Monday, February 24, 2014

Hijrah#012

Salam 15 Rabiul Awal 1435H.
Kesucian cinta..Ikhlas tak diundang...Peliharalah!
Cinta itu suci kerana ianya dihadirkan oleh Ya Allah Ya Quddus Yang Maha Suci kepada hamba-hambaNya yang berhati suci dan berfikiran bersih jua.
Sucikanlah hati & fikiranmu wahai ahli keluarga tercinta & sahabat-sahabat yang kukasihi kerana Allah.
"Ya Allah, bersihkanlah hati & fikiranku drpd memikirkan hal-hal yang Engkau benci. Masukkan perkara-perkara yang positif dalam hati dan fikiranku supaya hidupku tenteram dan damai dalam kesucianMu"
"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (46:15)
~°~°~°~°~°~°~°~PESONA CINTA°~°~°~°~°~°~~°~
Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku
Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung
Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja
Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya
Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati
Kesucian cinta
Ikhlas tak diundang
Peliharalah...
-MZ-
@wadi ismailjamilah
15 Rabiul Awal 1435H::17 Januari 2014

No comments:

Post a Comment