Sunday, December 26, 2010

BILA WAKTU TELAH BERAKHIR



Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara?
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu?

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari?
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu?

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

SELAGI ADA WAKTU



Kita dikembarakan dalam waktu yang singkat
Ingat apa yang harus kita perbuat
Selagi ada waktu tinggalkan yang tak tentu
Mari kita menuju pada jalan yang satu

Jalan yang penuh Rahmat
Jalan yang penuh Berkah
Jalan yang penuh nikmat
dan penuh Maghfirah

Hidup dengan AgamaNya
Mati dalam AgamaNya
Berbahagialah nanti
Kehidupan abadi

AKU TAK INGIN LEPAS

Daku ada dalam Penglihatan Mu,
daku ada dalam Pendengaran Mu,
daku ada dalam Pengawasan Mu,
daku ada dalam Genggaman Mu.

Sengsaraku adalah Rahasia Mu,
bahagiaku adalah Rahasia Mu,
mautku adalah Rahasia Mu,
nafasku adalah Kasih Sayang Mu.

Daku tak ingin lepas dari Bimbingan Mu,
daku tak ingin lepas dari Cinta Mu,
daku tak ingin lepas dari Lindungan Mu,
daku tak ingin lepas dari Redha Mu.

Maha Besar Maha Tinggi..
Bimbing daku Lindungi daku..

Thursday, December 23, 2010

HADIAH TAHUN BARU 1432H

SEWING MACHINE: MODEL 8215


Specifications:
• 15 built-in stitch pattern
• 4 step buttonholer
• Easy stitch selection
• Snap-on presser feet
• Maximum stitch length 4mm
• Maximum stitch width 5mm

Hadiah Tahun Baru 1432 Hijrah buat Siti Nurhazwani & Maznah Ismail.
Terima kasih Allah kerana mengizinkan kami memiliki mesin jahit ini. Walaupun telah lama berangan-angan untuk memiliki mesin jahit ini, akhirnya Allah mengizinkan jua kami memilikinya kini.
Ya Allah bantulah diri kami untuk belajar menggunakannya untuk meningkatkan kemahiran kami dalam seni jahitan. Moga dengan hadiah yang Kau anugerahkan dapatlah kami memajukan diri kami dalam bidang jahitan ini.

Kata-kata bondaku masih terngiang-ngiang di telinga tiap kali melihat pakaianku yang bonda jahit:

"Kalau tak tau menjahit, bila mak dah takde nanti, letak kain atas kubur mak. Mak tolong jahitkan".

Itu kata-kata perangsang untuk aku memajukan diri dalam bidang jahitan ini. Cukuplah aku dapat menjahit untuk pakaian aku sendiri tanpa perlu dihantar kepada tukang jahit lain. Bondaku sudah tidak larat untuk memjahitkan baju untuk diriku.

Bantulah diriku Ya Allah untuk belajar menjahit semula. Asas-asas jahitan mesin telah lama aku pelajari dari bonda sewaktu aku kecil dulu, namun telah lama berkubur tanpa aku praktikkan.

Ya Allah bantulah diri kami berdua, Siti Nurhazwani & Maznah untuk mempelajari sedikit dari ilmuMu ini Ya ALLAH. Moga dengan ilmuMu ini akan semakin meningkatkan ketaqwaan kami kepadaMu Ya ALLAH. Ikhlaskan diri kami untuk belajar keranaMu Ya ALLAH.

Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami dalam mempelajari ilmuMu ini. Segala kemahiran dan ilmu hanyalah milikMu jua Ya ALLAH. Mudahkanlah Ya ALLAH, janganlah Kau sulitkan.

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. [Al-Alaq,96:1-5]

MANIKAM KALBU -FAIZAL TEHRANI-

"Gabungan antara tema, plot, watak dan perwatakan, latar dan bahasa menjadikan Manikam Kalbu sebuah novel remaja yang kuat dan menarik. Novel ini dihasilkan berdasarkan pembacaan dan kajian yang mendalam." -Panel Hakim-



Cinta Ziryab mendalam sekali. Cintanya terhadap kegemilangan Melayu dalam dunia fesyen dan busana. Makna dan falsafah Melayu tercermin pada kurungnya yang cermat dikenakan. Dia menggali semula ketakjuban dalam kesenian.
Katanya: "sains itu hanyalah proses sedang seni itu hasilnya".
Dia mempunyai seekor kucing, Manikam Kalbu, dan kucing montel itu penghubung cinta dua zaman. Dunia remaja yang bergelombang. Sebuah novel humor dua zaman yang langka dalam kesusasteraan Melayu.

HARI 12: AL-BARI'

YANG MAHA MENGATUR


Seandainya hidup kita tidak terurus pastilah kita akan berasa kurang selesa.
Bukankah kita adalah hamba Allah YANG MAHA MENGATUR segala-galanya?
Kita mestilah mempunyai perancangan dan program kerja untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

HARI 11: AL-KHALIQ

YANG MAHA MENCIPTA


Bertemu orang yang kreatif tentulah kita berasa kagum.
Kagum dengan kreativitinya kerana manusia adalah hamba Allah YANG MAHA MENCIPTA.
Kita sepatutnya memiliki sifat berwawasan, inovasi dan berfikiran kreatif.

"Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian akhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya)."
[Al-Hasyr: 24]

HARI 10: AL-MUTAKABBIR

YANG MAHA BESAR DAN YANG MAHA MEMILIKI KEAGUNGAN


Seandainya kita dikritik dan diperkecilkan, janganlah berkecil hati.
Bertenang dan berbesar hatilah kerana kita adalah hamba Allah YANG MAHA BESAR DAN YANG MAHA MEMILIKI KEAGUNGAN.
Janganlah kita menghinakan diri dan tunduk kepada tekanan kebatilan.

"Dan bagiNyalah keagungan dan kekuasaan di langit dan di bumi, dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
[Al-Jatsiyah: 37]

Wednesday, December 22, 2010

HARI 9: AL-JABBAR



YANG MAHA PERKASA
Seandainya ada kawan-kawan yang mengajak kita melakukan perkara maksiat, kita perlu berani mengatakan TIDAK dengan tegas kerana kita adalah hamba Allah YANG MAHA PERKASA.
Sekiranya rakan-rakan menjauhkan diri dari kita kerana hal tersebut, usahlah risau, kerana adalah lebih baik dijauhi teman-teman daripada dijauhi Allah YANG MAHA PERKASA.
Kita mesti memaksa diri untuk tunduk kepada kebenaran yang diturunkan Allah SWT melalui para Nabi dan Rasul.

HARI 8: AL-AZIZ



YANG MAHA PERKASA/ GAGAH
Bersemangatlah wahai diriku dan sahabat!
Usahlah terlalu lemah dalam segala hal.
Lakukanlah yang terbaik kerana kita adalah hamba Allah YANG MAHA PERKASA/ GAGAH sewaktu semua makhlukNya berkeadaan lemah.
Perkasakan diri melalui ketaatan kepada Allah SWT.

"Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana".
[An-Naml: 9]

HARI 7: AL-MUHAIMIN


YANG MAHA MEMELIHARA

Jika kita meminjam sesuatu daripada seseorang dan kemudian kita merosakkan barang tersebut, adakah peminjam itu akan marah?
Tentulah dia akan marah.
Ketika ini, Allah SWT meminjamkan jasad dan roh kepada kita tetapi kita tidak menjaganya denngan adil.
Adakah Allah marah atau tidak? Beranikah kita membuat Allah SWT marah?

Mulai hari ini dan seterusnya, peliharalah seluruh anggota badan kita kerana kita adalah hamba Allah YANG MAHA MEMELIHARA.
Kita sepatutnya memiliki sifat memelihara diri dan alam sekitar daripada sebarang kerosakan sebagai menjaga amanah Allah SWT.

HARI 6: AL-MUKMIN

YANG MAHA MEMILIKI KEAMANAN


Dalam kehidupan seharian, sebagai hamba kepada YANG MAHA MEMILIKI KEAMANAN, kita sepatutnya mengamalkan budaya hidup aman damai terhadap diri sendiri, orang lain dan alam sekitar.
Jangan sesekali mendatangkan kemudaratan dan kesusahan kepada orang lain.

"Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal dan Pengawas"
[al-Hasyr: 23]

JOM HIJRAH

Selamat Menyambut bulan Muharram 1432 Hijrah.

