Monday, March 30, 2015

ABC#086

Salam Mahabbah Fillah 10 Jamadil Akhir 1436H.......Hari SELASA yang ceria, damai dan penuh cintaNYA. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan. Segunung Kasih, Selangit Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat hati emas yang dikasihi kerana ALLAH.
ALHAMDULILLAH.......Terima Kasih Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM atas nikmat dan anugerah Ihsan, Iman dan Islam sehingga detik MASA ini.
Dengan lafaz BISMILLAH.......lakaran bicara hati emas ini dimulakan buat peringatan diri yang sering alpa, serba kekhilafan dan faqir ilallah ini.
NOTA CINTA-NYA HARI INI
*******
10:10. DOA ucapan mereka di dalam syurga itu ialah : SUBHANAKALLAHUMMA.......Maha Suci ENGKAU dari segala kekurangan wahai TUHAN!
Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah : SALAM.......selamat sejahtera!
Dan akhir DOA mereka ialah ALHAMDULILLAHI RABBIL 'AALAMIIN.......Segala puji dipersembahkan kepada ALLAH yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam!
(QS. Yunus, 10:10)
18:10. (Ingatkanlah peristiwa) tatkala serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka ber-DOA: Wahai TUHAN kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-MU, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.
(QS. Al-Kahfi, 18:10)
*******
Percaya kata janjiMU
Kerna ku yakin apa di genggamMU
Keharuman setanggi syurga 
Bukan kilauan sebilah belati
Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan IMAN
CINTA tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak CINTA teragung
Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)
BAHAGIA buat mereka
Yang bertemu CINTA yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi
Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam
Ku anyam RINDU menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti CINTA SUCI dilafazkan
Tak bertemu pengucapan
Percaya kata janjiMU
Kerna ku yakin apa di genggamMU
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati
Kata janjiMU.......
Seharum setanggi syurga
#####
Setapakku melangkah jauh
Setapakku meninggalkan
Setapakku mensyukuri kebahagiaan
Yang kukecapi HARI INI.......
-------
BONDA,
Kususuri jejak syurgamu
Agar dirimu tahu
Aku R.I.N.D.U.
-------
#Day013
#TGM
#SYAFAKILLAH.....Semoga dikurniakanNYA kesihatan yang baik dan disembuhkan dari segala penyakit.
#ALLAHU YAHFAZUKI Ya Habibatiey Ya Ummiey JAMILAH BiNTi IBRAHIM.
#ALHAMDULILLAH.....Allah Beri CintaNYA.....10-06-1436H.....31-03-2015M 11:25

No comments:

Post a Comment