YANG MAHA MEMELIHARAJika kita meminjam sesuatu daripada seseorang dan kemudian kita merosakkan barang tersebut, adakah peminjam itu akan marah?
Tentulah dia akan marah.
Ketika ini, Allah SWT meminjamkan jasad dan roh kepada kita tetapi kita tidak menjaganya denngan adil.
Adakah Allah marah atau tidak? Beranikah kita membuat Allah SWT marah?
Mulai hari ini dan seterusnya, peliharalah seluruh anggota badan kita kerana kita adalah hamba Allah
YANG MAHA MEMELIHARA.
Kita sepatutnya memiliki sifat memelihara diri dan alam sekitar daripada sebarang kerosakan sebagai menjaga amanah Allah SWT.
No comments:
Post a Comment