Saturday, June 13, 2009

TERIMA KASIH MAK & AYAH



Ya ALLAH, Ya RAHMAN, Ya RAHIM, Tuhanku, ampunilah segala dosa-dosaku dan dosa kedua mak dan ayahku, Jamilah binti Ibrahim dan Ismail bin Ali serta rahmatilah (peliharalah) keduanya sepertimana mereka telah memeliharaku ketika kecil.

Mak dan ayah yang kusayangi, sesungguhnya kasih sayangmu dan keprihatinanmu kepada diriku selama ini tidak mampu kubalas kerana sesungguhnya semuanya itu adalah sifat Ya Rahman dan Ya Rahim Allah, yang Allah kurniakan kepadamu mak dan ayahku agar kalian berdua menyayangiku dan melindungiku sejak kecil sehingga dewasa. Terima kasih mak dan ayah yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada diriku dunia dan akhirat.



RINTIHAN ANAK SOLEH

Wahai ayah dan ibu
Dengarlah rintihan anakmu
Pimpinlah diriku ini
Dijalan penuh berduri

Berilah ilmu mengenal Tuhan
Pencipta diri ini
Selamatkan dari tipuan dunia
Menuju alam yang abadi

Ilmu akhirat wajib dipelajari
Bekalan untuk bertemu Ilahi
Ilmu duniawi boleh dicari
Panduan hidup untuk berbakti

Ayah dan ibu ini impianku
Ingin menjadi anak yang soleh
Menolong ayah membantu ibu
Terus berbakti di negeri abadi

Oh Tuhan beri kekuatan iman
Pada kedua ayah dan ibuku
Kau ampunkan segala kelemahan
Sentiasa dalam bimbinganMu

Setiap detik setiap saat
Berada dalam redhaMu
Jalan yang lurus ditunjuki
Tuhan jadi sahabat sejati

Ilmu akhirat wajib dipelajari
Bekalan untuk bertemu Ilahi
Ilmu duniawi boleh dicari
Panduan hidup untuk berbakti

Ayah dan ibu ini impianku
Ingin menjadi anak yang soleh
Menolong ayah membantu ibu
Terus berbakti di negeri abadi







No comments:

Post a Comment