Saturday, February 15, 2014

HIJRAH#014

Salam 16 Rabiul Akhir 1435H buat sahabat, teman dan kawan semua. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya.

 "dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (petunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk." (QS. An-Nahl, 16:16)


 Sementara menunggu angka giliran untuk berjumpa doktor di Klinik Siti Fatimah, Taman Universiti Skudai, artikel dari majalah NUR bulan Disember 2007 ini menarik minat untukku membacanya.

 "Jangan jadi perigi tidak bertuan."

 Tajuk yang sangat menarik untuk dikongsikan di ruangan coretan ini....

 ~•°•~Apabila mencari tuan yang setia, perigi perlu sentiasa muhasabah diri. Setelah semuanya beres, pedulikan kata orang, lakukan pencarian!~•°•~

 Macam mudah jer...macam mudah jer... nak lakukan pencarian tuan yang setia ni yer...
 Bagaimanakah agaknya nak dapatkan tuan yang setia itu?

 Untuk makluman sahabat2 semua, tuan yang setia yang dimaksudkan di sini ialah lelaki yang soleh...manakala perigi yang sentiasa muhasabah diri adalah wanita yang solehah.

 Memang sangat mudah kaedah perlaksanaannya...perigi kena sentiasa muhasabah diri menjadikan diri solehah...dan insha ALLAH tuan yang setia akan datang! 

 Bila???? Bagaimana????Di mana???Siapa??? 
Semuanya itu kita serahkan kepada Yang Maha Pelaksana.

Apa yang penting...

 JUST DO IT!

 Tidak salah jika wanita mencari calon suami. Berkawanlah dengan sesiapa sahaja selagi tidak melanggar batas & syarak. Pada waktu itu, apabila sudah berkenan, cuba-cubalah ambil hati si dia. Mana tahu, yang diidamkan bakal dikecap seumur hidup.

Percayalah.... Ku yakin berlaku....
 Yakinlah...masanya akan tiba....
 KUN FAYAKUN!

 Namun, jika masih tidak berhasil, adakah masih mahu melawan fitrah membiarkan perigi kontang tidak terjaga? Sebaik manapun sumur itu dikemas rapi, sampai satu masa perlu juga digunakan orang....maknanya tetap akan bertuan. Harap-harap, biarlah dapat tuan yang boleh menjaganya seumur hidup.

 Amin Ya Rabbul Izzati...

 Kalau tidak bertemu tuan yang setia itu di sini...yakin dan pastilah..di sana nanti pasti tuannya menanti dengan setia...

 Tapi dengan syarat ....mesti sentiasa muhasabah diri wahai sang perigi yang terjaga kebersihan kawasan sekitarnya & kejernihan air periginya nan dingin dan menyegarkan. Allah dan tetapkan segala-galanya...dengan izinNya.

 "Telah pasti datangnya ketetapan ALLAH maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang)nya. Maha Suci ALLAH dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan." (QS. An-Nahl, 16:1)

 Doakan yang terbaik untuk diri sendiri...sayangi diri sendiri sebelum menyayangi diri orang lain...
 Apabila kita membahagiakan diri...kita juga pasti akan membahagiakan diri orang lain jua.
Jom kita sebarkan bahagia...
Bahagia dan membahagiakan.

 "Atau apakah manusia akan mendapat segala yang dicita-citakannya?"(QS. An-Najm, 53:24)

 "(Tidak!) Maka milik ALLAH-lah kehidupan akhirat dan kehidupan dunia." (53:25)

 "Dan betapa banyak malaikat di langit, syafaat (pertolongan) mereka sedikit pun tidak berguna kecuali apabila ALLAH telah mengizinkan (dan hanya) bagi siapa yang Dia kehendaki dan Dia redhai."(53:26)

 Benarlah kata-kata Sang Pencinta seperti yang difirmankanNya kepada pencintaNya.

 Konklusinya....
 jadilah diri sendiri dengan sentiasa muhasabah diri untuk menjadi lebih baik setiap saat setiap ketika mencari keredhaan Allah semata-mata. Serahkanlah pergantungan dan segala urusan kita kepadaNya secara total.

 Belajarlah untuk tidak merancang dan sentiasa bersedia menjalankan rancanganNya...

 Kerana....rancanganNya itu sentiasa yang TERBAIK!

 p/s: Dedikasi lirik lagu ini untuk sahabat2 yang dirahmati ALLAH sokmo.
Kita bertemu dan berpisah hanya keranaNya dengan izinNya dan ketetapanNya jua. Ukhuwwah itu akan terasa indah jika kita bertemu dan berpisah hanya keranaNya dan tidak ada sedikitpun perasaan ingin memiliki.

 ~Kerana-Nya kita bertemu~

 Pertemuan...
Di antara 2 insan
Sering membuahkan kasih & sayang
Ukhuwwah antara kita anugerah Yang Esa
Menuju cinta yang abadi

  Pencarian...
Erti kasih & sayang
Pastinya ada jiwa yang terkorban
Kerana dilanda dilema
Di tengah persimpangan
Cintakan ALLAH atau manusia

 Percintaan itu fitrah manusia
Dipenuhi untuk mencari redha Ilahi
Jika cinta tak berpandu
Turuti hawa dan nafsu
Musnahlah bunga hiasan diri

 Perpisahan...
Sekadar menguji kita
Apakah kita tabah dengan ketentuan-Nya
Cintaku hanya Yang Satu
Kita pasti kan bertemu
Kerana pertemuan & perpisahan itu milik-Nya sentiasa

  Biar terpisah jika itu kehendak-Mu
Mendidik nafsuku menundukkan mazmumah
Janganlah ada walau secebis rasa perasaan ingin memiliki
Kerana itu hanyalah sifat-Mu
Menjauhkan daku dari sifat kehambaan
Pertemuan & perpisahan
  Bukannya milik kita
Bertemu & berpisah hanya kerana-Nya

Pencarian
Erti kasih & sayang
Pastinya ada jiwa yang terkorban
Kerna dilanda dilema
Di tengah persimpangan
Cintakan ALLAH atau manusia

  Percintaan itu fitrah manusia
Dipenuhi untuk mencari redha Ilahi
Jauhi cinta yang fana
Bersalut kepuraan
Cinta Ilahi itu yang abadi

 Perpisahan
Sekadar menguji kita
Apakah kita tabah dengan ketentuanNya
Cintaku hanya Yang Satu
Kita pasti kan bertemu
Kerana pertemuan & perpisahan itu milikNya sentiasa

  Biar berpisah jika itu kehendakMu
Mendidik nafsuku menundukkan mazmumah
Janganlah ada walau secebis rasa perasaan ingin memiliki
Kerana itu hanyalah sifatMu Menjauhkan daku dari sifat kehambaan
Pertemuan & perpisahan
Bukannya milik kita
Bertemu dan berpisah hanya keranaNya
Cinta Ilahi itu yang abadi
Bertemu & berpisah hanya keranaNya.

***p/s: Awak....mana pintu?

"Tuhanku!
Masukkanlah aku ke dalam pintu kebenaran,
keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran dan
kurniakanlah bagiku daripadaMu Pembantu."


No comments:

Post a Comment