Saturday, January 21, 2017

SMS#012

Salam Mahabbah Fillah 22 Rabiul Akhir 1438H.. Hari SABTU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.

Tenang dengan AL-QURAN

Luangkanlah masamu dengan Al-Quran selepas solat Subuh/Fajr.

Di situ ada sumber kekuatan buat spiritualmu, buat hatimu. Itulah kekuatan yang akan membantumu menghadapi hari dengan penuh ketaatan kepada Allah.

Allah menyebut di dalam Al-Quran, surah Al-Isra' :

"Sesungguhnya bacaan di waktu Fajr itu disaksikan (oleh malaikat)." 
[QS. Al-Isra', 17 : 78]

Dalam salah satu tafsir disebutkan oleh Dr Solah Al-Khalidi, yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah kita sepatutnya luangkan masa Subuh kita dengan Al-Quran.

Kita tidak mungkin dapat melaksanakan ayat Allah ini jika kita bangun Subuh lambat.

Sebab itu, jagalah Subuh kita. Miliki Subuh yang segar.

Malulah kita, sekiranya di pagi hari, kita tidak dipersaksikan oleh malaikat dalam keadaan tunduk taat, menunaikan Subuh, membaca Al-Quran, sebaliknya masih enak di tilam dan katil kita dan bangun hanya selepas terbit matahari.

Bagaimana kita mendapatkan kekuatan jiwa, jagaan Allah dan keberkahan rezeki sekiranya kita mulakan pagi dengan mengabaikan ibadah, memulakan dengan muzik, tetapi melupakan solat dan Al-Quran.

Marilah cuba sama-sama praktiskan ini. Perlahan-lahan ubah bersama-sama InsyaAllah.


-----------------
#ALHAMDULILLAH.. Sakinah, Mawaddah wa Rahmah BersamaMU.. 21-01-2017M | 22-04-1438H 18:46 SABTU
#road2HALAL
#Month01/09
#Week04/37
#Day029/260


No comments:

Post a Comment