Monday, February 10, 2014

HIJRAH#013

Salam 10 Rabiul Akhir 1435H buat sahabat2 yang dirahmati ALLAH.


"YA ALLAH, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta jauhkanlah kami dari siksa api neraka."

Genaplah sebulan kekandaku yang tercinta, Robiah binti Bedu dimasukkan ke hospital kerana tekanan darah tinggi (hypertension). Tanggal 11 Rabiul Awal 1435H Kak Lang dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah Kuala Pilah dan 17 Rabiul Awal 1435 dipindahkan ke Neuro ICU Institut Kaji Saraf, Hospital Kuala Lumpur.

Pembedahan kali pertama telah dijalankan pada malam 18 Rabiul Awal 1435H. Hanya doa yang kupanjatkan kepadaNya Yang Maha Esa dari kejauhan. Hanya Allah Yang Maha Tahu bagaimana resah dan gelisahnya perasaanku ketika dan saat itu.

SMS yang kuterima sebelum pembedahan dijalankan pada malam 18 Rabiul Awal 1435H dari abang Cik melegakan sedikit kegusaran dihatiku ini.

"Tadi acik tengok masih belum sedar lagi, berdoa kepada ALLAH, mudah-mudahan kesihatan kak Lang dipermudahkan."

"Berat mata kita tengok, berat lagi alang nak hadapi, tadi alang cuba sembunyikan kesedihan dan kerisauannya, kita sama-samalah meminta keredhaan ALLAH."

Selepas pembedahan berjaya dijalankan, kak Lang dimasukkan ke Neuro ICU semula kerana keadaannya yang masih koma dan belum stabil. Hanya khabar berita dari kejauhan yang kudapatkan dari anak-anak saudaraku; Azazi, Radhi, Nasri dan Wahida melalui sms dan pm di facebook.

23 Rabiul Awal 1435H
Alhamdulillah.... Diizinkan olehNya menziarahi kekandaku yang berada di Neuro ICU, Institut Kaji Saraf, HKL. Ramai sahabat handai, jiran tetangga, dan ahli keluarga kak Lang yang datang dari Felda Serting Hilir 3, Jempol, Negeri Sembilan dan Felda Sungai Panching Selatan, Kuantan, Pahang, masing-masing menziarahinya. Kukuatkan jua semangat untuk bertemu dengan kekandaku yang terbaring lesu di dalam bilik Neuro ICU itu. ALLAHU AKBAR!

"Kak Langku sayang yang dirahmati ALLAH,
Adik  datang ni. Kak Lang kena kuat yer. Kuatkan semangat, nanti cepat sembuh. Kami semua tunggu kak Lang ni."

Kelihatan matanya tertutup rapat, tetapi matanya terbuka tatkala aku dan abang Lang menghampiri dan mengusap kepala, tangan dan kakinya. Anak matanya bergerak ke kiri kanan, seakan dia sedang sedar, walaupun hakikatnya dia masih koma. ALLAHU AKBAR!

Melihat anak bongsu alang yang baru berusia 2 tahun, Nur Aini yang masih tidak faham apa-apa yang berlaku kepada bondanya. Terasakan seakan sesuatu yang sangat berat menekan dada, sebak. Berusaha supaya air jernih tidak turun ke pipi. Ya, kami semua mesti terus kuat untuk kak Lang. Ya Allah, permudahkan urusannya. ALLAHU AKBAR!

Kami keluar dari ICU untuk memberi laluan sahabat dan jiran kak Lang menziarahinya pula. 

"Doktor nak buat pembedahan, tebuk lubang di pangkal leher dia untuk gantikan alat pernafasan yang dia guna sebab alat tu hanya boleh diguna untuk 7 hari saja, takut nanti ada jangkitan kuman." kata abang Langku, Mohd Yazid yang kelihatan begitu tabah menghadapi semua ketentuan Ilahi ini.


24 Rabiul Awal 1435H
Dengan izin-Nya, pembedahan kali kedua dilakukan. Pembedahan yang dijangkakan dilakukan pada malam 23 Rabiul Awal 1435H terpaksa ditangguhkan kerana tekanan darah tinggi kak Lang tidak stabil dan terlalu tinggi. Ketika pembedahan sedang berjalan, along dan acik sekeluarga menemani abang Lang di luar bilik bedah. Diriku tidak mampu berada di situ. ALLAHU AKBAR!

dalam sujud ku bercerita...
dalam sujud ku meminta...
dalam sujud ku luah segala...
dalam sujud ku tumpahkan airmata...
dalam sujud ku temui BAHAGIA.

26 Rabiul Awal 1435H...
Keadaan kak Lang beransur baik dan telah dipindahkan ke Neuro HDW (High Dependency Ward).

"Hapuslah sakit ini, wahai Tuhan manusia. Kesembuhan hanya berada dalam kekuasaan-Mu. Tiada yang mengetahui (menyembuhkan) dirinya kecuali Engkau."


29 Rabiul Awal 1435H...
 Keadaan kak Lang lebih stabil dari hari sebelumnya. Tekanan darah tingginya semakin berkurangan dan bacaan tekanan darahnya dalam keadaan normal. Dengan kehadiran anakanda2 dan suami tercinta termasuk 3 orang puterinya; Aini, Asma' dan Wahida berada di sisi kak Lang lebih stabil keadaannya. Tangan dan kaki kirinya sudah boleh digerakkannya. Hanya bahagian sebelah kanan yang nampak masih lemah. Insha ALLAH...dengan izin-Nya, semuanya akan kembali pulih dan sihat seperti sediakala.

"Aku memohon kepada Allah Yang Maha Besar, Tuhan Pemilik Arasy yang agung. Semoga Allah menyembuhkan dirimu."


"YA ALLAH,
Engkau telah memerintahkan kami untuk berdoa kepada-Mu, dan Engkau telah menjanjikan kepada kami dengan pengabulan doa dari-Mu.
Kami telah berdoa sebagaimana Engkau perintahkan kepada kami, kabulkanlah doa kami sebagaimana Engkau menjanjikan pengabulan doa kepada kami.

YA ALLAH,
berikanlah ampunan atas perkara yang telah kami lakukan: berikanlah pengabulan doa dari-Mu dengan memberikan hujan dan keluasan rezeki kepada kami."


~*~*~*~*~*~TAFAKKUR - OPICK~*~*~*~*~*~
Sejauh-jauh mata memandang#Sedalam-dalam hati merasakan#Hanya setitik debu yang tertuang# Dalam syair pujian
Lepas hati memandang lautmu#Terheran diri pada langitmu#Berjuta kata tak cukup untuk#Melukis indahmu
*Melihat bintang alangkah jauhnya
Melihat biru alangkah dekatmu
Melihat hutan melihat gunung
Siapa menjagamu
Mendengar tangis dalam deritamu
Rasakan luka dihari-harimu
Pada siapa airmata ini kan mengadu
Hoo..hoo..ha..ha..oh..ohh..ha..ha..
Haa..ha..ha..haaha..ha..
Bumi akan sepi
Bangga sementara
A… adakah tempat kembali
A… adakah selain Allah
p/s: Kak Langku sayang yang dirahmati ALLAH, Robiah binti Bedu. Cepat sembuh ya....adik rindu sangat nak berborak-borak dengan kak Lang. Rindu serindu rindunya....sampaikan salam rinduku padanya YA ALLAH YA WADUD Yang Maha Pencinta.

No comments:

Post a Comment