Tuesday, April 24, 2018

PHD#05

Salam Mahabbah Fillah  9 Sya'aban 1439H.. Hari RABU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.


LATIHAN HARI PERTAMA BUKU AJARI HATIKU

1. Apakah hal-hal yang sangat aku harapkan namun ia belum  hadir lagi? Senaraikan....
Ya ALLAH..izinkanlah diriku ini meruntuhkan segala SAKA KEEGOAN yang telah bertapak di dalam diriku sejak aku kecil tanpa aku menyedarinya. Saat dan tika ini, baru aku menyedarinya Ya ALLAH. Sembuhkanlah depresi yang aku alami sejak 2004 yang lalu, dan kembalikanlah diriku kepada diriku yang SEJATI yang sentiasa REDHA dengan setiap agenda-MU dalam proses kehidupanku menuju CINTA-MU.


2. Apakah hikmah atau berkah di saat ini yang ada di sebalik impian yang belum menjadi nyata itu? (Pasti ada...hening sebentar dan tanyakan pada hati...)
ALHAMDULILLAH..Melalui ujian HATI ini KAU hadirkan aku CAHAYA CINTA NUR MUHAMMAD yang aku cari selama ini. Permata yang hilang itu telah aku temui YA ALLAH YA NUR YA HADI YA HAQ. Izinkanlah aku terus dalam sinar kasih-MU ini dan menjadi alat-MU dalam menyebarkan cahaya CINTA-MU ini kepada insan yang aku cintai kerana-MU YA ALLAH YA WADUD dan sesiapa sahaja yang bersamaku.


Sentiasa ingat untuk memberitahu orang yang anda sayang bahawa anda menyayangi mereka.
Terima kasih satria cintaku, allahyarhamah MAK jamilah siti rahmah bibah binti ibrahim bin kadir bin abdullah kerana sentiasa sudi menjadi GURU KEHIDUPAN DUNIA AKHIRAT bagi diri adik maznah jamilah binti ismail. Al-Fatihah with LOVE buatmu bonda, 101 hari pemergianmu menghadap Ya ALLAH YA KHALIQ di bulan RABIUL AKHIR 1439H yang berkat.

Terima kasih waliku, ANGAH mazlan jamilah bin ismail kerana sentiasa menjadi GURU DISIPLIN dalam proses kehidupan adik sepanjang 39 tahun usia adik ini.

Terima kasih waliku, ALANG mohd yazid jamilah bin ismail kerana sentiasa menjadi GURU DISIPLIN dan pendekar mata hatiku dalam proses kehidupan adik sepanjang 39 tahun usia adik ini.

Terima kasih pembimbing rohaniku, ACHIK radzuran jamilah bin ismail kerana sentiasa ada saat adik memerlukanmu, saat suka mahupun duka. Tanpa aku memberitahumu hal yang berlaku kepada diriku, pasti dirimu tahu kesulitan yang aku alami. Diriku terlalu dominan di hatiku dan begitu jua dirimu terlalu dominan di hatiku. Dirimu adalah pantulan diri insan pertama yang aku cintai, superheroku, wali karomah dunia akhirat akhiratku, allahyarham AYAH ismail siti khalijah siti hajar bin ali bin yasin yang telah kembali kepadaMU YA ALLAH YA KHALIQ 7 tahun yang lalu, di bulan REJAB 1432H yang mulia. Dirimu persis diri ayah yang terlalu aku rindukan. Memandangmu dan berbual denganmu menjadi pengubat rinduku pada insan hebat yang menjadikan diriku seperti adanya aku pada hari ini. Izinkanlah YA ALLAH..aku mengambil sedikit semangat juang insan hebat ini yang cekal hatinya dan tabah jiwanya walau diuji dengan pelbagai peristiwa dalam kehidupannya di dunia. Mudah-mudahan ini menjadi asbab kebaikan buatnya di akhirat nanti, dan KAU bangunkan buatnya sebuah mahligai indah di syurga FIRDAUSI-MU bersama bidadari kesayangannya, bonda jamilah siti rahmah bibah bin ibrahim bin kadir bin abdullah yang amat dicintainya.

Terima kasih kekanda kesayanganku, ALONG robiah jamilah bin ismail kerana sentiasa menjadi GURU LEMBUT dalam proses kehidupan adik sepanjang 39 tahun usia adik ini.


Terima kasih suamiku, tuan yang dipercayai rabuan rabiah bin kamal rajalah kerana sudi menjadi GURU DISIPLIN dalam proses kehidupan menjadi isteri solehah buatmu dalam perkahwinan BERMAKRIFAT kita sejak 7 bulan yang lalu.

