Sunday, August 16, 2015

ABC#164

Salam Mahabbah Fillah 01 ZULQAEDAH 1436H.. Hari AHAD yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

It's SUNDAY.. ALHAMDULILLAH.

Semoga dirimu selamat..
Semoga dirimu bahagia..
Semoga dirimu disayangi..


|| CINTA YANG MEMBAHAGIAKAN WANITA ||

Seandainya kita memperkatakan tentang CINTA yang membahagiakan wanita, sudah tentu kita akan mengaitkannya dengan pembinaan rumah tangga yang BAHAGIA. Di dalamnya terkandung ketenteraman HATI dan ketenangan JIWA, serta terhindar daripada segala yang menyusahkan dan aman sentosa, dan selamat daripada segala macam gangguan kesusahan.

ALLAH berfirman yang bermaksud:

30:21.
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-NYA adalah DIA menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya. Dan dijadikan-NYA antaramu rasa KASIH dan SAYANG. Sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
(QS. Ar-Ruum, 30:21)

Rasulullah SAW juga ada bersabda yang bermaksud:

"Kebahagiaan anak Adam itu ada TIGA, manakala kecelakaannya juga ada TIGA. Termasuk kebahagiaan anak Adam itu adalh ISTERI yang SOLEHAH, tempat tinggal yang BAIK, dan kenderaan yang BAIK. Dan sebahagian kecelakaan manusia itu adalah ISTERI yang jahat, rumah yang buruk, dan kenderaan yang buruk."
(Riwayat Ahmad)

Terima Kasih Ya ALLAH atas anugerah KASIH SAYANG ini..


|| MENGUKUHKAN TAPAK CINTA ||

Ibnu Taimiyah menyatakan bahawa HATI manusia secara tabii berhajat kepada ALLAH SWT kerana DUA sebab iaitu untuk beribadat dan untuk berserah diri. HATI tidak akan menjadi baik dan berjaya, tidak selesa dan gembira, tidak bersih dan tenang, selagi belum sepenuhnya beribadah menyembah ALLAH SWT dan sepenuh CINTA berpaut kepada ALLAH SWT. Keadaan ini benar-benar menepati maksud sebaris daripada DOA yang terkandung dalam surah al-FATIHAH yang bermaksud:

01:05.
"Hanya ENGKAU yang kami sembah dan hanya kepada ENGKAU kami memohon pertolongan."
(QS. Al-Fatihah, 1:5)


Apabila kita mengikhlaskan seluruh hidup untuk mengabdikan diri dan beribadah kepada ALLAH SWT, kita dapat mengenali diri serta merasai kebahagiaan rohani.

Inilah yang dimaksudkan dengan 'KEMANISAN IMAN'.

Ia hanya akan dirasai setelah kita  mengenali ALLAH SWT dan mengutamakan DIA berbanding segala yang lain, serta menjadikan DIA sebagai asas kecintaan kita.

#KuTinggalkanDiaKeranaDIA



|| MENYEDIAKAN WADAH CINTA ||

Sering kali kita mendengar ungkapan yang berbunyi:

"Tangan yang mengayun buaian mampu menggoncang dunia."

Ungkapan ini tepat bagi menggambarkan pengaruh kuat seorang ibu terhadap perkembangan dan pendidikan anak-anaknya. Malah, peranan seorang ibu begitu besar dalam menentukan masa hadapan anaknya, bertepatan seperti madah penyair:

Sang IBU samalah dengan SEKOLAH,
 Jika anda pandai menyediakannya,
Seumpama dia membangunkan umat yang BAIK keturunannya.

Tugas seorang IBU bukan mudah. Sepanjang hayatnya dikorbankan demi kebahagiaan anak-anak. Setiap perkara yang dilakukannya dalam membesarkan anak-anaknya akan meninggalkan kesan ke atas peribadi anak itu. Justeru, lingkungan persekitaran dalam menyediakan WANITA SOLEHAH yang diCINTA, perlu turut diberikan perhatian. Dengan lain perkataan, 'KELAHIRAN' WANITA SOLEHAH yang diCINTAi perlu seiring dengan 'KEWUJUDAN' WADAH CINTA HAKIKI.

