Friday, February 21, 2014

HIJRAH#015

Salam 22 Rabiul Akhir 1435H buat sahabat2 dan sedaromaro waghih yang dirahmati ALLAH.

"Yang demikian itu, kerana sesungguhnya ALLAH, Dialah yang HAQ dan sesungguhnya Dialah yang menghidupkan segala yang mati dan sesungguhnya ALLAH MAHA KUASA ATAS SEGALA SESUATU." (QS. Al-Hajj, 22:6)

AL-FATIHAH buat almarhum ayahanda ISMAIL BIN SITI KHALIJAH. Moga ayah sentiasa tenang di sana dan ditempatkan bersama para syuhada' dan solihin.

Ya ALLAH Ya RAHMAN ya RAHIM ya WADUD...
sampaikan salam rinduku padanya. Rindu yang sangat dalam kepadamu ayah yang tercinta. Rindu serindu rindunya. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala-galanya Ya ALLAH.

Saat-saat terakhir bersamamu superheroku, ksatria baja hitamku, ayahku masih segar dalam ingatanku ini Ya Allah. Walaupun jasadmu dan rohmu telah kembali kepadaNya, namun semangat dan roh perjuanganmu masih kekal bersama kami anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit dan generasimu yang akan datang. Kami bersyukur kerana dikurniakan superhero yang tiada galang gantinya.

Tak mampu kucoretkan di ruangan ini Ya Allah. ALLAHU AKBAR....

Teratak usang tempat dirimu dibesarkan dan tempatmu mencari rezeki dengan kerbau bajakmu sudah tiada lagi. Walaupun ayah suka bercerita namun kisah kepahitan hidupnya sebagai seorang anak angkat kepada ibu saudaranya tidak pernah diluahkan kepada kami....hanya di saat-saat akhir hayatnya...lafaz yang tersimpan diluahkan jua olehnya. Namun....lafaz itulah yang masih segar dalam ingatanku ini ya ALLAH.

Kupujuk hati ini untuk menerima ketentuanMu bahawa teratak usang itu telah tiada namun segala kenangan manis dan terindah di teratak itu akan terus kekal dalam ingatan ini. ALLAHU AKBAR...

Semoga teratak usang yang dirobohkan itu akan menjadi tempat yang berkat bagi generasi akan datang. Rumah LIMAS yang bakal dibangunkan menggantikan teratak usang itu nanti akan memberikan manfaat kepada kami semua....dengan izinNya. Semangat ummati yang ayah terapkan kepada kami anak2 ISMAIL ALI akan kami sebarluaskan kepada generasi akan datang.

Kami yakin dan percaya akan ketentuanMu berlaku dengan izinMu jua...

Sesungguhnya Dia yang memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya.

Bab 01~Rezeki Bukan Sekadar Yang Nampak Di Mata~@ Mudahnya Menjemput Rezeki- Fathuri Salehuddin.

"REZEKI adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya."

"Apa sahaja yang kita rasakan manfaatnya bermakna ia adalah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tidak dapat kita mengambil manfaat daripadanya, (walaupun milik kita) bukanlah rezeki kita, tetapi rezeki orang lain."

Dedikasi lirik ini buat waliku yang tercinta. Almarhum ayahanda ISMAIL ALI @ ISMAIL BIN SITI KHALIJAH.

<3<3<3 CINTA AYAH <3<3<3

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

@Lafaz Yang Tersimpan - UNIC. Tika itu.

No comments:

Post a Comment