Maal Hijrah merupakan detik permulaan hijrah Rasulullah saw ke Kota Madinah untuk mengembangkan Islam dengan lebih baik lagi, hijrah juga bertujuan untuk mengelakkan umat Islam dari dizalimi oleh kaum kafir Quraisy. Setelah tibanya Rasulullah dan umat Islam Muhajirin Mekah yang disambut dengan penuh rasa kasih sayang dan persaudaraan dari penduduk Ansar Madinah, maka Negara Islam yang pertama dapat dilahirkan dengan menjadikan agama Islam sebagai teras atau tunggak perlembagaan negara Islam Madinah. Ketika itu, ramai umat manusia di seluruh dunia datang ke Madinah untuk melihat sendiri kerajaan yang dibina atas perpaduan umah yang tidak mementingkan kedudukan, pangkat, harta dan sebagainya sehingga memberikan perlindungan kepada semua rakyatnya. Ramai yang datang ke Madinah dengan rasa ingin tahu apakah formula yang digunakan oleh Rasulullah dan mereka pulang ke negara mereka dengan membawa syiar Islam atau dengan memeluk agama Islam.

Sebagai pengajaran dari sambutan Maal Hijrah, perlu kita ingat bahawa pengorbanan Nabi Muhammad saw untuk menegakkan Islam di zaman jahiliah amat memeritkan. Sebelum bermulanya peristiwa hijrah, umat Islam di Makah ditindas dan dizalimi oleh kaum Quraisy. Di sinilah bermula kisah yang paling cemerlang dan indah yang pernah dikenal manusia dalam sejarah pengejaran yang penuh bahaya, demi kebenaran, keyakinan dan iman.

Sahabat-sahabat Baginda banyak berkorban dan bersama Rasulullah dalam semua aspek seperti harta, nyawa, tenaga dan apa sahaja mereka sumbangkan untuk menegakkan dakwah Islam bersama Rasulullah.

Saidina Abu Bakar telah menyediakan dua ekor untanya dan diserahkan kepada Abdullah b. Uraiqiz untuk digunakan dalam hijrah mereka. Apabila mereka sudah bersedia untuk meninggalkan Mekah. Mereka yakin bahawa Quraisy pasti akan menjejaki mereka. Oleh karena itu Rasulullah meminta mereka melalui jalan lain dari jalan yang sering digunakan orang lain untuk pergi ke Madinah. Perjalanan mereka bermula pada waktu lain (bukan waktu kebiasaan pendagang atau berhijrah).

Lagi kisah yang dapat diambil, iaitu pengorbanan Saidina Ali Bin Abi Talib yang sanggup menggantikan tidur Rasulallah ketika mana rumah Rasulallah dikepung oleh Kaum Quraisy. Setelah Kaum Quraisy masuk ke dalam rumah, mereka mendapati bahawa Rasulallah sedang tidur dan mereka segera membukakan selimut itu dan mendapati ianya bukan Rasulallah tetapi Saidina Ali Bin Abi Talib tidur di tempat Rasulallah.

Begitu juga yang berlaku ketika Rasulallah dan Saidina Abu Bakar menyembunyikan diri di dalam Gua Thaur. Semasa berada di Gua Thaur, tiada siapa yang dapat menjejaki mereka, kerana jejak mereka dipadam oleh Amir Bin Fuhaira seorang pengembala kambing. Tiba-tiba datang sekumpulan lelaki muda dari Kaum Quraisy bertanya kepada Amir : nampakkah kamu Muhammad lalu di sini? Amir menjawab : saya tidak melihat ada orang di sini. Setelah bertanya kumpulan pemuda Quraisy tersebut naik ke Gua Thaur untuk melihat di dalamnya. Tiba-tiba mereka mendapati pintu Gua Thaur ditutup oleh sarang labah-labah dan ada dua ekor burung sedang bertelur di sarangnya. Mereka beranggapan bahawa gua ini tiada penghuni, kalau ada tentu tiada sarang labah-labah dan sarang burung.

Muslimin Madinah Menantikan Kedatangan Rasulullah. Jarak mereka dengan Madinah (Yathrib) sudah dekat. Selama mereka dalam perjalanan yang sungguh meletihkan itu, berita-berita tentang hijrah Nabi dan sahabatnya telah diketahui oleh penduduk Madinah. Semua kaum Muslimin sedang menantikan kedatangan Rasulullah dengan hati penuh rindu, ingin melihatnya, ingin mendengar perbualannya dan sebagainya, kerana sebilangan besar penduduk Madinah belum melihatnya, walaupun mereka telah mendengar mengenai Rasulullah dan Islam. Semua itu membuat mereka rindu sekali ingin bertemu, ingin melihatnya. Setelah Rasulallah tiba sahaja di Madinah, penduduk Madinah iaitu kaum Ansar dan Muhajirin menyambut Baginda dengan paluan kompang dan nasyid Tala’al Badru Alaina.

PENGAJARAN PERISTIWA HIJRAH

Sebagai umat Islam, kita perlu mengambil iktibar dan tauladan di atas segala pengorbanan Nabi dan para sahabatnya. Cuba kita fikirkan selama kita hidup banyak mana pengorbanan kita terhadap Islam. Pada tahun baru Islam (tahun Hijrah), marilah hijrahkan diri ke jalan Allah iaitu jalan yang diradhoi Allah. Janganlah mulakan kehidupan pada tahun baru ini hanya semata-mata keduniaan sahaja. Tidak rugi berhijrah kerana Allah, kerana kita akan mendapat segalanya di dunia dan di akhirat. Sepertimana hadis Nabi yang bermaksud :

“Setiap pekerjaan dimulakan dengan niat, Barang siapa berhijrah kerana Allah dan Rasulnya maka dia akan mendapat dunia dan akhirat, dan barang siapa yang berhijrah kerana dunia dan perempuan yang ingin dikahwininya makan dia akan memiliki dunia dan perempuan tersebut”.

Hijrah rohani ialah seseorang yang menghijrahkan dirinya kearah yang agama Allah seperti beliau mendekatkan diri ke masjid dan majlis-majlis ilmu yang sebelum ini tidak pernah dihadirinya. Buangkan penyakit-penyakit hati yang sering menjauhkan diri kepada Allah seperti mempunyai perasaan tamak, hasad dengki, riak, menunjuk-nunjuk kelebihan yang dimiliki dan sebagainya. Jika seseorang itu dapat mengubah hatinya atau psikologinya ke arah yang baik dan memiliki akhlak yang baik, nescaya ia akan mempunyai perasaan cintakan Allah dan Rasulnya. Malah dirinya akan disukai oleh masyarakat sekelilingnya. Orang seperti ini sering disenangi oleh masyarakat kerana ia mempunyai peribadi yang baik. Apabila ia terkena musibah atau ujian Allah, maka dia tabah dan tenang hatinya menghadapi ujian Allah, sedikitpun ia tidak bersungut dan gelisah dengan ujian Allah ke atas dirinya.

Hijrah Jasmani ialah seseorang itu melakukan perubahan dirinya ke arah yang lebih baik, sepertimana bersenam, memiliki pakaian yang baik dari segi syarak, ingin memiliki pekerjaan yang baik, ingin memiliki taraf akademik yang baik dan sebagainya. Jasmani perlu sihat kerana ia akan memudahkan kita beribadah kepada Allah dengan lebih sempurna, begitu juga memiliki pekerjaan yang baik supaya kita tidak mencuri disebabkan tekanan hidup, tukar pakaian daripada berpakaian yang kurang sempurna menutup auratnya sehingga sempurna menutup auratnya dan banyak lagi.

Setiap hijrah perlu dimulakan dengan hijrah rohani dahulu, kerana ia merupakan faktor dalaman untuk mengerakkan faktor luaran. Apabila hati menjadi baik dan sentiasa beribadah kepada Allah, maka dengan sendirinya ia dapat mencegah jasad (jasmani) kita dari perlakuan jahat dan dusta. Tetapi apabila diri kita mempunyai hati yang hitam dan kotor, maka payahlah kita untuk melaksanakan ibadah kepada Allah. Sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mugkar”.

Memulakan Langkah Pertama: Mendaftarkan diri sebagai Pelajar PhD (Perancang kepada semua perancang hanya DIA) pada 22 Muharram 1432H.

Thursday, December 16, 2010

96: 1-8: SURAH AL-ALAQ

HIKMAH KEJADIAN MANUSIA & PENGAJARAN TENTANG MEMBACA DAN MENULIS (96:1-8)

Surah ini mengandungi 19 ayat, dinamakan surah al-Alaq, surah Iqra' atau al-Qalam kerana Allah SWT memulakan surah tersebut dengan firmanNya (bermaksud):
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah (al-Alaq,96:1-3).

Al-Alaq bererti seketul darah beku dalam bentuk haiwan yang kecil.