Terima kasih guru penyembuh emosiku, puan coach azeannira abdul azeh kerana sudi menerimaku menjadi muridmu yang serba kedhaifan dan kejahilan ini untuk dibersihkan jiwaku menjadi diri seorang maznah jamilah binti ismail yang SEJATI. Terima kasih yang tidak terhingga jua kepada puan coach diyana tahir kerana menjadi pemangkin semangat untuk diriku sembuh dari depresi yang menziarahi-ku sejak tahun 2004. Terima kasih jua buat insan hebat, coach Nora Zyan yang mendidik diriku menjadi satria cinta yang mencintai dan menyayangi diriku sendiri. Terima kasih Ya ALLAH mengizinkan diriku untuk bertemu insan hebat ini dalam aku mencari diriku yang SEJATI, KAU hadirkan mereka untuk membantuku membawa aku kepada-MU untuk aku mengenal-MU dan mencintai-MU Ya ALLAH YA WADUD Yang Maha Pencinta.


Berlembut dengan diri anda (Be gentle with yourself)...maafkan dirimu.
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..Izinkanlah aku memaafkan segala kekhilafan dan ketidaksempurnaan diriku ini kerana aku berhak untuk memaafkan dan aku seorang pemaaf.


Sila tonton video khas ini untuk kita sama-sama renungi...




AFIRMASI DIRI
[Letakkan tangan kananmu di dada kirimu. 
BACA afirmasi diri ini dalam keadaan tenang. 
RASA-kan degupan jantungmu dan RASA-i KASIH SAYANG ALLAH padamu. 
Ulangi afirmasi diri ini hingga terbit 'RASA' di dalam hatimu]

DIRIKU DISAYANGI
DIRIKU DICINTAI

TERIMA KASIH wahai guru-guruku
TERIMA KASIH atas hadirmu
TERIMA KASIH atas pengorbanan dan tunjuk ajarmu
TERIMA KASIH kerana ada disampingku

TERIMA KASIH YA ALLAH
atas BIMBINGAN dan KASIH SAYANG-MU.


GEMURUH JIWA SEMANGAT MEMBARA...

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
harapan bernyala nadi ku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
segalanya kan pasti terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang berkelipan
menyerlah jauh dari yang biasa
menyerlah jauh dari yang biasa


RUJUKAN:
REVOLUSI HATI: AJARI HATIKU AGAR BERSYUKUR & DAMAI (DIYANA TAHIR, 2018)
ANDAI KU TAHU BAGAIMANA UNTUK MENCINTAI MU (AZEANNIRA ABDUL AZEH, 2017)

PHD#04

Salam Mahabbah Fillah  8 Sya'aban 1439H.. Hari SELASA yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.


IT'S SYA'ABAN..

ALLAH sees His servants on the night of NISFU SYA'ABAN, 
then He forgives all His slaves except the shirk and the hostile (haters hate).
[HR Ibn Hibban]

SYA'ABAN is the month which humankind often neglect. It is the month between Rejab and Ramadhan. It is the month where all the servant's deeds are brought to the Lord of the universe. Thus, I like to fast when my deeds are brought up.
[Hadith narrated Nasaie']

DON'T DECREASE THE GOAL,
INCREASE THE EFFORT!

I'M FOCUSED,
PERSISTENT.
AND WILL NEVER QUIT!

STAY DEDICATED,
IT DOESN'T HAPPEN OVERNIGHT.


ALHAMDULILLAH..Aku bersyukur dan gembira hari ini kerana dianugerahi ALLAH dengan nikmat helaan nafas dalam syahadah sedari aku bangun tidur awal pagi tadi. Hari ini genaplah 100 hari pemergian satria cinta hati kesayanganku kembali kepadaMU Ya ALLAH Ya KHALIQ, allahyarhamah bonda JAMILAH SITI RAHMAH BIBAH BINTI IBRAHIM BIN KADIR BIN ABDULLAH. Bulan SYA'ABAN ini terlalu dominan di hatiku kerana bulan ini adalah bulan kelahiranku (6 Sya'aban 1400H) dan bulan kelahiran allahyarhamah bonda yang aku rindui (20 Sya'aban 1361H).

Ya Allah Ya Baari Yang Maha Perancang dan Maha Bijaksana, agendakanlah kehidupan yang terbaik untukku hari ini. Aku berserah seluruh jiwa dan ragaku dan aku berterima kasih kepada-MU Ya Rahman Ya Rahim.
Terima kasih Ya ALLAH.

