Sunday, June 7, 2009

AKTIVITIKU

Assalamualaikum dan salam ikhlas penyeri ukhuwwah...
Sedikit mengenai aktivitiku di bumi perantauan Johor. Congak-congak rupa-rupanya dah lebih 5 tahun sy merantau di bumi Johor ini. Sepanjang menjadi Research Officer (RO)dan pelajar sarjana kejuruteraan awam UTM Skudai di bawah penyeliaan Dr. Noor Baharim Hashim, banyak benda baru yang dipelajari. Terima kasih sifu, jasamu tak dapat dibalas hingga akhir hayat. Begitulah juga kepada semua guru dan pendidik yang telah mendidik diri ini hingga tahap ini. Jasa kalian hanya Allah yang layak membalasnya.
Terima kasih yang tak terhingga buat mak ayah tercinta yang memberi keizinan untuk anakanda merantau di bumi Johor ini. Ya Allah peliharalah dan ampunilah segala dosa mak dan ayahku Jamilah dan Ismail sepertimana mereka mengasihiku dan memeliharaku ketika aku kecil.
Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan ketika diri ini lemah dan tak bermaya.
Dr. Noor Baharim banyak mencurahkan ilmunya terutama berkenaan permodelan hidrodinamik dan kualiti air, penulisan report dan kertas kerja, serta kerja-kerja penyelidikan di tapak kajian. Selain kerja-kerja penyelidikan di Sungai Johor, Sungai Pulai, Sungai Skudai, Sungai Langat, Sungai Tebrau dan Sungai Melaka, sy berpeluang menghadiri seminar, persidangan dan kolokium yang diadakan di AWAM07 (Langkawi), RIVERS07 (Kuching), ICWR 09 (Langkawi),Jab. Alam Sekitar Johor,UiTM Shah Alam, NAHRIM Seri Kembangan, Institut Alam Sekitar(EiMAS) sebagai pembentang kertas kerja dan peserta.
Alhamdulillah syukur ke hadratMu Ilahi kerana diberi peluang dan kesempatan untuk melihat keindahan ciptaanMu di muka bumiMu ini.
Sy amat bertuah kerana dapat menghadiri kolokium yang disampaikan oleh Prof. James L.Martin dari Mississippi State University, USA dan Paul Craig dari Dynamic Solutions, DLL. Mereka merupakan technical support dalam penyelidikan dan pembangunan model hidrodinamik dan kualiti air terutamanya Sungai Johor. Mereka banyak membantu dalam projek penyelidikan yang saya jalankan.
Alhamdulillah, projek penyelidikan saya sudah sampai ke stage terakhir dan hampir selesai. Syukur ku kehadratMu Ilahi kerana telah memudahkan kerja-kerja penyelidikan yang kulakukan ini.
Walaupun sibuk dengan kerja-kerja penyelidikan, Allah mengizinkan untukku meluangkan masa dengan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan dan aktiviti sukan. Disinilah saya dapat berkenalan dengan ramai orang yang pelbagai latar belakang, ragam dan karenah serta pelbagai masalah. Ini dapat meinsafkan diriku yang serba kekurangan ini bahawa masalah yang kita hadapi tidak sehebat masalah orang lain. Jika kita dihimpit dengan masalah, ada insan lain yang lebih kuat dugaannya daripada kita.



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, limpahkan rahmat kasih sayangMu kepada semua insan yang telah mendidik diri ini sehingga menjadi insan yang berilmu dan berpengalaman seperti diriku hari ini.
Ya Allah Ya Alim, ilmuMu terlalu luas. Semakin banyak yang kupelajari, semakin banyak yang aku tidak tahu. Hanya Engkau Ya Allah Yang Maha Mengetahui.

No comments:

Post a Comment