KANDUNGAN SURAH
Surah Makkiyah ini adalah merupakan surah yang pertama sekali turun kepada Rasulullah s.a.w. dan ianya menjelaskan tentang 3 perkara penting:
<1> menyatakan tentang hikmah kejadian manusia yang dijadikan oleh Allah SWT bermula dari lembah sehingga menjadi kuat dan menjelaskan juga tentang kepentingan membaca dan menulis demi membezakan manusia dari makhluk yang lain.
<2> menerangkan tentang sifat melampau manusia dan menentang segala perintah Allah SWT. Manusia kerap bersifat angkuh terhadap nikmat Allah dan selalu lupa terhadap Allah sedangkan dia hidup di dalam nikmat harta, kekayaan dan sebagainya. Ada di antara manusia yang ingkar terhadap Allah, sedangkan dia wajib bersyukur di atas segala kelebihan yang dikurniakan oleh Allah.
Firman Allah (bermaksud): Ketahuilah! manusia benar-benar melampaui batas....(al-Alaq,96:6-8)
<3> mendedahkan sifat jahat Abu Jahal yang menegah Rasulullah s.a.w dari menunaikan ibadat solat, kerana sikapnya yang menyokong kezaliman dan agama menyembah berhala. Allah juga menjanjikan janji-janji buruk kepadanya seandainya ia berterusan dalam kesesatan, kekufuran dan penderhakaan. Malah memberi peringatan kepada Rasulullah s.a.w. supaya Baginda tidak mengendahkan segala ugutan Abu Jahal dan maki hamun orang-orang musyirikin.
Allah berfirman (bermaksud): Tidakkah kamu melihat orang yang menegah....
sampai ayat firmanNya (bermaksud): Jangan begitu, kalau ia tidak mahu berhenti (mengugut) pasti akan Ku rentap ubun-ubunnya... (al-Alaq,96: 9-19)

Bahagian pertama surah ini turun di peringkat awal penurunan al-Quran, sementara baki ayat yang lain turun agak lewat iaitu selepas dakwah mula berkembang dan penentangan Quraish terhadap dakwah semakin meningkat.

TAFSIR & ULASAN

Firman Allah (bermaksud):
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan (al-Alaq,96:1)

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu, atau memohon pertolongan dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan berbagai makhluk dan menciptakan segala-galanya.
Dalam konteks ini, Allah menyatakan kepada kita bahawa diriNya sebagai Pencipta untuk mengingatkan manusia nikmatNya yang paling utama.
Maksud ayat ini ialah Allah memerintahkan NabiNya agar menjadi seorang pembaca dengan kudrat dan iradat Allah yang menciptaNya. Walaupun Muhammad sebelum ini bukan seorang yang boleh membaca dan menulis. Namun Allah berupaya menjadikan Baginda mampu membaca. Hakikat ini membuktikan betapa agungnya Allah SWT.

Firman Allah (bermaksud):
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. (al-Alaq,96:2).

Allah telah mencipta anak-anak Adam dari segumpal darah yang beku iaitu al-alaq.
Penciptaan itu bermula dari setitis air mani. Kemudian berubah kepada alaqah iaitu seperti darah yang kental dengan izin dari Allah, kemudian berubah menjadi mudhgah iaitu seketul daging yang kemudiannya terbina penciptaan itu dari tulang kemudian daging yang akhirnya menjadi manusia yang sempurna kejadiannya.

Firman Allah (bermaksud):
Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah. (al-Alaq,96:3).
Maksudnya, amalkanlah segala suruhan Allah termasuk budaya membaca. Sesungguhnya Tuhanmu yang menyuruh kamu membaca ialah Tuhan yang maha mulia dari segala-gala yang lain. Di antara tanda kemuliaan Allah ialah Dia menjadikan engkau wahai Muhammad mampu membaca, meskipun engkau sebelum ini seorang yang ummi (tidak tahu membaca dan menulis).

Allah mengulangi perkataan Iqra' dengan tujuan untuk menekankan kesungguhan arahan membaca, kerana keupayaan membaca tidak akan dapat dikuasai kecuali dengan kesungguhan mengulang dan latih-tubi.

Firman Allah (bermaksud):
Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. (al-Alaq,96:4).
Maksudnya Allah yang mengajar manusia menulis dengan pena. Amalan dan daya menulis dengan pena adalah satu nikmat yang besar dari Allah. Penulisan memang merupakan wasilah atau perantaraan yang penting dalam berkomunikasi antara sesama manusia. Jika tidak kerana tulisan, nescaya akan hilanglah segala ilmu, tidak akan kekal pengaruh agama Islam, tidak sempurna kehidupan, tidak akan teguh sesuatu peraturan. Penulisan dan karya tulisanlah yang mengabadikan ilmu dan segala maklumat. Ia wahana yang mengemaskini serta memastikan serta memastikan berita atau sejarah orang-orang terdahulu dan juga tulisan-tulisan mereka. Tulisan juga sebagai alat untuk memindahkan ilmu dan maklumat di kalangan manusia dari berbagai bangsa dan keturunan. Dengan itu, segala ilmu dan maklumat akan kekal, boleh diamal dan ditokok tambah. Justeru itu, tamadun manusia akan berkembang maju, aliran pemikiran manusia akan meningkat dan ajaran agama akan terpelihara. Bahkan hidayah akan terus tersebar.

"Abadikanlah ilmu dengan penulisan".

Firman Allah (bermaksud):
Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (al-Alaq,96:5).
Maksudnya, dengan pena Allah mengajar manusia banyak perkara yang tidak diketahui oleh manusia.
Justeru itu tidak hairanlah kalau Allah mengajar nabi membaca serta berbagai ilmu lain demi manfaat umat Baginda.

Firman Allah (bermaksud):
Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampau batas, kerana dia melihat dirinya serba cukup. (al-Alaq,96:6-7).

Allah mengancam manusia yang melampau batas dalam kekayaannya.

Firman Allah (bermaksud):
Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kamu (akan) kembali. (al-Alaq,96:8).

Allah memberi peringatan tentang balasan pada hari akhirat.
Sesungguhnya setiap manusia akan kembali kepada Allah sahaja dan tidak kepada yang lain. Allah jualah yang akan menghitung setiap manusia dari aspek harta, dari mana puncanya dan ke mana dibelanjakannya.

PEDOMAN HIDUP & HUKUM-HAKAM
[1] Menjelaskan tentang kekuasaan Allah dalam penciptaan makhluk, bahawa Allah sebagai Khaliq. Ayat ini mengingatkan tentang asal kejadian manusia dari alaq iaitu seketul darah yang beku, lembut dan tidak keras.
[2] Allah memerintahkan rasulNya supaya membaca al-Quran dengan menyebut nama Tuhannya yang telah menciptakan dan Tuhan yang telah mengajar manusia dalam perkara yang mereka tidak mengetahuinya.
[3] Allah memerintahkan supaya (Baginda) belajar membaca dan menulis; kerana kedua-duanya adalah alat untuk mengenal ilmu-ilmu agama dan wahyu. Penulisan mengekalkan ilmu-ilmu agama untuk disebarkan di kalangan manusia. Ia adalah asas untuk kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan tamadun manusia.
[4] Di antara kemurahan hati dan kurnia Allah kepada manusia ialah Allah mengajar manusia ilmu yang belum dipelajarinya. Dengan demikian, ia berpindah dari kejahilan kepada cahaya ilmu. Allah memuliakan manusia dengan ilmu. Justeru itu, Nabi Adam yang berilmu mempunyai kelebihan dan keistimewaan berbanding para malaikat. Ilmu itu tercerna dalam pemikiran. Ia boleh berpindah melalui lidah atau melalui penulisan.
[5] Allah mendedahkan tentang sifat buruk manusia iaitu terlalu gembira, angkuh dan melampau batas apabila melihat dirinya menjadi kaya dan banyak harta. Allah mengancam dan menjanjikan kepada mereka bahawa mereka pasti akan kembali kepada Allah, dan akan disoal siasat tentang hartanya; dari mana ia dapati dan ke mana dibelanjakannya.
[6] Peringkat awal surah ini adalah memuji ilmu. Manakala penghujungnya pula mencela harta dunia. Dengan penampilan sedemikian rupa adalah diharapkan dapat mendorong manusia agar berpegang teguh dengan agama dan menjauhkan mereka dari bencana dunia dan harta.

SUNGAI TONG SAMPAH

Kumpul hampir 2,000 tan sampah, 40 sungai dikategori bahaya

ISNIN|7 SYAABAN 1431H|19 JULAI 2010|UTUSAN MALAYSIA

<> Data Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), 1,887 tan sampah sarap dikutip menggunakan perangkap sampah (log boom) di sungai seluruh negara setiap bulan.
<> Di Selangor sahaja, 990 tan sampah dikutip dalam sebulan diikuti Pulau Pinang, 300 tan dan Johor 240 tan.
<> 7 lembangan sungai di negara ini dikelaskan pada tahap 3,4, dan 5 iaitu kategori tercemar atau sangat tercemar hasil ujian kualiti air oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).
<> Statistik JPS juga menunjukkan industri pengilangan, bengkel dan premis makanan merupakan penyumbang utama pencemaran.

