Sunday, December 12, 2010

HARI 1: ALLAH

Mengingati ALLAH adalah sahabat dekatku
- Nabi Muhammad s.a.w -



ALLAH Sumber Segala Kekuatan

ALLAH adalah sebab bagi segala yang wujud dan Dia sama sekali tidak serupa dengan makhlukNya.

ALLAH adalah sumber tenaga yang Maha Perkasa dan tidak pernah berkurang.
Dia adalah Pemelihara dan Pelindung bagi seluruh makhlukNya dan tidak ada yang terkecuali.
Seorang hamba yang bergantung kepada Allah sepenuhnya sentiasa dipelihara oleh ALLAH, sehingga tidak ada sesuatu pun yang dapat mencelakakan dirinya. ALLAH segera memberikan bantuan tanpa perlu menunggu wang tebusan atau wang jaminan apabila hambaNya memerlukan bantuanNya.
ALLAH Maha Kaya tidak perlukan wang sogokan.

Peliharalah Allah, pasti Allah memelihara kamu.
Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah.
Apabila kamu memerlukan bantuan, mintalah bantuan kepada Allah.
Ketahuilah, sesungguhnya apabila manusia bersatu bagi memberi kebaikan kepadamu, mereka tidak mampu melainkan apa yang sudah ditetapkan oleh Allah kepada kamu,
dan apabila mereka bersatu bagi menjatuhkan kamu, mereka tidak mampu, melainkan apa yang sudah Allah tetapkan kepada kamu. Mata pena diangkat dan lembaran sudah ditutup.

Tanamkan dalam diri, Allah adalah sumber bagi segala sumber. Tidak ada sesuatu pun yang dapat menandinginya. Apapbila seseorang bergantung kepada sumber lain selain Allah, dia tentu gagal dan kecewa. Kejayaan seseorang dalam apa jua bidang bergantung pada sumber yang dipegangnya sebagai petunjuk kehidupannya.

Berasa Aman dengan ALLAH

Hanya apabila hamba meyakini ALLAH dengan sepenuh hati, Dia memberi ketenangan hati. Kunci utama kejayaan dan kebahagiaan individu itu ada pada hati yang tenang.
Tidak ada sebab takut menghadapi hidup ini. Apabila kita gagal dalam sesuatu perkara, sebaik-baiknya kita cuba mengkaji hikmah di sebalik kegagalan itu.

Iman yang kuat dapat melahirkan mental, emosi dan rohani yang mantap sehingga mampu menolak kekalahan yang kita alami.

ALLAH Sumber Motivasi
Pernahkan kita menjadikan ALLAH sebagai sumber motivasi dalam setiap aktiviti yang kita lakukan?

Apabila kita fikir lelah, maka kita merasa lelah
Apabila kita fikir kita tidak berani, maka kita tidak berani
Apabila kita mahu menang tetapi berfikiran kita tidak mampu, kita hampir pasti tidak menang
Apabila kita fikir kita kalah, maka kita sudah kalah
kerana di dunia luar kita mendapati kejayaan bermula dengan kemahuan seseorang
Semua itu ada di dalam fikiran
Perjuangan hidup tidak selalunya mendatangi orang yang lebih kuat dan cepat
tetapi cepat ataupun lambatnya orang yang menang itu adalah orang yang berfikir dia mampu menang

Bukalah mata batinmu dan kembalilah ke akar,
akar yang ada dalam dirimu sendiri

Ya ALLAH..Ya ALLAH..Ya ALLAH..Ya ALLAH..Ya ALLAH..Ya ALLAH..Ya ALLAH..

No comments:

Post a Comment