BAHAGIA itu bukanlah dengan sentiasa mendapat hal-hal yang baru dan hebat tetapi BAHAGIA itu ialah dengan sentiasa menyedari NIKMAT dan MENSYUKURI apa yang ada di MASA ALLAH ini!

Hal-hal yang sangat aku harapkan namun ia belum hadir lagi?
Ya ALLAH Ya BAARI' Yang Maha Perancang..
Aku menyerahkan seluruh jiwa ragaku untuk agenda-MU.
Jadikanlah diriku abdiMU yang sejati, kekasih-MU dan khalifah-MU di muka bumi ini.
Terlalu banyak yang aku harapkan kepada-MU Ya ALLAH.
Izinkanlah diriku ini Ya ALLAH Ya WADUD Yang Maha Pencinta..mengenal-MU dan mencintai-MU, mencintai kekasih agung-MU Ya Rasulullah s.a.w., mengenali dan mencintai diriku, mencintai insan lain yang berada di sekelilingku termasuklah my beloved phd thesis, suamiku, kakakku, abang-abangku, ibu mertuaku, ipar duaiku, saudara-mara,sahabat handai dan sesiapa sahaja yang aku temui atas izin-MU jua Ya ALLAH Ya JAMIE' Yang Maha Menghimpunkan diriku dengan mereka. Himpunkanlah diriku dengan mereka di dunia ini dan dipertemukan semula di Syurga Firdausi-MU suatu MASA ALLAH nanti.
Terlalu banyak anugerah-MU kepadaku tika dan saat ini, namun aku lebih FOKUS pada hal-hal yang belum hadir dalam kehidupanku. Aku catatkan hal-hal yang belum hadir itu di dalam impian kecilku dan impian besarku, dan sentiasa aku tembakkan dalam untaian doa-ku kepada-MU Ya ALLAH Ya Nikmal Mujib yang memakbulkan sebarang permintaan hamba-NYA. Ku yakin semua ini pasti berlaku apabila tiba MASA ALLAH ini.
Ya ALLAH Ya Nikmal Mujib..izinkanlah Ya ALLAH harapan dan doaku ini ENGKAU hadirkan apabila tiba MASA-MU nanti. Aku terus berdoa..berdoa..berdoa..dan tanpa jemu berusaha untuk merealisasikan hal-hal yang belum hadir tersebut.

Ya ALLAH..izinkanlah aku menikmati indahnya menjadi hamba-MU yang mengenal-MU dan mencintai-MU..Jangan Ya ALLAH..KAU biarkan diriku sendiri tanpa cinta-MU..Bimbinglah diriku ini untuk sentiasa di jalan-MU yang lurus dan sentiasa dalam REDHA-MU.

Ya ALLAH..izinkanlah diriku menghayati perjalanan sirah Rasulullah saw dalam menyebarkan dakwah menyebarkan islam ke seluruh pelusuk dunia tanpa berputus asa. Kurniakanlah diriku ini sedikit roh dan semangat juang Baginda dalam memperjuangkan islam buat diri Baginda dan seluruh alam buana ini. Kurniakanlah diriku ini cinta Rasul Agung-MU Ya ALLAH. Aku ingin bertemunya di syurga-MU nanti Ya ALLAH.

Ya ALLAH..izinkanlah diriku ini menuntut ilmu-MU di medan jihad ini Ya Alim Ya Hakim Ya Rashid. Permudahkanlah segala urusan penulisan tesis PhD-ku dan jurnal kajian penyelidikan dalam bidang kualiti air sungai dan marin. Perjalanan hati dan doa-ku sepanjang 8 tahun kembara ilmu-MU di taman ilmu utmjb ini penuh dengan onak dan duri diselingi jua dengan kebahagiaan dan kegembiraan buat diriku. Alhamdulillah..KAU izinkan diriku untuk meneruskan pengajian PhD-ku ini, walaupun pernah suatu MASA ALLAH itu, KAU hadirkan sedikit kesulitan untuk aku lebih mendekati dan mengenal-MU, dan bergantung secara total kepada-MU. KAU hadirkan diriku dengan pasangan hidup yang terbaik buat diriku, menjadi guru kehidupan dunia dan akhirat-ku, menjadi pendamping hidup-ku dan suamiku pintu makrifat untuk aku lebih mengenal-MU. KAU hadirkan dirinya yang setia menemani perjalanan diriku untuk ke syurga Firdausi-MU, dan KAU ambil kembali apa yang KAU pinjamkan untuk-ku sepanjang perjalanan hidupku selama 39 tahun ini. KAU ambil kembali haq-MU dengan pemergian satria cintaku, allahyarhamah bondaku JAMILAH SITI RAHMAH BIBAH BINTI IBRAHIM BIN KADIR BIN ABDULLAH 100 hari yang lalu. KAU ambil kembali haq-MU dengan pemergian pendekar mata hatiku, allahyarham ayahandaku, ISMAIL SITI KHALIJAH SITI HAJAR BIN ALI BIN YASIN di saat aku baru memulakan perjalanan PhD-ku di tahun pertama pengajian phD-ku. KAU ambil kembali haq-MU dengan pemergian rumahku syurgaku, teratak rindu ayahanda dan bondaku di Kampung Malan Dangi. Aku sedar Ya ALLAH, semua ini adalah milik-MU Ya ALLAH Ya MALIK yang KAU pinjamkan untuk-ku di dunia ini hanya sementara untuk aku merasai nikmat ini sebagai gambaran untuk nikmat-MU yang kekal di syurga-MU di akhirat nanti.

