Friday, March 6, 2015

ABC#073

Salam Mahabbah Fillah Segunung CINTA Selangit Sayang Selaut Kasih di Muara RINDU...16 Jamadil Awal 1436H ...Dinihari SABTU yang damai, tenang, ceria dan penuh kasih sayang dan cinta-NYA Yang Maha Pencinta buat seluruh pencinta-NYA. Semoga segala urusan kita sepanjang HARI INi sentiasa dalam lindungan-NYA dan sentiasa dipermudahkan-NYA.
Lakaran ini dimulakan dengan Bismillah...sebagai peringatan buat diri yang faqir lagi banyak kekhilafan ini. ALHAMDULILLAH...Terima kasih Ya ALLaH atas nikmat agung-MU; nikmat IHSAN, IMAN dan ISLAM yang ENGKAU anugerahi kami hingga SAAT ini.
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHMAN Ya LATIF...
Berikanlah kelembutan dalam sentuhan kasih sayang dan cinta-MU Yang Maha Agung buat bonda kesayangan kami dan semua penghuni Wad Kenanga 2A dan semua yang dihadiahi ujian sakit dariMU Ya SYAFiEY Yang Maha Menyembuhkan. ENGKAU Ya ALLAH Yang Maha Memberi ujian ini dan hanya kepadaMU jua kami serahkan segala urusan solusi bagi setiap ujian ini Ya FATTAH Ya ALIM. Tiada apa-apa yang kami tahu Ya ALLAH melainkan dengan keizinan dariMU jua Ya ALLAH.
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...
Terima kasih atas nikmat SIhAT yang sentiasa ENGKAU berikan kepada kami ini Ya ALLAH...Pimpinlah kami agar sentiasa bersyukur dengan nikmat dan anugerah SIHAT ini Ya ALLAH agar kami tidak mengeluh dengan sedikit ujian SAKIT yang ENGKAU kurniakan buat kesayangan kami ini Ya ALLAH. Kami yakin dan kami percaya...kami menjadi saksi yang menyaksikan bahawa segala yang berlaku ini adalah KETETAPAN dan KETENTUAN dari-MU jua Ya ALLAH.
ALHAMDULILLAH...Terima kasih Ya ALLAH kerana dengan izinMU diriku berada di SINI menjadi saksi yang menyaksikan sentuhan kasih sayangMU Ya ALLAH Yang Maha Lembut buat pesakit-pesakit di SINI dan tidak terkecuali bonda kesayangan kami, Jamilah binti Ibrahim. ALLaHU RABBI...
Salam RINDU dari kejauhan di bandar al-Mafraq disampaikan olehMU buat bondaku...walaupun hanya dapat bertemu di alam maya dengan cucu perempuan sulungnya, bonda kelihatan tenang, damai dan ceria terpancar di wajahnya...hanya suara manja yang penuh kerinduan disampaikan buat nenda kesayangannya. Suntikan DOA dari kejauhan sudah memadai buat diri nendamu di SINI wahai puteri salju kesayangan kami. Semoga dirimu di SANA sentiasa sukses dalam studi-mu...bittaufiq wannajah fil imtihan.
Setiap kali melihat keadaan bonda yang diberi sedikit ujian dariMU Ya ALLAH...hati emas ini sangat RINDU kepada wali keramat kami...superhero kami...ayahanda kecintaan kami; allahyarham Ismail bin Siti Khalijah. RINDU pada celoteh dan senda guraunya walau saat di uji dengan SAKIT, wajahnya sentiasa tenang dan masih mampu menghadiahi senyuman buat siapa sahaja yang menziarahinya. Tidak pernah terpancar di wajahnya RASA sakit itu di hadapan kami.
"Ayah takda apa-apa....Sikit je ni. Tak perlulah risau."
Ayah,
Kami terlalu merinduimu...hinggakan seperti melihatmu sentiasa ada di sini...
Walaupun dirimu tiada di samping kami...namun semangat dan ketabahan dirimu sentiasa ada bersama kami di sini.
Kekuatan inilah yang kami ada apabila melihat kesulitan dan kepayahan yang bonda hadapi saat ini ayah.
Tidak terpandang kami melihat keadaan bonda kami ini Ya ALLAH...namun kami yakin ujian ini mampu bonda hadapi dengan tenang. Walaupun pahit, walaupun perit, walaupun sakit...bonda hadapi semuanya ini dengan tabah dan cekal Ya ALLAH. Begitu jualah sahabat-sahabat sekiub bonda di sini...diuji dalam usia emas ini sangat mencabar Ya ALLAH...namun mereka tabah menerimanya...ada yang berusia 73 tahun, ada 81 tahun dan juga 95 tahun...namun mereka semuanya masih kuat dan cekal menerima ketetapan yang ALLAH berikan kepada mereka. ALLAHU AKBAR...
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...
Segala yang berlaku ini adalah bukti kasih sayang dan cintaMU Ya ALLAH. Dengan ujianMU inilah semakin mendekatkan kami kepadaMU Ya ALLAH...bahawa tiada upaya dan daya kami ini melainkan semua ini berlaku dengan izinMU jua. DaripadaMU datangnya semua penyakit ini dan kepadaMU jua kami kembalikan solusinya. Segalanya ada dalam RAHSIA-MU Ya ALLAH.
ALHAMDULILLaH...
Terima kasih Ya ALLaH
Atas kedamaian hati dan ketenangan jiwa kami di SINI.
Segala KeTEnTUAN-MU ini kami terima Ya ALLAH...
Segala KETETAPAN-MU ini kami terima Ya ALLAH...
Segala KEHENDAK-MU ini adalah dengan izinMU Ya ALLAH...
Segala UJIAN-MU ini adalah hadiah terindah dariMU Ya ALLAH...
#Jamilah
#Hypoglycemia
#MultipleSkinLession
#Katil02WadKenanga2A
#ALHAMDULILLAH...Allah Beri Cinta-NYA...16-05-1436H | 07-03-2015M 04:29

2 comments:

  1. Semoga Maznah sentiasa diberikan kekuatan dan tabah menghadapi dugaan ini. Dan semoga bonda Maznah segera sembuh ye.

    ReplyDelete
  2. In shaa Allah...Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin...
    Jazakillah khairan kathira sahabat fillah yang dirindui lagi dikasihi Allah.
    Terima kasih atas doanya.

    ReplyDelete