Thursday, December 1, 2016

SMS#003

Salam Mahabbah Fillah 2 Rabiul Awal 1438H.. Hari JUMAAT yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Ampunilah segala dosaku dan dosa kedua-dua ibu bapaku 
dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika aku kecil.

Ya ALLAH..
Rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahkanlah ucapanku di hadapan mereka,
Lunakkanlah watakku terhadap mereka,
Lembutkanlah hatiku untuk mereka.

Ya ALLAH..
Berikanlah mereka balasan yang sebaik-baiknya..
Atas didikan mereka padaku..
Dan pahala yang berlipat kali ganda atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku..
Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku..

Ya ALLAH..
Apa sahaja gangguan yang telah mereka rasakan..
Atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku..
Atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku..
Jadikanlah semua itu penyebab terhapusnya dosa-dosa mereka..
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka..
Dengan perkenanMU Ya ALLAH..
Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya ALLAH..
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Yang Maha Agung..
Serta anugerah yang tak berakhir..
Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..

-----------------
#ALHAMDULILLAH..Sakinah, Mawaddah wa Rahmah BersamaMU..02-03-1438H | 02-12-2016M 15:26 JUMAAT



No comments:

Post a Comment