Monday, March 3, 2014

HIJRAH#021

Salam 2 Jamadil Awwal 1435H sahabat2 yang dikasihi kerana ALLAH.

"Segala puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam."
(QS. Al-Fatihah, 1:2)

"Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa."
(QS. Al-Baqarah, 2:2)

"Ini adalah sebuah kitab yang diturunkan kepadamu, maka janganlah ada kesempitan di dalam dadamu kerananya, supaya kamu memberi peringatan dengan kitab itu (kepada orang kafir), dan menjadi pelajaran bagi orang-orang yang beriman."
(QS. Al-A'raf, 7:2)

"ALLAH telah mengunci mata hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat."
(QS. Al-Baqarah, 2:7)

Remaining 23 days....

"Maha Suci Engkau (YA ALLAH), tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
 (QS. Al-Baqarah, 2:32)

Ya ALLAH,
aku memohon agar memilihkan mana yang baik menurut Engkau ya ALLAH.
aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan
aku memohon dengan kemurahanMu Tuhan Yang Maha Agung.
Sesungguhnya Engkau Tuhan yang berkuasa, sedangkan aku tidak tahu.
Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.

YA ALLAH,
Jika menurut pendapatMu urusan ini memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku.
Jika menurut pengetahuanMu bahawa urusan ini memberi keburukan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka kumohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada. 
Jadikan aku orang yang redha atas anugerahMu.




SMS dari Pusat Zakat UTM diterima

>>> Permohonan zakat anda telah diterima. Sila ke pejabat untuk mengambil wang. Bawa lampiran yang menunjukkan anda tidak menerima pinjaman untuk semester ini.

>>> Semoga ia menjadi penggerak untuk meneruskan kerja-kerja yang tertangguh sehingga selesai.
Insha ALLAH.


ALHAMDULILLAH....
Terima Kasih YA ALLAH.

No comments:

Post a Comment