Sunday, March 29, 2015

ABC#085

Salam Mahabbah Fillah 8 Jamadil Akhir 1436H....... Hari AHAD yang ceria, damai, tenang dan penuh kasih sayang-NYA buat sahabat hati emas kesayangan hamba. Segunung Kasih, Selangit Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU khusus buat kalian yang dikasihi ALLAH.

ALHAMDULILLAH...Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragung-MU buat diri kami sehingga detik MASA ini.

Dengan lafaz BISMILLAH...lakaran bicara hati ini dimulakan buat peringatan diri yang sering alpa, serba kekhilafan dan faqirnya diri ini. 

BISMILLAH AR-RAHMAN AR-RAHIM.....
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM
Jadikanlah Usia Kami Barakah
Kurniakanlah Kami Cahaya Iman, Hidayah dan Kebahagiaan Dunia dan Akhirat
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.....


Titipan RINDU buatmu ayahanda tercinta, Ismail bin Siti Khalijah.
#DemiAYAH: Dalam Diam-mu Aku Bertahan
#AllahummaghfirlahuWarhamhuWa'afihiWa'fuanhu
#ALLAHU YAHFAZUKA Ya Habibiey Ya Abiey
#AL-FATIHAH


R.I.N.D.U itu adalah anugerah dari ALLAH
.....

Kita Bertemu di Penghujung R.I.N.D.U.
*******

Bila kekasih mengundang aku pulang
Mahligai menanti penuh gemilang
Bila kekasih menyingkap tabir CINTA
Tiada terbatas dengan kata-kata

Dapatkah aku membalas dengan air mata
Tanda syukur menerima
Setelah sekian lama
Menghamba hidup pada dunia

Seribu tahun takkan sama
Sesaat bersatu dalam nyata
Kerna KASIH ku sanggup korbankan
Jasad dan nyawa

Terang bulan kerana mentari
Hadir bayang kerana cahaya
Begitulah CINTA kita

Tiada jarak pemisah lagi
Tiada garis sempadan budi
Aku terima dan jua memberi
Seikhlas HATI

Seribu tahun dan sejuta langkah
Seribu tahun bersinar CINTA
Kita bertemu di Penghujung RINDU



*********
NOTA CINTA-NYA HARI INI
*********
03:08. (Mereka berdoa dengan berkata) : Wahai TUHAN kami! Janganlah ENGKAU memesongkan HATI emas kami sesudah ENGKAU beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-MU; sesungguhnya ENGKAU jualah TUHAN Yang Melimpah-limpah Pemberian-NYA.
(QS. Ali Imran, 3:8)

20:08. ALLAH! Tiada TUHAN yang berhak disembah melainkan DIA, bagiNYA-lah segala nama yang baik.
(QS. Taha, 20:8)

08:20. Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada ALLAH dan Rasul-NYA dan janganlah kamu berpaling daripadanya, sedang kamu mendengar (Al-QURAN yang mewajibkan taatnya).
(QS. Al-Anfal, 8:20)

08:08. Supaya ALLAH menegakkan yang BENAR itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir dan musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya.
(QS. Al-Anfal, 8:8)


#Day011
#WadiJamilah
#SYAFAKILLAH Ya Habibatiey Ya Ummiey
#ALHAMDULILLAH...Allah Beri Cinta-NYA.....08-06-1436H | 29-03-2015M 15:41

No comments:

Post a Comment