalutan warna Sewaktu malam resah mengibarkan sayapnya Kutemui dia bayang malam yang terluka Pesona cintaku pun terbakar."
----------------<>------------------

 Pimpinlah diriku agar sentiasa mengikat diri kepada ayat-ayatMu Yang Agung ini Ya Allah, agar diriku sentiasa melakukan setiap perkara dengan mahuNya dan kehendakMu bukan kemahuan diriku sendiri yang serba dhaif serta melakukan khilaf ini. Telah pasti datangnya ketetapan Allah maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang)nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan. (16:1)
 ----------------<>-----------------
 "Everything comes to you in the right moment.
 Be patient!"

 "ALLAH heard you today.
Just be patient!"
 ------------------<>----------------

 Terima kasih ya Allah Ya Wadud Yang Maha Pencinta kerana menganugerahi diriku insan-insan yang mengasihi dan menyayangi diriku seperti adanya, termasuklah ayahanda, bonda, ahli keluarga, saudara mara, kaum kerabat, sahabat handai, dan sesiapa sahaja di sekelilingku yang mengasihi dan menyayangi diriku kerana Allah. Bertemu tidak jemu dan berpisah tidak gelisah kerana kami bertemu dan berpisah hanya kerana izin dan kemahuan dariNya.

 Uhibbukum/Uhibbukunna/uhibbuka/uhibbuki fillah abadan abada ilal jannah. (Saya menyayangi kamu semua kerana Allah selama-lamanya hingga ke syurga nanti).


 Terima kasih ya Allah atas nikmat dan anugerah ukhuwwah fillah (silaturrahim-hubungan kasih sayang/ persaudaraan Islam kerana Allah) ini. Dipertemukan diriku dengan insan-insan yang positif agar diriku jua menjadi insan yang positif. Hindarilah diriku dari menjadi negatif yang hanya akan merugikan diriku sahaja. Kembalikanlah diriku ini Ya Allah Ya Qudus kepada fitrahku yang suci dan bersih seperti bayi yang baru lahir.

 Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hambaKu. Masuklah ke dalam syurgaKu. (89:27-30)

 Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. (4:1)

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (49:13)

 Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu kerana kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalanKu dan mencari keredhaanKu (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahsia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, kerana rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus. (60:1)

 Tunjukilah kami jalan yang lurus. (1:6)

 Jom kita berHIJRAH. Semoga hari ini adalah lebih baik dari semalam kerana kita adalah umat Islam yang CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG. Kejayaan diri kita diukur pada sejauh mana pengetahuan itu berjaya menjadi amal. Bagaimana bertambahnya pengetahuan, menambah amal di jalan kebaikan. Pertambahan amal itu menjadikan kita lebih baik berbanding semalam.

 Sentiasalah bergerak. Usah duduk diam lagi. Ya Allah Ya Musawwir Yang Maha Merekacipta dan Maha Kreatif, bantulah diri kami agar menemui jalan keluar bagi setiap permasalahan yang kami lalui

ini.

"

Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, Pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu."

 Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (103:1-3)



Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan. (9:20)

 Untuk berHIJRAH, kita memerlukan manual dan panduan kehidupan. Ambillah pusako dari Yang Maha Agung iaitu al-Quran Kareem untuk dijadikan senjata dan perisai dalam mengharungi kehidupan di alam fana ini. Manual agung ini telah ditinggalkan oleh junjungan besar Rasulullah saw kepada kita selaku umatnya yang dikasihi agar kita terus berada di landasan yang benar. Fungsikanlah pusako agong ini agar dapat memberi manfaat kepada diri kita sendiri dan insan tersayang yang berada di sekeliling kita. Umpamakan seperti kenderaan yang kita miliki contohnya kereta, motosikal, basikal yang disediakan sekali manual penggunaannya agar kita dapat menggunakannya secara betul serta bermanfaat kepada kita. Begitulah jua al-Quran Kareem yang merupakan mukjizat agung junjungan besar Rasulullah saw yang diwasiatkan kepada kita selaku umatnya. Maka manfaatkanlah.


JANGAN TERGESA-GESA, DAN JANGAN BERTANGGUH-TANGGUH.


 Bacalah dan fahamilah maksud yang ingin disampaikan dalam surat cinta dari Allah Yang Maha Pencinta. Jadikan panduan dan petunjuk sepanjang perjalanan kita menuju kampung akhirat nan abadi.

 Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.
(2:2)