Thursday, January 5, 2017

SMS#010

Salam Mahabbah Fillah 7 Rabiul Akhir 1438H.. Hari JUMAAT yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.

"Ya Tuhan kami, 
janganlah Engkau jadikan hati kami 
condong kepada kesesatan 
sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, 
dan kurniakanlah kepada kami rahmat 
dari sisi Engkau; 
kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)." 
(QS. Ali Imran, 3:8)


Di jasad tiap insan
Diciptakan hati membendungi perasaan
Di situlah bermula
Satu pertimbangan penentuan arah
Tiada apapun jua
Diciptakan sia-sia
Tiada apapun jua
Yang terjadi tiba-tiba

Hati menjadi neraca diri
Tiap langkah harus diimbangi
Diberikan pilihan
Akal dan fikiran, hati dengan perasaan
Usahalah mencari
Kekuatan diri saat kau diuji

Umpama cermin dihinggapi debu
Demikian hatimu
Seandainya dibiarkan begitu
Pasti akan kelabu pandanganmu
Kehidupan akan jadi tak menentu

Dianugerahkan Tuhan
Pada tiap insan ada keistimewaan
Di hatilah bermula
Tiap pertimbangan tiap langkah


------------------
#ALHAMDULILLAH.. Sakinah, Mawaddah wa Rahmah BersamaMU.. 07-04-1438H | 06-01-2017M 12:29 JUMAAT

No comments:

Post a Comment