MUKADIMAH
Akibat tangan-tangan manusia yang mengotorkan sungai-sungai dengan timbunan sampah sarap mahupun bahan buangan pusat komersil atau industri, kerajaan terpaksa mengeluarkan ratusan juta ringgit untuk memulihara dan merawatnya.

Pada masa ini, terdapat sekuranng-kurangnya 45 sungai termasuk pecahan daripada 7 lembangan sungai di seluruh negara yang dikategorikan sebagai tercemar teruk iaitu Tahap 3,4 dan 5.

Kajian JAS mendapati air dari sungai-sungai ini mengandungi logam berat yang berbahaya kepada habitat dan juga manusia seperti arsenik, raksa, kadmium, kromium, plumbum dan zink.

Tinjauan Unit Khas Utusan Malaysia kira-kira sebulan mendapati, pencemaran sungai berpunca daripada budaya tidak ambil peduli dan menjadikan sungai sebagai tong sampah oleh masyarakat.

Ditambah pula pencemaran daripada aktiviti pertanian, penternakan, penempatan serta perindustrian berhampiran sungai yang tidak terkawal.


HARI 5: AS-SALAM

YANG MAHA SEJAHTERA

Mengapa kita memerlukan kedamaian?
Pastilah kerana kita merupakan hamba Allah Yang Maha Selamat Sejahtera.
Sentiasalah kita menyebarkan kedamaian dan kesejahteraan.


AS-SALAM: Sumber Cinta dan Kedamaian Fikiran
Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita sering berhadapan dengan hal-hal yang tidak menyenangkan dan mengganggu rasa damai dan tenteram dalam jiwa kita. Sedangkan kunci kejayaan hidup di dunia ini adalah fikiran yang tenang.

Ya Allah, aku memohon cintaMu
cinta orang yang mencintaiMu dan cinta pada perbuatan yang dapat mendekatkan diriku pada cintaMu

Ya Allah, Engkaulah As-Salam
Sumber Kedamaian dan Kebahagiaan
hidupkanlah kami dalam Kedamaian dan KebahagiaanMu
satukanlah manusia, siapa pun mereka
sehingga tidak ada lagi
permusuhan dan kebencian atas namaMu
terangilah hati kami dengan kedamaian dan kebahagiaan
supaya kami dapat menjalani hidup ini dengan tenang

jika ada di antara manusia
di planet bumi ini memusuhi yang lain atas namaMu
padahal sebenarnya untuk kepentingan peribadi dan kelompoknya sendiri
sudilah kiranya wahai As-Salam
Kau bimbing mereka ke JalanMu
jangan biarkan saudara kami mencari
Kedamaian dan Kebahagiaan
dengan membenci dan membunuh
makhluk yang Kau cintai
Damai dan bahagialah manusia di dunia.
Ameen....Ya Rabb

Ya Allah Ya Salam,
sembuhkanlah penyakit yang kuderitai ini.
Kurniakanlah kami rasa damai dan bahagia.

HARI 4: AL-QUDDUS

Allah Yang Maha Suci telah meniupkan ke dalam diri kita dengan sifat suci maka sucikanlah budi pekertimu daripada sifat keji.
Perindahkan dirimu dengan sifat suci dan bersih daripada segala kekotoran, dosa dan maksiat, sama ada besar, kecil, zahir dan batin.


"Apapun yang ada di langit dan di bumi semuanya bertasbih kepada Allah, Raja Yang Maha Suci...."(al-Jumuah:1)

Wahai Allah, Pemilik Kesucian tanpa noda dan cacat
aku mohon padaMu, kiranya Engkau berkenan
menurunkan keQuddusanMu kepadaku, supaya aku dapat
bersihkan hati dan fikiranku
daripada fikiran-fikiran negatif
padaMu dan pada seluruh makhlukMu
Jangan Kau biarkan aku merasa bersih dan suci
atas apa yang aku ucapkan dan aku lakukan
padahal, Engkau tahu apa yang aku ucapkan dan lakukan itu
sangat Engkau benci
namun, Engkau mendiamkan
kerana Engkau tahu batas-batas akalku.

Ya Allah, Ya Quddus bebaskanlah hatiku daripada semua fikiran dan perhatian yang mengganggu, menimbulkan masalah, membimbangkan dan membuatkanku menderita.

Sunday, December 12, 2010

HARI 3: AL-MALIK

YANG MAHA BERKUASA
Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenar-benarnya. (al-Mukminun: 116)


Kita adalah raja pada diri sendiri, maka mulai hari ini kuasailah dirimu.
Ketika marah, kawal dirimu kerana kita adalah hamba kepada Yang Maha Penguasa.
Pastikan diri kita memiliki sifat memimpin dan mentadbir diri supaya patuh kepada perintah Allah SWT.



Ya Allah, Ya Malik, bersihkanlah hatiku dan lenyapkanlah segala yang menyedihkan hatiku.

HARI 2: AR-RAHMAN & AR-RAHIM

Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang

Kita adalah hamba kepada Yang Maha Pengasih maka jadilah insan yang pengasih, sebarkan sifat pengasih walau dimana kita berada tanpa mengharapkan balasan. Amalkan sifat pengasih dalam diri, supaya dapat mencetuskan suasana tenteram dan harmoni dalam kehidupan.


Tanpa disedari kita semua memiliki sifat penyayang kerana kita adalah hamba kepada Yang Maha Penyayang. Oleh itu, sayangilah kedua ibu bapamu. Janganlah menderhaka kepada mereka. Dengan memiliki sifat penyayang, para penghuni bumi turut menyayangi kita.

AR-RAHMAN & AR-RAHIM: Vitamin Jiwa

Sebarkan Vitamin Cinta & Kasih

Ya ALLAH jadikanlah aku alat kasihMu
di mana ada benci biarkan aku menebarkan cinta
di mana ada hati yang terluka biarkan aku menjadi penghibur
di mana ada keraguan biarkan aku menebarkan keyakinan
di mana ada putus asa biarkan aku menebarkan harapan
di mana ada kesedihan biarkan aku berkongsi bahagia
di mana ada kegelapan biarkan aku memberi cahaya

Ya Allah Ya Rahman,
yang Maha mencurahkan rahmat kasih sayang kepada segala yang wujud
yang mencakupi segala sesuatu dengan rahmat dan pengetahuan
rahmatMu kelihatan pada setiap butir kewujudan di alam semesta ini
Ya Allah, kami membaca tanda-tanda rahmatMu yang menjadikan kami tertarik menuju ke sisiMu serta menenangkan hati kami dengan keluasan kasih sayangMu
Ole itu, Ya Allah perlihatkanlah pada mata hati kami,
cahaya keadilanMu serta keagungan anugerahMu
Wahai Ar-Rahman, Wahai Allah yang mencurahkan kasih
Ya Allah, sempurnakanlah cahaya kami dan ampunilah dosa kami,
sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah Ya Rahman, hilangkan sifat lalai, gugup dan pelupa yang ada dalam diriku.

HARI 1: ALLAH

Mengingati ALLAH adalah sahabat dekatku
- Nabi Muhammad s.a.w -



ALLAH Sumber Segala Kekuatan

ALLAH adalah sebab bagi segala yang wujud dan Dia sama sekali tidak serupa dengan makhlukNya.

ALLAH adalah sumber tenaga yang Maha Perkasa dan tidak pernah berkurang.
Dia adalah Pemelihara dan Pelindung bagi seluruh makhlukNya dan tidak ada yang terkecuali.
Seorang hamba yang bergantung kepada Allah sepenuhnya sentiasa dipelihara oleh ALLAH, sehingga tidak ada sesuatu pun yang dapat mencelakakan dirinya. ALLAH segera memberikan bantuan tanpa perlu menunggu wang tebusan atau wang jaminan apabila hambaNya memerlukan bantuanNya.
ALLAH Maha Kaya tidak perlukan wang sogokan.

Peliharalah Allah, pasti Allah memelihara kamu.
Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah.
Apabila kamu memerlukan bantuan, mintalah bantuan kepada Allah.
Ketahuilah, sesungguhnya apabila manusia bersatu bagi memberi kebaikan kepadamu, mereka tidak mampu melainkan apa yang sudah ditetapkan oleh Allah kepada kamu,
dan apabila mereka bersatu bagi menjatuhkan kamu, mereka tidak mampu, melainkan apa yang sudah Allah tetapkan kepada kamu. Mata pena diangkat dan lembaran sudah ditutup.

Tanamkan dalam diri, Allah adalah sumber bagi segala sumber. Tidak ada sesuatu pun yang dapat menandinginya. Apapbila seseorang bergantung kepada sumber lain selain Allah, dia tentu gagal dan kecewa. Kejayaan seseorang dalam apa jua bidang bergantung pada sumber yang dipegangnya sebagai petunjuk kehidupannya.

