Thursday, January 26, 2017

SMS#013

Salam Mahabbah Fillah 28 Rabiul Akhir 1438H.. Hari JUMAAT yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.

18:10. ...Wahai Tuhan kami, 
berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMU 
dan sempurnakanlah bagi kami 
petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).
(QS. Al-Kahfi, 18:10)

#SalinityCalibration@NusajayaStation(October 2009)

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM Ya ALIM kerana dengan izinMU proses kalibrasi kemasinan air (salinity calibration) di Selat Johor bagi data bulan Oktober 2009 dapat dilakukan dengan baik setelah berhempas pulas mencari solusi setahun yang lalu. Terima kasih kepada Penyelia Utama, Dr. Noor Baharim bin Hashim yang sentiasa membantu dan memberi tunjuk ajar sepanjang perjalanan kembara ilmu ini. Namun dengan izinMU jua semua ini menjadi mudah Ya ALLAH. Terima kasih Ya ALLAH. Ku mohon dengan izinMU jua Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusan kajian penyelidikan bagi permodelan suhu dan kualiti air di Selat Johor pula selepas ini. Berkatilah segala ilmu yang Engkau anugerahi kepadaku dan redhailah perjalanan kembara ilmuMU di peringkat Doktor Falsafah Kejuruteraan Awam sepanjang enam tahun di bumi UTM Skudai ini. 

Doing PhD is just a starting point, kalau kamu tak kuat untuk menghadapi cabarannya kamu juga tak akan kuat untuk menghadapi cabaran setelah kamu bergelar 'Dr. Maznah' nanti. Begitu besar tanggungjawab yang dipikul begitu besar pengorbanan masa dan fokus yang ditagih. Doing PhD cumalah satu persiapan untuk menyediakan diri menjadi insan hebat yang multitasking dan komited. 
(Pengajaran, Penyelidikan, Penulisan, Pakar Rujuk, Konsultasi, Komersialisasi, Badan Professional).

Uhibbuka Fillah Ya Sayyidul Amin.

Selamat Ulangtahun Kelahiran Ke-38 Tahun Hijrah 
buat bakal IMAM saya, Tuan Rabuan bin Kamal Rajalah 
yang sentiasa memberi semangat dan dorongan 
untuk diri ini meneruskan perjuangan yang belum selesai. 
DOA tulus darimu sentiasa mengiringi perjalanan kembara ilmu 
yang penuh onak dan duri ini.
Terima kasih atas segalanya.
#SayaTungguAwak

[25 Rabiul Akhir 1400H ~ 25 Rabiul Akhir 1438H]

DOA KHUSUS BUATMU SAHABAT FILLAH

46:15. Dan Kami wasiatkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah juga. Masa mengandungnya sehingga menceraikannya dari susuan, selama 30 bulan. Sehingga apabila dia dewasa dan sampai (umurnya) 40 tahun, dia berkata:

Ya Tuhanku, 
taufiqkanlah aku (tunjukilah hatiku) 
buat mensyukuri nikmatMU, 
yang telah Engkau berikan kepadaku 
dan kepada dua orang ibu bapaku 
dan supaya aku kerjakan amalan soleh yang Engkau sukai 
dan perbaikilah bagiku anak-anak cucuku (keturunanku). 
Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMU 
dan aku termasuk orang-orang Islam.
(QS. Al-Ahqaf, 46:15)

DOA PERTUNANGAN Rabuan Rabiah & Maznah Jamilah

Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim..
Ya Wadud Yang Maha Pencinta..
Sumber segala barakah..
Curahkanlah berkatMU..
atas lambang ikatan pertunangan ini.

Bimbinglah kami Ya ALLAH 
dalam masa pertunangan ini.
Semoga kami sedia mencari kehendakMU dengan hati yang ikhlas 
dan memperoleh kebaikanMU yang berlimpah luah.

Kami memujiMU Ya ALLAH 
kerana dengan pengharapan yang lembut dan mendalam,
Engkau menggerakkan hati dan merancangkan pertunangan kami.
..Rabuan bin Kamal Rajalah dan Maznah binti Ismail..

Kami memohon padaMU Ya ALLAH..
Kuatkanlah hati kami..
Agar kami menjalani masa pertunangan ini dengan bertumpu pada iman..
dalam segala hal berusaha berkenan kepada kehendakMU..
sehingga dengan rahmatMU dan izinMU 
akhirnya sampai pada gerbang perkahwinan..
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.


-----------------
#ALHAMDULILLAH.. Sakinah, Mawaddah wa Rahmah BersamaMU.. 27-01-2017M | 28-04-1438H 12:23 JUMAAT
#JomALKAHFI
#Road2HALAL
#day035/260
#week05/37
#month2/9


No comments:

Post a Comment