Ya ALLAH..KAU bangunkanlah untuk diriku sebuah mahligai di syurga-MU untuk aku hidup bahagia bersama-sama ayahanda dan bondaku serta seluruh ahli keluargaku di sana. 

Ya ALLAH..KAU izinkanlah aku menikmati keindahan perkahwinan BERMAKRIFAT yang telah KAU aturkan untukku bersama pendamping hidupku dunia dan akhirat, suamiku RABUAN RABIAH BIN KAMAL RAJALAH yang sudi mengahwiniku 7 bulan yang lalu. Bulan Sya'aban ini adalah bulan ke-8 usia perkahwinan kami. Sekalipun kami sedang diuji dalam perkahwinan ini Ya ALLAH, aku bersyukur kerana ENGKAU sentiasa memberikan aku ruang dan peluang untuk aku memperbaiki diri dan meruntuhkan tembok KEEGOAN diriku dalam proses mendidik-ku menjadi seorang isteri solehah buat suami yang aku hormati kerana-MU Ya ALLAH.

Ya ALLAH..KAU izinkanlah kami beroleh BAHAGIA di syurga dunia-MU ini dan kekal BAHAGIA di syurga akhirat-MU nanti bersama-sama anak yang soleh dan solehah.

Ya ALLAH..KAU izinkanlah diriku BERJAYA dengan CEMERLANG dalam pengajian PhD-ku dan BERJAYA bergraduasi pada bulan OKTOBER 2018 ini. Ini AMANAH dan AMANAT buat diriku dari karomah hidup dunia akhirat-ku dan guru kehidupan master phd-ku yang telah kembali kepada-MU Ya KHALIQ.

Izinkanlah Ya ALLAH..  

Apakah hikmah/berkah di saat ini di sebalik impian yang belum menjadi nyata itu?
Terlalu indah segala apa yang ENGKAU agendakan untuk diriku sehingga detik masa ini Ya ALLAH Ya BAARI' Yang Maha Perancang. Di sebalik setiap impian yang belum menjadi nyata inilah, aku semakin menyayangi diriku sendiri dan sedia memaafkan segala ketidaksempurnaan diriku dan sentiasa mensyukuri segala nikmat yang ALLAH kurniakan buat diriku yang terlalu istimewa di sisi-MU Ya ALLAH. 

Aku belajar untuk meruntuhkan saka yang telah bertapak lama di dalam diriku ini sedari aku kecil, iaitu KEEGOAN untuk rasa selamat dan ingin disayangi, serta tanpa aku sedari..ada KEEGOAN untuk berkuasa yang wujud dalam diriku ini. Sebelum ini, aku tidak pernah perasan dengan KEEGOAN ini sehinggalah ENGKAU hadirkan dirinya yang menjadi CERMINAN dan PANTULAN diriku sendiri. Terima kasih Ya ALLAH..Hadirnya diri seorang suami dalam kehidupanku adalah permulaan kehidupanku untuk aku KENAL ALLAH.

Aku berkehendak kepada-MU Ya ALLAH.

ENGKAU hadirkan solusi-MU untuk aku Mengenal-MU.

ALHAMDULILLAH..
Terima Kasih Ya ALLAH.

Tiada daya dan upaya-ku melainkan izin dari-MU jua.

Mudah-mudahan ada asbab kebaikan untuk diriku dan semua makhluk di muka bumi ini.


Terima kasih Ya ALLAH..
Semua ini ada hikmah dan berkah 
yang ALLAH Ya BAARI' Yang Maha Perancang sentiasa berikan kepada diriku.