Berasa Aman dengan ALLAH

Hanya apabila hamba meyakini ALLAH dengan sepenuh hati, Dia memberi ketenangan hati. Kunci utama kejayaan dan kebahagiaan individu itu ada pada hati yang tenang.
Tidak ada sebab takut menghadapi hidup ini. Apabila kita gagal dalam sesuatu perkara, sebaik-baiknya kita cuba mengkaji hikmah di sebalik kegagalan itu.

Iman yang kuat dapat melahirkan mental, emosi dan rohani yang mantap sehingga mampu menolak kekalahan yang kita alami.

ALLAH Sumber Motivasi
Pernahkan kita menjadikan ALLAH sebagai sumber motivasi dalam setiap aktiviti yang kita lakukan?

Apabila kita fikir lelah, maka kita merasa lelah
Apabila kita fikir kita tidak berani, maka kita tidak berani
Apabila kita mahu menang tetapi berfikiran kita tidak mampu, kita hampir pasti tidak menang
Apabila kita fikir kita kalah, maka kita sudah kalah
kerana di dunia luar kita mendapati kejayaan bermula dengan kemahuan seseorang
Semua itu ada di dalam fikiran
Perjuangan hidup tidak selalunya mendatangi orang yang lebih kuat dan cepat
tetapi cepat ataupun lambatnya orang yang menang itu adalah orang yang berfikir dia mampu menang

Bukalah mata batinmu dan kembalilah ke akar,
akar yang ada dalam dirimu sendiri

Ya ALLAH..Ya ALLAH..Ya ALLAH..Ya ALLAH..Ya ALLAH..Ya ALLAH..Ya ALLAH..

Thursday, December 9, 2010

KALENDAR HIJRAH 1432H



MUHARRAM
:04: SITI AISYHAH RADZURAN [4 MUHARRAM 1417H|RABU]
:09: MUHAMMAD ZAKWAN RADZURAN [9 MUHARRAM 1430H|SELASA]

SAFAR
:06: MUHAMMAD MUSTAQIM RADZURAN [6 SAFAR 1418H|JUMAAT]

RABIULAWAL
:16: SITI NUR BALQIS RADZURAN [16 RABIULAWAL 1427H|SABTU]
:22: RADZURAN ISMAIL [22 RABIULAWAL 1388H|RABU]

RABIULAKHIR
:18: SITI KHADIJAH RADZURAN [18 RABIULAKHIR 1420H|AHAD]

JAMADILAWAL
:08: AMIRUDDIN MAZLAN [8 JAMADILAWAL 1414H|AHAD]

JAMADILAKHIR
::

REJAB
:26: ISMAIL ALI [26 REJAB 1354H|KHAMIS]

SYAABAN
:05: MAZNAH ISMAIL [5 SYAABAN 1400H|KHAMIS]
:20: JAMILAH IBRAHIM [20 SYAABAN 1361H|RABU]

RAMADHAN
:09: MOHD YAZID ISMAIL [9 RAMADHAN 1385H|SABTU]
:26: ROBIAH ISMAIL [26 RAMADHAN 1379H|KHAMIS]

SYAWAL
:09: MAZLAN ISMAIL [9 SYAWAL 1781H|JUMAAT]

ZULQAEDAH
:09: NAZARIAH MAT DAKIM [9 ZULQAEDAH 1393H|SELASA]

ZULHIJJAH
::

Wednesday, December 1, 2010

PERANAN NIAT DALAM AMAL

Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab r.a. katanya, aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Bahawasanya segala amalan itu dengan berniat dan bahawasanya bagi tiap-tiap manusia itu apa-apa yang diniatkannya. Maka sesiapa yang berpindah kepada Allah dan RasulNya adalah berpindahnya kepada Allah dan RasulNya, dan sesiapa yang berpindah kepada dunia maka diperolehnya akan dunia itu. Atau kepada seorang perempuan berkahwinlah ia dengan perempuan itu. Maka perpindahannya itu adalah kepada apa-apa yang berpindah ia kepadanya.[Hadith diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dalam sahihnya]

<>-<>-<>-POKOK PERBINCANGAN HADITH-<>-<>-<>
-> sebab keluar hadith ini - kisah hijrah Ummu Qais
-> kenapa niat penting? - membezakan ibadat dengan adat, menentukan qasad amal adakah untuk ALLAH atau lainnya.

<>-<>-<>-PENGAJARAN HADITH-<>-<>-<>
Hadith ini menunjukkan NIAT syarat sah bagi segala amalan. Apabila elok niat itu eloklah amalan dan apabila niat tidak elok binasalah amalan itu.

Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana ALLAH, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah.

Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya.

Hijrah adalah suatu peritiwa besar dalam Islam di mana umat Islam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya.

Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.

Rujukan:
Hadis 40 Imam an-Nawawi http://www.geocities.com/bahantarbiyyah

Monday, November 29, 2010

SELAWAT NUR


Maksudnya:
Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas cahaya daripada sumber cahaya
rahsia dan pada sumber rahsia penawar yang berkesan dan pembuka
pintu segala kemudahan iaitu junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W yang
juga menjadi makhluk Engkau yang terpilih.

Sunday, November 28, 2010

ALWAYS BE THERE

ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR...

If you ask me about love
And what I know about it
My answer would be
It’s everything about ALLAH
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers

so when the time is hard
there’s no way to turn
as HE promise HE will always be there
to bless us with HIS love and HIS mercy
coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us

So, when the time is hard
There's no way to turn
as HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
and HE knows what's in all in our heart

So when you lose your way
to ALLAH you should turn
as HE promise HE will always be there...

HE bring ourselves from the darkness into the light
SUBHANALLAH praise belongs to YOU for everything
shouldn't never feel afraid of anything
as long as we follow HIS guidance all the way
through the short time we have in this life
soon it all'll be over
and we'll be in HIS heaven and we'll all be fine

so when the time gets hard
there's no way to turn
as HE promise HE will always be there
to bless us with HIS love and HIS mercy
coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
and HE knows what's in all in our heart

so when your lose your way
to ALLAH you should turn
as HE promise HE will always be there...

ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR...

So when the time gets hard
there's no way to turn
as HE promise HE will always be there
to bless us with HIS love and HIS mercy
coz, as HE promise HE will always be there
HE's always watching us, guiding us
and HE knows what's in all in our heart

so when you lose your way
to ALLAH you should turn
as HE promise HE will always be there...

ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR...



THANK YOU ALLAH

Tuesday, November 23, 2010

SOLAT SUNAT TAHAJUD


Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran; dan kurniakanlah kepadaku daripadaMu pembantu.


Ya Allah! Jadikanlah di dalam hatiku cahaya yang cemerlang, pada lidahku cahaya yang cemerlang, dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya yang cemerlang, serta jadikanlah pada penglihatanku cahaya yang cemerlang, jadikanlah di belakangku cahaya yang cemerlang dan di hadapanku cahaya yang cemerlang. Jadikanlah dari atasku cahaya yang cemerlang dan dari bawahku cahaya yang cemerlang. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku cahaya yang cemerlang!



Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, aku memohon ampun kepadaMu dari segala dosa-dosaku, dan aku juga memohon rahmatMu.
Ya Allah! Tambahkanlah pengetahuanku dan janganlah Engkau pesongkan hatiku sesudah Engkau berikan hidayah kepadaku. Limpahkanlah rahmat kepadaku dari sisiMu kerana Engkau adalah Maha Pemberi. Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali sesudah aku mati dan kepadaNya pula aku akan kembali.


Surah al-Imran:3:190-200 yang bermaksud;

190. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,

191. (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

192. Ya Tuhan kami, sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan ia, dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongpun.

193. Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman (iaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhanmu",maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti.

194. Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji.

195. Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman), "Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (kerana) sebahagian kamu adalah keturunan dari sebahagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalanKu, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah aku masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisiNya pahala yang baik.

196. Janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri.

197. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahannam; dan Jahannam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya.
198. Akan tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhannya bagi mereka syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya sebagai tempat tinggal (anugerah) dari sisi Allah. Dan apa yang di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang berbakti.

199. Dan sesungguhnya di antara ahli kitab ada orang yang beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan yang diturunkan kepada mereka sedang mereka berendah hati kepada Allah dan mereka tidak menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit. Mereka memperoleh pahala di sisi Tuhannya. Sesungguhnya Allah amat cepat perhitunganNya.

200. Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TAHAJUD
1. Menerima Kebaikan dan Rahmat Allah
Surah az-Dzariyat:51:15-18 yang bermaksud;
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan di mata air-mata air, sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik; Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam; Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah).

2. Memperoleh Pujian dari Allah
Surah al-Furqan:25:63-64 yang bermaksud;
Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.

3. Allah Mengakui Keimanannya
Surah as-Sajadah:32:15-17 yang bermaksud;
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombongkan diri. Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan harap, dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.

4. Diberi Keistimewaan oleh Allah
Surah az-Zumar:39:9 yang bermaksud;
(Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?". Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.