Bagaimana hal ini mampu kita realisasikan? 

Dalam hal ini, setiap WANITA ISLAM perlu melengkapi diri dengan:
  • IMAN yang mendalam
  • ILMU yang luas
  • KETAQWAAN yang tinggi


Benar seperti yang diungkapkan oleh seorang penyair Arab dalam syairnya yang berbunyi:

Tidaklah sama tumbuhan yang subur,
Di dalam taman,
Dengan tumbuhan yang tumbuh liar,
Di padang yang terbiar,
Bolehkah diharapkan si anak,
Mencapai kesempurnaan,
Jika menyusu daripada wanita yang liar.

Mari kita singkap sejarah silam zaman Nabi Ibrahim AS yang dapat memberi motivasi berkaitan keperibadian WANITA yang diCINTAi ISLAM dan WADAH CINTA HAKIKI.

Pada awal kebahagiaan serta keindahan hidup berkeluarga, Nabi Ibrahim AS serta isterinya, Siti Hajar, sudah pun diuji oleh ALLAH SWT. Ujian ALLAH SWT itu bukan satu bencana, tetapi adalah satu bentuk pengorbanan besar yang membawa rahmat kepada seluruh alam.

Pada waktu itu, keadaan yang terpaksa dihadapi oleh Siti Hajar sangat menyedihkan, sukar dan perit. Nabi Ibrahim AS juga merasinya sebagai satu dugaan yang sangat besar. Baginda sebagai ayah yang penyayang, terpaksa meninggalkan anaknya yang masih menyusu dan isterinya, di sebuah negeri yang tandus tanahnya. Yang ada bersama-sama Siti Hajar hanya sebuah karung kecil berisi sedikit tamar dan air. Ikuuti betapa pilu kata-kata yang diungkapkan,

Siti Hajar:
Adakah ALLAH SWT memerintahkan perkara ini wahai Ibrahim?

Ibrahim:
Ya, benar.

Siti Hajar:
Sekiranya ini perintah ALLAH SWT, maka tentulah DIA tidak akan mensia-siakan kita.

Andai bukan kerana IMAN serta TAWAKKAL yang mendalam, tidaklah mampu Siti Hajar dan Nabi Ibrahim AS memenuhi perintah ALLAH SWT. Setelah meninggalkan Siti Hajar dan anak mereka di tanah yang tandus lagi gersang, Nabi Ibrahim AS meneruskan semula perjalanan baginda. Apabila tiba di Tsaniyah, iaitu suatu tempat di Mekah yang terlindung daripada pandangan Siti Hajar, baginda menadah tangan dan berdoa:

14:37.
"Wahai TUHAN-ku! Sesungguhnya aku menempatkan daripada keturunanku di lembah yang tiada tanam-tanaman, berhampiran dengan rumahmu yang disucikan. TUHAN-ku! Jagalah mereka supaya mereka mengerjakan SOLAT, sebab itu jadikanlah HATI manusia tertarik kepada mereka, dan kurniakanlah mereka REZEKI daripada buah-buahan, moga-moga mereka bersyukur.
(QS. Ibrahim, 14:37)

Kesedaran IMAN seperti yang berlaku dalam keluarga Nabi Ibrahim AS itu telah menghasilkan pengorbanan yang ajaib dalam kehidupan Muslim hingga akhir zaman. Setiap jemaah haji dan umrah yang datang ke Baitullah akan sentiasa merasai kesan pengorbanan yang begitu menginsafkan itu.

Begitulah WADAH dan MODEL CINTA HAKIKI yang mampu melahirkan WANITA SOLEHAH yang diCINTAi oleh ALLAH SWT dan dihajati ISLAM, serta mampu memakmurkan kehidupan insan sejagat. 

#BertuahnyaWANITAyangBERCINTA.


WORK IN PROGRESS
CHECK BACK SOON!

#Orthogonal Curvilinear Grid Generation for Sungai Kelantan, Malaysia.


-------
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta Dia.. 01-11-1436H | 16-08-2015M 17:29 AHAD
#ODOJ_001/030

No comments:

Post a Comment