Maafkanlah diriku Ya ALLAH Ya Affuw Ya Ghaffar Ya Tawwab..
Aku sering merungut dan complaint
Maafkanlah kebodohanku..
Maafkanlah kesombonganku..
Maafkanlah ketamakanku..
Maafkanlah ketidaksyukuranku.

Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat-MU di bulan kelahiranku ini.

Pada pasangan hidup kita..kita memandang ALLAH.

Sesuatu CINTA yang tidak diikat 
dengan CINTA Rasulullah saw dan tembus memandang ALLAH 
akan menjadi beban bagi diri dan pasangan.

Terima kasih Guru Kehidupan Dunia Akhiratku, 
Suamiku Pintu Makrifat-MU Ya ALLAH Ya WADUD Yang Maha Pencinta..


[NOTA CINTA-MU UNTUK-KU]
38:27. Dan KAMI tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya tanpa HIKMAH. Yang demikian, itu adalah anggapan orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu kerana mereka akan masuk neraka.
(QS. As-Sad, 38:27)


Wednesday, March 21, 2018

PHD#03

Salam Mahabbah Fillah 3 Rejab 1439H.. Hari RABU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.



 Alhamdulillah.. Aku bersyukur kepada-MU Ya ALLAH Ya Fattahul Alim yang mengizinkan diriku ini meneruskan Perjalanan Hati dan Doaku di tahun ke-8 perjuanganku di medan ilmu-MU ini. Ini adalah semester ke-15 jihad-ku fi sabilillah. Semoga Engkau Ya ALLAH permudahkan kembara ilmu-MU ini.



IF YOU WANT TO MAKE DREAMS COME TRUE, 
THE FIRST THING YOU HAVE TO DO IS WAKE UP.

WAKE UP FOR YOUR THESIS!



BIODATA MY BELOVED THESIS:
THE INFLUENCE OF HYDRODYNAMIC CHARACTERISTICS ON DISSOLVED OXYGEN (DO) AND CHLOROPHYLL-A DISTRIBUTION IN WESTERN JOHOR STRAIT, MALAYSIA.

TARIKH DAFTAR KELAHIRAN: 
28-12-2010 | 22 MUHARRAM 1432H
~SEMUANYA PASTI BERLALU~

TARIKH DESIGN KEMATIAN:
5 JUN 2012 | 15 REJAB 1433H
~SEMUANYA TELAH BERLALU~

TARIKH WAFAT: 
30-08-2018 | 18 ZULHIJJAH1439H
~INI JUA PASTI BERLALU~

GURU KEHIDUPAN MASTER PHD-KU:
ALLAHYARHAM DR. NOOR BAHARIM NORMAH BIN HASHIM
DR. NORALIANI BINTI ALIAS
DR. ZULHILMI BIN ISMAIL


PERJALANAN KEHIDUPAN MY BELOVED THESIS

TOPIK 01 -INTRODUCTION [31 Januari 2018] 

TOPIK 02 -LITERATURE REVIEW [28 Februari 2018]

TOPIK 03 -RESEARCH METHODOLOGY [31 Mac 2018]

TOPIK 04 -FIELD DATA COLLECTION AND ANALYSIS [30 April 2018]

TOPIK 05- EFDC HYDRODYNAMIC WATER QUALITY MODEL DEVELOPMENT AND                               MODEL APPLICATION [31 Mei 2018]

TOPIK 06- CONCLUSION AND RECOMMENDATION FOR FUTURE WORK [30 Jun 2018]


Ya ALLAH Ya HAYYU Ya QAYYUM
Ya DZAL JALALI WAL IKRAM..
La Ilaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minal Dzolimin..
Allahumma Solli 'Ala Muhammad


Permudahkanlah Ya ALLAH Perjalanan Hati dan Doa-ku sepanjang 29 Minggu berada dalam Carta Hati-ku ini. Kini telah memasuki Minggu Ke-6 dalam Carta Hatiku. ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH dengan izin-MU aku kembali mencintainya, My Beloved Thesis setelah beberapa ketika dahulu aku abaikan KESIHATAN dan PERTUMBUHAN-nya. Semoga Allah permudahkan perjalanannya menuju kematiannya dalam redha-MU Ya ALLAH dan dirinya redha kepada-MU dan pergi dalam keadaan tenang dan damai.



Belajar sehingga DEGREE 1 Kemestian,
Belajar sehingga MASTER 1 Impian,
Belajar sehingga PhD 1 Destinasi.


Namun, perjalanan Master PhD merupakan 1 Pelayaran,

Di mana ianya merupakan 1 Pengalaman,
Agar menjadi seorang yang ILMUAN.
#DrRoket(30-12-2017)