5. Memasuki Syurga dengan Sejahtera
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, hubungkanlah semua kerabat, sembahyanglah pada waktu malam ketika orang-orang sedang tidur pasti kamu semua akan masuk syurga dengan selamat sejahtera.

6. Mencegah Dosa dan Penghalau Penyakit
Salman al_Farisi berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Kerjakanlah sembahyang malam, sebab itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhan kamu, penebus segala keburukan, pencegah dari melakukan perbuatan dosa dan dapat menghalau penyakit dari badan.

7. Nilainya Tidak Terkira

8. Kemuliaan bagi Orang Mukmin

9. Dicintai oleh Allah

Monday, November 22, 2010

TAWAKKAL?

TAWAKKAL dan taqwa, dua perkataan hampir sama bunyinya tetapi sangat berlainan pengertian dan berbeza sekali maknanya tetapi fungsinya saling kait mengait di antara satu sama lain.

Di dalam al-Quran banyak disebut mengenai taqwa dan tawakal. Antara firman-firman Allah maksudnya adalah seperti berikut:

Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman. (Al-Maidah:5:23)

Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan memcukupkan (keperluan)nya. (At-Thalaq:65:3)

Dan hanya kepada Allah sahaja orang-orang yang bertawakkal itu berserah diri. (Ibrahim:14:12)

Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya. (Al-Imran:3:159)

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. pula bermaksud :
Kalau kamu bertawakkal kepada Allah dengan tawakkal yang hakiki nescaya Dia memberi rezeki kepada kamu sebagai mana ia memberi banyak rezeki kepada burung. Pagi petang burung itu terbang dengan perut kosong dan petangnya kembali dengan perut penuh.

TOTAL BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH









TAQWA?



Ramai orang boleh menyebut perkataan TAQWA, tetapi jarang pula yang benar-benar mengetahui apakah erti perkataan itu. Apalagi untuk mengimplimentasikan dalam kehidupannya. Apakah makna dan erti taqwa? Apakah kita benar-benar sudah memahaminya. Bilakah waktunya kita bertaqwa kepada Allah? Apakah kita harus melalui tahap-tahap tertentu baru kita dapat bertaqwa kepada Allah? Atau lahir sahaja ke dunia ini kita boleh bertaqwa kepada Allah?

Perkataan taqwa diambil dari perkataan rumpun kata waqiyah yang bererti memelihara. Pengertian taqwa yang umum dan sering kita fahami ialah sebagai takutkan kepada Tuhan.

Maksud taqwa di sini ialah memelihara. Memelihara ialah menjaga, menghormati serta memastikan kemuliaan yang Allah anugerahkan kepada kita agar tidak tercemar. Dalam konteks ini pemeliharaan itu termasuk, memelihara syariat diri zahir dan batin supaya kita tidak sampai syirik, kufur dan menjadi kafir kepada Allah.

O ye who believe! Fear Allah, and (always) say a word directed to the Right*. That He may make your conduct whole and sound and forgive you your sins: He that obeys Allah and His Messenger, has already attained the highest Achievement**.
(al-Ahzab :33: 70-71)

* Right - We must not only speak the truth as far as we know it, but we must always try to hit the right point; i.e., we must not speak unseasonably, and when we do speak, we must not beat about the bush, but go straight to that which is right, in deed as well as in word. Then Allah will make our conduct right and cure any defects that there may be in our knowledge and character. With our endeavour directed straight to the goal, we shall be forgiven our errors, shortcomings, faults, and sins of the past.

** Achievement t - This is salvation, the attainment of our real spiritual desire or ambition, as we are on the highway to nearness to Allah.

Erti taqwa bukan kita kena takut sebaliknya menjaga amanah yang Allah berikan kepada kita. Menjaga kelakuan kata-kata dan gerak geri kita. Sentiasa mengekalkan sifat-sifat hamba dengan Allah. Sentiasa meletakkan Dia di tempat yang mulia dan agung.

Dengan taqwa kita dapat mengekalkan kebaikan kita. Dengan sentiasa taqwa kita tahu tugas dan tanggungjawab kita. Natijah kepada taqwa dan istiqamah, dapat menghampirkan kita kepada pengenalan diri dan Allah.

Sunday, November 21, 2010

IMAN?



Iman ialah sesuatu yang paling bermakna dalam hidup manusia. Ia merupakan satu kepercayaan ataupun aqidah (pegangan). Orang yang tidak ada iman ibarat perahu yang tidak ada juru mudi, ia akan hanyut ke mana sahaja mengikut arus. Orang yang tidak ada iman hidupnya akan terumbang ambing, ibarat buih dilautan, sekejap ke tepi sekejap ke tengah, mengikut tiupan angin dan tolakan gelombang.

Kalau diibaratkan kepada sebatang pokok, iman adalah terasnya. Yang menjadi asas kekukuhan (berdirinya) pokok itu. Jika teras itu rosak, maka akan hancur dan rebahlah sesuatu pokok itu.

Iman juga boleh diibaratkan sebagai kandil (lampu/pelita) yang menjadi sumber menerangi perjalanan seseorang. Menyuluh ke segenap lorong-lorong dan juga denai-denai kehidupan yang dilalui oleh seseorang itu. Tanpa kandil (iman) sudah tentu perjalanan seseorang itu menjadi sulit dan melencung ke tempat lain, yang akhirnya membinasakan dirinya sendiri.

Kalau iman itu diibaratkan kepada bintang atau bulan di langit, mereka yang tidak mempunyai iman itu samalah dengan langit waktu malam tanpa bulan dan bintang. Ianya akan hitam dan gelap lagi menakutkan.

Begitulah besar dan mustahaknya cahaya iman dalam kehidupan. Iman umpama cahaya atau obor. Nyala obor akan bercahayalah kehidupan seseorang itu. Padam obor maka akan gelap dan hitamlah seluruh kehidupannya. Tertutuplah jalan bagi menghadap Allah.

Iman ialah merupakan keyakinan kepada Allah. Yakin dalam erti kata yakin mutlak yang tidak ada apa-apa syak wasangka. Yakin dengan lebih 100% yang sampai ke peringkat Qul Haqul Yakin, yakin yang tidak boleh bergoncang dan diubah-ubah lagi. Yakin ini tidak boleh ditukar ganti ataupun dilemahakn dengan diwas-waskan oleh mana-mana kuasa. Tahap keyakinan ini sampai seseorang itu sanggup dan bersedia dibunuh daripada ia mencabut keyakinan kepada Allah. Keyakinan ini pernah ditunjukkan oleh para Rasul, wali Allah dan anbiya' terdahulu. Contohnya Nabi Allah Ibrahim sedikitpun tidak gentar apabila dicampakkan ke dalam api. Begitu juga dengan Bilal bin Rabah sesekali tidak bersedia untuk menukarkan agamanya (Islam) kepada agama kafir walaupun ditindih dengan batu berat.

Kau Bilal bin Rabah cekal dan tabah
Dipanggang di gurun yang panas
Biarpun dirimu didera diseksa
Bibirmu tetap menyebut

Allah Tuhanku
Allah Yang Satu
Tiada Tuhan selain Allah
Muhammad Pesuruh Allah


Apabila disebut kita beriman kepada Allah, bermakna kita memperakui kebesaran Allah. Kita mempercayai kekuasaanNya dan kita mentaati apa yang disuruhNya itu. Kita mempercayai dan memperakui bahawa Allah yang berkuasa sepenuhnya ke atas alam raya ini termasuk ke atas diri kita semua.

Kita yakin tanpaNya kita tidak akan ada dan alam ini tidak akan zahir. Kita juga yakin bahawa diri kita ini dan seluruh isi alam ini berada dalam kekuasaanNya.

Demikian juga apabila disebut kita beriman kepada Rasulullah, bermakna kita mempercayai kepada ajarannya, kewujudannya, sifat-sifatnya, serta mukjizatnya serta bersedia pula untuk mematuhi dan mentaatinya.

Kemuncak keimanan kepada Allah, kita melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Kita laksanakan dengan penuh keikhlasan dan ketaatan. Bukti keimanan kita ialah apabila kita mengenal makrifat dengan Tuhannya.

Hakikat iman itu ialah meyakini kepada Allah dan dalil-dalilnya dengan sesungguhnya kemudian yakin kepada diri sendiri. Yakin kepada diri sendiri ialah yakin kepada pengalaman yang berasaskan ilmu dan ajaran Rasulullah. Keupayaan untuk meyakini itu kita perolehi hasil daripada pengalaman (praktik) kita kepada ilmu yang ditunjukkan itu.

Sumber iman itu datangnya daripada pancaran yang bernama Nur Qalbi (cahaya hati). Hati ini ialah Nur yang berhubung terus dengan zat Allah. Nur inilah yang memancarkan iman, yang membolehkan seseorang itu yakin kepada Allah yang bersifat ghaib. Hati juga merupakan kabel yang menghubungkan insan dengan Khaliqnya.

