Wednesday, February 8, 2012

Scholarship Zamalah 2012

Alhamdulillah....terima kasih Ya Rabb kerana masih melayakkan diri ini menerima biasiswa Zamalah bagi tahun 2012 ini. Teringat pada roomate yang bermimpi sy dapat biasiswa tersebut. Walaupun tahun 2011 tidak banyak kajian penyelidikan yang dapat dihasilkan, namun sy yakin dan percaya, semuaNya Hak dan Milik Allah. Hanya Dia yang selayakNya merancang apa yang akan berlaku. Kuatkan tekad dan azam untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Semoga tahun ini akan dapat menghasilkan penulisan jurnal yang berimpak tinggi. Ya Allah mudahkanlah segala urusan penyelidikanku ini.
Hati ini teringat masa mula-mula mendapat tawaran biasiswa Zamalah 2011. Arwah ayah telah bermimpi sy mendapat biasiswa tersebut. