Salam 9 Jamadil Awwal 1435H sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH.
"Mereka menukarkan ayat-ayat ALLAH dengan harga yang sedikit, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan ALLAH. Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka kerjakan itu." (9:9)
"Dan siapa yang ringan timbangan kebaikannya, maka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami." (7:9)
Bagaimana bisa ada perjanjian (aman) dari sisi ALLAH dan Rasul-Nya dengan orang-orang musyrikin, kecuali orang-orang yang kamu telah mengadakan perjanjian (dengan mereka) di dekat Masjidil Haram? Maka selama mereka berlaku lurus terhadapmu, hendaklah kamu berlaku lurus (pula) terhadap mereka. Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertaqwa." (9:7)
"Yang Mengetahui semua yang ghaib dan yang nampak; Yang Maha Besar lagi Maha Tinggi." (13:9)
~Hari ke-4 HILANGnya MH#370~
"Ketika engkau dihadapkan dengan masalah, yang pertama harus engkau lakukan adalah.....TENANG.
Hanya lewat ketenangan, fikiranmu akan kekal waras, yang seterusnya membawa pada kebijaksaan dalam bertindak."
# Powerful statement by Kapten Norudin Abd Majid. #
"Dengan nama ALLAH, Wahai Yang Memberi Petunjuk kepada kesesatan dan Yang Mengembalikan yang hilang kepada tuannya. Kembalikanlah kepadanya yang dia hilang kerana ia adalah anugerah pemberianMu kepada hambaMu. Ya ALLAH, Wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani."
"Dan kalaulah ada mana-mana Kitab suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka al-Quran ialah Kitab suci yang mengandungi mukjizat. (tetapi lahirnya sesuatu mukjizat itu adalah menurut kehendak ALLAH), bahkan segala urusan tertentu bagi ALLAH. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah ALLAH menghendaki tentulah ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). Dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta mereka); ataupun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji ALLAH (hari kiamat dan azabNya); Sesungguhnya ALLAH tidak memungkiri janjiNya."
(QS. Ar-Ra'd, 13:31)
****************(C) FB Fuad Latip**************
Saya tidak tahu apa yang terjadi kepada #MH370. Misteri yang sukar untuk kita rungkaikan. Kita tunggu sahaja apa yang dirahsiakan Allah kepada kita semua tentang kapal terbang ini.
Namun kita harus sedar bahawa Allah Yang Maha Melihat belum menetapkan kita untuk melihat kapal terbang ini. Allah yang menetapkan apa yang kita lihat saat lepas, ini dan akan datang. Tidak terlepas apa pun.
Begitu juga dengan Allah Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Mendengar dan segala-galanya.
Allah Yang mengatur apa yang kita sedang fikirkan. Bukan kita fikir terlebih dahulu tetapi diketahui Allah. Allah Maha Mengetahui..... Dia tahu apa yang kita fikirkan kerana apa yang kita fikirkan itu diatur olehNya.
Allah Maha Mendengar apa yang kita dengar itu bermakna Allah menetapkan apa yang kita sedang dengar ini. Dia mendengar kerana Dia yang menetapkan apa yang perlu kita dengar saat ini. Kita didengarkan olehNya dengan apa jua bunyi yang telah ditetapkan untuk kita dengar.
Apa yang kita lihat, tahu dan dengar ini telah diprogramkan oleh Allah, maka pastilah Allah itu Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Mendengar. Allah Maha Segala-galanya.
Allah Maha Mengetahui tentang kapal terbang ini kerana Dialah Yang Mengaturkan. Allah Maha Mendengar kerana Dialah yang mengaturkan semuanya.
Kita masih belum dilihatkan Allah dengan #MH370 ini. Apabila kita dilihatkan nanti, ketika itu sesiapa yang dikehendaki Allah melihat pasti akan mampu melihat dan sebaliknya.
Namun yang melihat belum tentu mengetahui dan memahami kerana mengetahui dan memahami juga ketetapanNya untuk kita.
Banyak iktibar dan kesedaran untuk kita mengenali Allah dapat kita ambil daripada peristiwa #MH370 ini.
Didoakan setiap kejadian menjadikan kita lebih dekat dengan Allah. Tidak sekadar hebat berhujah dengan spekulasi dan tekaan, namun kesedarann pada Allah juga meningkat dengan hebat sekali sehingga mampu menyedari Allah SWT setiap saat hidup ini.
***"ALLAH adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu." (112:2)***
"Tuhan berfirman: Demikianlah.
Tuhan berfirman: Hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan sesungguhnya telah Aku ciptakan kamu sebelum itu, padahal kamu (di waktu itu) belum ada sama sekali." (19:9)
"Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu," (91:9)
No comments:
Post a Comment