Hati yang terletak di rongga dada itu hanya simbol semata-mata. Itu hati fizikal. Hati yang seketul itu tidak memberi apa-apa faedah dan membawa apa-apa erti. Ia tidak menjamin seseorang itu dapat berhubung dengan Allah. Sebaliknya hati seketul itu banyak membawa kemusnahan kepada manusia kerana ianya dihiasi dan menjadi singgahsana kepada iblis dan nafsu.

Hati ini masih belum diproseskan lagi. Sebenarnya hati inilah juga yang akan memancarkan cahaya setelah ia diproses kelak. Hati inilah yang dapat menyilaukan Nur Iman ke dalam diri seseorang.

Hati yang tidak bersih tidak dapat menangkap cahaya Iman dari Nurullah. Kekotoran yang ada padanya menyebabkan ia tidak dapat menerima maklumat daripada Allah dan tidak dapat menerima apa-apa kebaikan yang disampaikan kepadanya. Keadaaan hati ini umpama radio yang gelombangnya tidak betul. Ia tidak dapat menerima suara dengan jelas dan kadang-kadang bercampur aduk dengan pelbagai suara atau siaran.

Untuk memastikan hati kita dapat menerima cahaya keimanan, hendaklah membersihkannya setiap masa. Menyucikannya serta menyinarkannya. Ibarat radio tadi, stesennya hendaklah dipastikan sentiasa berada pada gelombang yang betul. Janganlah jadikan sekeping hati itu sebagai tempat berhimpunnya segala macam kuman atau virus mazmumah yang bertindak menutup pintunya daripada menerima bisikan dan ilham daripada Allah.



Jagalah hati jangan kau kotori
Jagalah hati lentera* hidup ini
Jagalah hati jangan kau nodai
Jagalah hati cahaya Ilahi


*lentera - lampu (yang bertutup dengan kaca dll)

SYAHAADATAIN

Pengucapan atau kalimah paling agung dan bererti di atas maya ini ialah kalimah syahadah

Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad adalah pesuruhNya

Sudahkah kita mengetahui serta memahami segala isi dan maksud yang tersimpul dalam kalimah itu? Sebenarnya menjadi tanggungjawab kita sebagai insan yang mempunyai akal dan jalur pemikiran untuk memikir dan mengkaji kalimah itu. Kita tidak boleh sekadar menerima seperti apa yang ada sahaja. Sesuatu yang kita lakukan itu biarlah kita mengerti biar sampai ke akar umbi. Ibarat kalau menyelam ke laut biar sampai ke dasarnya barulah kita dapat menyaksikan batu-batu karam dan khazanah laut yang terhampar indah di dasarnya.

Kalau kita hanya setakat berenang di atas permukaan sahaja maka kita hanya akan dapat menyaksikan ombak dan buih-buihnya sahaja sedangkan rahsia laut itu sebenarnya masih jauh daripada pengetahuan kita. Hidup yang demikian adalah sangat rugi.

Surah Ali Imran ayat 190 yang bermaksud;
"Aku jadikan isi alam ini untuk diperhatikan oleh manusia. Sungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi yang berakal".

Mulai sekarang setelah kita menyedari betapa besarnya hikmah dan rahsia kalimah tauhid ini, wajib kita mempelajari secara mendalam untuk mengenali dan mengetahui rahsia kalimah agung ini.

Hakikat syahaadatain ialah pengakuan bahawa tidak ada yang nyata (alam) melainkan Allah. Bahawa semua yang maujud ini merupakan zat Allah iaitu sifatNya, asma'Nya,af'alNya. Apabila kita melakukan pengucapan dan pegangan, kita memperakui akan kewujudanNya dalm setiap maujud itu. Maknanya pegangan kita terhadap syahaadatain itu sebagai amanah dan tanggungjawab kita kepada diri sendiri.

Monday, November 15, 2010

Dimanakah Jodohku?

Elakkan bertanya pada Allah, mengapa sesuatu itu tidak berlaku
tetapi tanyalah pada Allah apakah yang diperlukan untuk sesuatu itu berlaku.



1-Berbaik sangka kepada Allah (husnuzzhon)
2-Beristighfar dan Bertaubat kepada Allah
3-Tingkatkan Taat dan Beramal kerana Allah
4-Bergaul dengan orang-orang Soleh dan Jangan Menyendiri
5-Berdoa kepada Allah

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa (al-Furqan:25:74)

Jodoh, tidak dapat dinafikan merupakan persoalan besar di dalam kehidupan hari ini sehingga ia sudah dianggap masalah hidup terhadap ramai individu. Ramai yang terus berdepan dengan ketentuan Ilahi yang masih belum menemukan ramai hambaNya yang masih belum bertemu dengan jodoh.

Saudara/i yang masih bujang,
Sememangnya jodoh dan pertemuan di tangan Allah, hatta segala ketentuan dan perancanaan ditentukan oleh Allah SWT. Dalam soal bertemu jodoh, mencari jodoh dan yang berkaitan dengannya, kita seharusnya bertanya kepada Allah SWT.

Kebanyakan daripada mereka yang belum bertemu dengan jodoh, mereka sering bertanya pada Allah hanyalah sekadar “MENGAPA AKU BELUM BERTEMU DENGAN JODOH?“. Soalan “MENGAPA” sebenarnya satu soalan biadap terhadap Allah SWT. Kita seolah-olah mendesak Allah ingin mengetahui mengapa Allah melakukan perancangan “tidak menemukan kita jodoh” dan perancanaan ini diberikan kepada kita.

Soalan “MENGAPA” membawa erti kepada desakan untuk diberikan jawapan berbentuk sebab sesuatu itu tidak berlaku dan sudah pasti ia sesuatu yang “AMAT BIADAP” apabila kita bertanyakan Allah dengan soalan “MENGAPA”. Segala yang berlaku adalah kehendak Allah dengan perancanganNya.

Elakkan bertanya pada Allah, mengapa sesuatu itu tidak berlaku tetapi tanyalah pada Allah apakah yang diperlukan untuk sesuatu itu berlaku.

Bagaimanakah soalan yang terbaik?
Di dalam komunikasi dengan Allah untuk membicarakan hal jodoh, tanyalah Allah tuntutan-tuntuan atau jalan-jalan untuk memperolehi jodoh yang bukan sekadar memiliki jodoh tetapi memiliki jodoh yang terbaik di sisi Allah.

Tanyalah pada Allah jalan-jalan yang perlu dilakukan untuk ditemukan dengan jodoh pilihan Allah SWT. Mohonlah pada Allah memberikan gerakan rasa yang kuat untuk melakukan tuntutun-tuntutan ke arah memiliki jodoh yang terbaik.

Jalan-jalan dan tuntutan-tuntutan inilah yang perlu diketahui kerana pasti setiap apa yang kita inginkan, kita perlu melalui jalan-jalan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Samada jalan itu makin mendekatkan kita dengan apa yang kita inginkan atau semakin jauh ia bergantung kepada pilihan jalan yang kita pilih (pilihan qada’ Allah). Maka tanyalah Allah jalan yang terbaik agar kita semakin hari semakin dekat dan akhirnya memiliki sesuatu yang kita inginkan.

Setiap manusia mempunyai ketentuan-ketentuan yang telah direncanakan oleh Allah. Sememangnya jalan-jalan dan ketentuan yang direncanakan oleh Allah tidak sama untuk setiap manusia. Seharusnya kita redha, pasrah dan berserah pada Allah tetapi ingat!!, redha, pasrah dan berserah bukanlah sesuatu yang pasif. Ia AKTIF. Komunikasi dengan Allah untuk mengetahui jalan-jalan yang perlu dilalui.

Jauhi tuduhan-tuduhan melulu kepada mana-mana individu dengan mengatakan mereka penyebab kita tidak memiliki jodoh. Jauhi prasangka buruk kepada sesiapa sahaja. Jauhi perkara-perkara yang memeningkan kepala untuk kita fikirkan tentang sebab musabab tidak bertemu jodoh ini.

Mulai saat ini, mohonlah pada Allah dengan penuh rendah diri untuk mengetahui jalan- jalan dan tuntutan-tuntutan yang Allah SWT telah tetapkan untuk kita di dalam hal memiliki jodoh.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia,
Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami,
Ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami, memerlukan keluarga.

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan.
Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah,
maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah.
Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah.
Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh,
Ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Terima kasih Allah, terima kasih. Amin.


sumber: Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan (http://www.fuadlatip.com)

PhDku?


