Saturday, August 15, 2015

ABC#163

Salam Mahabbah Fillah 30 SYAWAL 1436H.. Hari SABTU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

It's SATURDAY.. ALHAMDULILLAH.

Doaku buat semua sahabat fillah
yang dikasihi kerana ALLAH..

Di hari terakhir Syawal tahun ini,
Semoga kita bertemu lagi Syawal tahun depan.. 

اِ نْ شَآ ءَ اللّه

1. Ya Allah jika di saat ini, ada kawan ku yang sakit, 
sembuhkan lah dia. 
آمِيّنْ

2. Ya Allah jika di saat ini ada kawan ku yg bermasalah, 
beri lah jalan keluar untuk dia. 
آمِيّنْ

3. Ya Allah jika di saat ini ada kawan ku yang kesempitan wang, 
ENGKAU murahkanlah rezekinya. 
آمِيّنْ

4. Ya Allah jika di saat ini ada kawan ku 
yang bermasam muka di antara satu sama lain, 
damaikanlah mereka. 
آمِيّنْ

5. Ya Allah jika di saat ini ada kawan ku yang sesat duniawi, 
kurniakan Nur kepada dia. 
آمِيّنْ

6. Ya Allah jika di saat ini ada kawan ku lalai,
 kurniakanlah Hidayah Mu kpd dia.
 آمِيّنْ

7. Ya Allah jika di saat ini ada kawan ku yang bersedih hati. 
kembalikanlah kecerian di wajahnya. 
آمِيّنْ

8. Ya Allah jika di saat ini ada kawan ku 
yang berada di persimpangan jalan yang berliku, 
tunjukkanlah jalan yang diredai oleh MU.

آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن

Maafkan segala kesalahan saya sepanjang kita berukhuwah..

#Ukhuwwah Fillah itu INDAH.

AL-FATIHAH buat allahyarham ayahanda tercinta ISMAIL BIN KHALIJAH.
Semoga roh ayahanda ditempatkan bersama-sama para syuhada' dan solihin di SANA.
Semoga kita sekeluarga dipertemukan kembali di JANNAH-NYA.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..
#DemimuAYAHadikBERTAHAN!
#TerimaKasihAYAH
#UhibbukaFILLAH
#LuvUayah

|| EID FITRI 1436H ||

Di sana apakah
ertinya SYAWAL
Tangisan dan rintihan
tiada henti
Alangkah
hibanya di AIDIL FITRI

Di sini hari ini
Lebaran yang dinanti
Sanubari bernyanyi
suci murni
Amalan dirahmati
Sesuci sebersih lebaran ini

Bersalaman bermaafan
Keampunan keberkatan
Berdendang sehalaman
Bersaudara berpanjangan
Yang malang jangan lupa

Ku syukuri MU RABBANI
Anugerah AIDIL FITRI
Indahnya hari ini

Mari puji memuji
kepada Tuhan
Titis kasihnya melimpah
seluruh alam
Mari puji memuji
TUHAN Yang ESA
Insafi nikmat diberi
di HARI RAYA

p/s:
SILATURRAHIM
EID FITRI 1437 HIJRAH 
@ Teratak KASIH AYAH
@ Wadi CINTA ISMAIL & JAMILAH
@Kampung Malan Dangi
Johol
Negeri Sembilan

IN SHAA ALLAH..

BIIZNILLAH..
Dengan IZIN-NYA.

#DomesticEngineer

PhD => Contribution to Knowledge. 
It is about 'Novelty'. 

Novelty ialah 'Ilham'. 
Ilham ialah sesuatu yang baik yang didatangkan oleh Allah. 
Solat dan berdoalah memohon agar didatangkan 'Ilham'.

IN SHAA ALLAH..
Kejayaan sentiasa bersama-mu.

#MarieCheeseCakeWithFullOfLOVEs

Tips:
Untuk merangkul gelaran Dr., 
kuncinya adalah benarkan diri untuk lalui perjalanan PhD ini. 

Do not rush, let the time do its work the natural way.

#TerataiINDAHdiTasikRINDU

Di dunia kita hanyalah pengembara. 

Di sepanjang pengembaraan 
kita berhenti di persinggahan tertentu 
untuk menyempurnakan urusan kita. 

Salah satu persinggahan itu ialah 'PhD'. 

Semoga ilmu yang kita perolehi dapat digunakan 
sebagai bekalan menuju destinasi abadi. 
Wallahua'lam.
#KembaraILMUsepanjangHAYAT

I'm NEXT..IN SHAA ALLAH!

If you think doing PhD is hard, think again :)

The real challenge is to maintain your 'DR' title 
with newest knowledge and expertise, 
as well as to keep up with current situation. 
Then only you are the true expert in your area. 

Now you see, 
being a researcher is a continuous work, 
doing PhD is only the beginning of becoming an 'expert'.
#PhD DR CT Research Clinic


-------
#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta Dia.. 30-10-1436H | 15-08-2015M 17:12 SABTU
#AnugerahAIDILFITRI1436H
#ODOJ_030


No comments:

Post a Comment