Wednesday, June 10, 2009

INTERNATIONAL CONFERENCE ON WATER RESOURCES (ICWR 2009)



Alhamdulillah....Allah telah mengizinkan untukku menjejakkan kaki ke bumi Langkawi buat kali yang ketiga pada 26-28 Mei 2009 yang lalu. Wani, Yazmeen dan sy bertolak dari Skudai pukul 11.00 malam 25 Mei 2009 dengan menaiki bas. Kami sampai di Puduraya kira-kira pukul 4.00 pagi 26 Mei 2009. Kami ke LCC Terminal dengan menaiki bas Star Shuttle kira-kira jam 5.00 pagi. Perjalanan dari Puduraya ke LCC Terminal mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kami sampai di LCC Terminal pukul 6.00 pagi. Selepas menunaikan solat subuh di surau LCC Terminal, kami check in di kaunter Air Asia. Kami berlepas ke Langkawi jam 8.10 pagi dan sampai ke Langkawi International Airport 1 jam kemudian. Kami menginap di Hotel Helang, Padang Matsirat. Seterusnya, dengan kereta yang kami sewa dengan RM50 sehari, kami ke Hotel Bayview, Kuah untuk set up pameran Workshop of EFDC Hydrodynamic and WASP Water Quality di bawah penyeliaan Dr. Noor Baharim Hashim. Di sebelah petang, kami kembali ke tempat penginapan untuk merehatkan badan yang agak keletihan. Malamnya pula, kami bertiga dengan Dr. Noor Baharim ke Jamuan Makan Malam International Conference on Water Resources(ICWR 2009)di Hotel Bayview.



Kami dihidangkan dengan makanan Chinese Food. Tak lalu gak nak makan, maklumlah tak pernah makan. Sambil menikmati hidangan yang disediakan, para peserta ICWR 2009 dihiburkan dengan persembahan kebudayaan negeri Kedah. Sesi fotografi telah diadakan selepas jamuan berakhir. Kami kembali ke tempat penginapan kira-kira 1.00 pagi setelah dibawa melawat ke Hotel Awana Porto Malai dan supper di mana yek...tak ingat nama tempatnya sambil mendengar halwa telinga, persembahan kareoke penduduk kampung tersebut. Tutuplah buku 26 Mei 2009.



27 Mei 2009 pula bermula. Selepas breakfast, kami dibawa oleh Dr. Baharim ke Cable Car. Konon-konon nak naik Cable Car tapi pada hari berkenaan, belum beroperasi. Jadi kami melawat ke kawasan sekitarnya. Ada taman haiwan di sana rupanya. Dapatlah memberi makanan pada rusa yang memang jinak dan arnab yang comel-comel di sini.



Perjalanan diteruskan ke Perusahaan Gamat dan Herba. Banyak gak memborong minyak gamat, krim gamat, dan minyak urut. Destinasi seterusnya ialah Makam Mahsuri. Bukannya menziarai makam, bershopping lagi di gerai-gerai di kawasan luar makam. Banyaklah memborong t-shirt dan kain batik di sini. Dr. Baharim pula memborong kuih karas. Dah tengahari....kena ke Hotel Bayview, kami nak present petang nie....cepat-cepat.



Selepas makan tengahari, Yazmeen dan sy bersiap-siap untuk perbentangan kertas kerja. Alhamdulillah...selepas selesai pembentangan dan soal jawab, kami menunaikan solat di surau hotel. Acara seterusnya ialah bershopping....Pekan Kuah terkenal sebagai tempat bershopping. Sampai ke maghrib kami bershopping...Shopping ape yek? Apa lagi coklat dan kain batik. Pinggan mangkuk kami x larat nk angkut naik flight esok. Pulusnya pun tak berapa mengizinkan untuk bershopping. Cukup-cukuplah tue....Kang habis plak 1 pekan kuah nie kena borong. Tak dapek plak orang lain nak memborong. Lain kali kami datang lagi pekan Kuah.



Selepas solat maghrib di Masjid Pekan Kuah, dr. Baharim belanja kami makan malam di Bamboo Beach Restaurant. Sedap gak makanan di sana. Terima kasih dr. kerana sudi belanja kami. Kejapnyer esok dah nak balik.

28 Mei 2009. Hari terakhir di Langkawi untuk kali ini ler...tak sempat nak breakfast, kami dah terlewat. Dengan perut berkeroncong, kami ke Langkawi Airport untuk pulangkan kereta dan check in. Penerbangan kami pukul 9.35 pagi....Disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan, flight delay...ujan lebat pagi tue, terpaksalah kami bersapau dok kek airport dengan perut berkeriut. Makanlah sandwich n sosej untuk mengalas perut....akhirnya, pukul 12.10 barulah penerbangan kami boleh berlepas. 1 jam kemudian, kami sampai di LCC Terminal.



Selepas makan tengahari, kira-kira 2.30 petang, kami ke Puduraya dengan bas Star Shuttle lagi. Tambangnya dari LCC Terminal ke Puduraya lebih murah RM 4.00 berbanding dari Puduraya ke LCC Terminal. LCC Terminal ke Puduraya RM 8.00 jer tapi dari Puduraya ke LCC Terminal RM 12.00. Lebih kurang 1 jam kemudian, kami sampai di Puduraya.

Destinasi seterusnya, lojing di Bandar Tun Razak, Cheras. Rumah nenek wani. Tak larat dah rasanya dengan barang-barang yang banyak nie. Esok jelah kami balik JB.

No comments:

Post a Comment