Wednesday, August 5, 2015

ABC#158

Salam Mahabbah Fillah 21 SYAWAL 1436H.. Hari KHAMIS yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

||Eid Fitri 1436H Soft-Reminder||

Lebih kurang sembilan hari lagi Aidilfitri bakal berlalu pergi. Apakah benar madrasah Ramadhan 1436H telah berjaya mendidik diri agar semakin bertambah ketaatan kepada Ilahi? .

Imam Hasan al-Basri rahimahullah pernah berkata;

'Setiap hari yang padanya tidak dilakukan derhaka kepada Allah, maka ia adalah hari raya.'

Syawal adalah bulan kemenangan untuk kita yang berjaya menundukkan nafsu dan kembali kepada fitrah.

Jom, muhasabah diri!

#bulanKembaliKeFITRAH

||5 gred solat||

😩Gred E 
Bila azan,buat tidak Tahu,Tengah memasak terus memasak,tengah berfb terus berfb,sedang tengok TV,terus tengok tv dan seumpamanya

😔Gred D 
Bila azan berkumandang,dia perlahankan tv,perlahankan radio,tetapi tetap meneruskan aktiviti,tidak bersedia untuk solat

😌Gred C 
Bila azan berkumandang,terus mengambil wuduk dan solat

😊Gred B 
Bila azan,terus berwudhu' dan Menuju ke masjid mahupun surau

😄Gred A 
Bila azan,sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu',dan bersedia untuk solat

Apakah gred solat kita?
Kalau exam kita nak gred A sokmo..
#bulanPeningkatanAMAL


||ILMU dan GURU||

Sudah sewajarnya semakin tinggi ilmu, harta, dan kuasa yang kita miliki, 
maka semakin malu kita kepada ALLAH.

Kita hanya peminjam. 


Ilmu yang sebenar membawa takut kepada ALLAH.
Jika tidak, itu sekadar maklumat.
Bagi menukar maklumat menjadi ilmu,
ia memerlukan amal.

Amal memerlukan mujahadah.


Seseorang dikira sampai ke tahap ilmu yang sempurna apabila dia terus belajar.
Rasa tidak berilmu adalah sifat utama orang yang berilmu.


Ya ALLAH..
Jadikan kami hamba yang 'amil (mengamalkan) 
setelah 'alim (mengetahui) ilmu-MU.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..
#SerautKATASelautRASA

-------
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta Dia.. 21-10-1436H | 06-08-2015M 12:19 KHAMIS
#BulanPembuktianTAQWA
#KuTinggalkanDiaKeranaDIA

No comments:

Post a Comment