(gambar ihsan: Hazwani art collection)

Hasrat ayah bonda dan ahli keluarga untuk diri ini terus maju dalam pelajaran membuatkan diriku dalam dilema. Walaupun mereka hidup dalam kepayahan namun mereka tetap inginkan yang terbaik untuk diriku. Hanya padaMu ya Allah aku serahkan segala urusanku ya Rahman ya Rahim, pandulah diriku yang lemah ini menuju jalan yang Engkau redhai.

Aku panjatkan doa padaMu ya Allah untuk memberikan petunjuk masa yang sesuai untuk aku menyambung pelajaran di peringkat PhD. Aku tahu PhD sesuatu yang sukar tetapi juga bukanlah sesuatu yang mustahil.

Aku memerlukan pertolonganmu ya Allah di dalam memberikan PhD bukan sekadar PhD tetapi lebih daripada itu. Aku mahu PhD mampu membantuku untuk mengenali diri ini di dalam aku mengenali Allah dan merasai nikmat mencintaiMu ya Allah.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Ilmu, Tuhan yang Maha Besar, Tuhan yang Maha memiliki semua yang berada di langit dan di bumi serta diantaranya.
Aku memohon kepadaMu ya Allah untuk melanjutkan pelajaranku ke peringkat PhD ya Allah.
Seandainya PhD ini membuatkan aku lebih dekat denganMu ya Allah,
Seandainya PhD ini membuatkan aku merasa lebih kehambaan,
PhD ini menghancurkan segala rasa kemegahanku, kehebatanku dan segalanya ya Allah,
maka tunjukkan aku masa yang sesuai untuk aku menyambung pelajaranku ke peringkat PhD ya Allah.
Kau permudahkanlah segala urusan PhDku ya Allah.
Ya Allah Kau bantulah diriku menyiapakan proposal PhDku yang terbengkalai ini.

Seandainya PhD membuatkan aku lebih jauh denganMu ya Allah,
PhD menghancurkan cintaku padaMu ya Allah,
PhD menambahkan bongkak, sombong, megah diri, rasa hebat dan sebagainya ya Allah,
maka Kau buangkanlah niat melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD ini dalam hatiku ya Allah.
Terima kasih ya Allah, terima kasih.

Aku memerlukan Profesor Dunia untuk untuk menjadi supervisorku di dalam mencari rahsia ilmuMu ya Allah.
Beliau perlu ada kelulusan sekurang-kurangnya PhD.
Beliau mestilah mampu menunjukkanku jalan yang terbaik di sepanjang perjalanan PhDku. Ilmunya banyak dan berani di dalam membuat keputusan. Aku berharap beliau merupakan supervisor yang benar-benar bekerja untuk agamaMu ya Allah.

Namun ya Allah,
aku memerlukan juga Profesor Akhirat sebagai supervisorku.
Professor Akhirat tidak semestinya mempunyai kelulusan yang tinggi. Tetapi mereka ini banyak ilmu agama yang diamalkan. Professor Akhirat adalah orang yang tidak pernah bangga dengan apa yang dimilikinya. Dia sedar apa yang dimilikinya bukan miliknya.

Mereka tidak pernah sombong dengan ilmu yang mereka ada. Namun untuk mendapatkan ilmu mereka, aku perlu berusaha untuk mendapatkannya. Mereka tidak mendabik dada untuk menceritakan itu dan ini kerana mereka hanya bercerita kepada sesiapa yang mendampingi mereka.

Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana menemukan kepadaku beberapa orang Professor Akhirat. Mereka hanya berkerja sebagai penoreh getah, orang-orang kampung yang hidup susah, tukang sapu hinggalah kepada profesional, mereka merupakan Professor Akhirat tempat rujukanku di dalam meneruskan perjalanan hidup berTuhan ini.

Mereka amat tenang di dalam kehidupan mereka. Kerana itu aku suka mendampingi mereka. Belajar dan mencari ilmu mereka memerlukan kesabaran kerana mereka mengajar dengan amalan. Bukan teori semata-mata. Mereka tidak kaya harta walaupun mereka golongan profesional tetapi mereka kaya ilmu kerohanian. Mereka hidup penuh dengan kesederhanaan.

Merekalah yang mengajar saya erti sebenar JIWA POSITIF DAN HIDUP BERTUHAN.

Walau sehebat mana pun kita, kita mesti mencari professor akhirat ini. Cari dan dampingi mereka. Jangan bermegah dengan jawatan, kuasa, rupa, harta dan sebagainya yang kita ada. Jangan sesekali berasa diri kita sudah cukup sempurna amalannya.

Mereka ada dekat dengan kita. Disebabkan mereka ini merupakan orang yang sentiasa rasa apa yang mereka miliki bukanlah milik mereka, mereka kelihatan seperti tiada apa-apa pada pandangan kita. Namun sebenarnya di sebalik rendah diri mereka, mereka merupakan manusia yang sangat dekat dengan Allah.

Jika sebelum ini kita jahil dan kini nampak jalan yang terang, ia cuma baru permulaan. Rendahkan hati, buangkan segala kesombongan, riak, takabur dengan apa yang kita ada untuk terus mencari dan mendampingi professor akhirat ini. JANGAN DI KALA KITA BARU SAHAJA NAMPAK JALAN YANG TERANG dan kita mula disanjung kerana perubahan kita ini, kita mula menjadi sebutan ramai kerana kita berubah dari kejahilan kita, kita sudah berasa segala-galanya sudah mencukupi buat kita.

Ingatlah Allah setiap masa dengan berkomunikasi dengan Allah. Hanya dekat dengan Allah, hidup kita akan bahagia. Tiada cara lain lagi untuk mendapatkan kebahagiaan melainkan dekat dengan Allah. Ini adalah hakikat yang tidak boleh disanggah.

Semoga kejayaan dunia dan akhirat adalah milik kita semua.


(gambar ihsan dari Hazwani Art Collection)

-sumber: Jiwa Positif dan Hidup Bertuhan (http://www.fuadlatip.com)

Sunday, November 14, 2010

108: 1-3 : SURAH AL-KAUTHAR

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
1) Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat).
2) Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
3) Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Surah ini membincangkan beberapa perkara berikut:
1) Allah telah memberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. banyak kebaikan sehingga sampai kepada kemuncaknya, antaranya sungai al-Kauthar di dalam syurga, sepertimana yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Ahmad, al-Tirmizi daripada Anas.

2) Allah memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya supaya menunaikan sembahyang (yang wajib dan sunat) dengan ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah, tanpa mensyirikkanNya dengan yang lain. Mereka juga diperintahkan menyembelih binatang korban untuk dihadiah kepada fakir miskin di sekitar masjid al-Haram. Ibadah daging korban dan ibadah yang lain mestilah khusus untuk Allah sahaja.

3) Sesungguhnya orang-orang yang membenci Nabi dan syariat yang dibawa olehnya daripada Allah adalah orang-orang yang tercantas daripada mendapat 2 kebaikan di dunia dan akhirat. Mereka tidak meninggalkan sebarang tanda peninggalan sejarah yang bererti untuk dingati yang boleh didengar selepas mereka mati. Justeru mereka tidak beriman dengan risalah kebenaran dan tidak melakukan sesuatu kebaikan semata-mata kerana Allah.

"Apakah kita menyambut hari pengorbanan hanya dengan kekosongan? Apakah kita menyambutnya sekadar untuk mengenang-ngenangkan saudara kita yang menunaikan haji?”

HAKIKAT INSAN



Siapa aku?
Dari mana asalku?
Mengapa aku berada di dunia ini?
Lalu untuk apa?
Mengapa aku dilahirkan dan kemudian tua lalu mati?
Mengapa begitu sahaja kehidupan aku di dunia ini?
Fahamilah dan rasakanlah kehidupan berspiritual yang sebenar untuk memahami kehidupan dimana kita berasal daripada Allah turun ke bumi kemudian kembali keasalnya iaitu Allah.

To Allah we belong and to Him is our return (Al-Baqarah: 156)

Spritual BUKANLAH memasuki kumpulan memori yang tersimpan di dalam alam bawah sedar seperti melihat dan mendengar multimedia (dengan skrin besar) tentang Allah barulah tersentuh jiwanya.

Spritual adalah rohani yang bergerak mengakses alam kerohanian.

Rohani memiliki pengalaman pertemuannya dengan Ilahi. Otak manusia belum pernah mengikuti perjumpaan dengan Allah pada masa itu kerana rohani tidak mempunyai otak, tidak memiliki jantung, tidak memiliki saraf, tidak memiliki daging dan otot.

Rohani bersifat sendiri, tidak bergantungan, bersifat abadi, tidak terpengaruh dengan ruang dan waktu, tidak mengalami kehidupan akan datang dan masa lalu. Ia adalah kesedaran masa sekarang. Tidak dibatasi oleh daging, tidak berada dalam jantung atau otak.

Ia ada di dalam dan sekaligus di luar jasad kita.

Kerohanian adalah kesedaran yang murni, yang bersifat ghaib.

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."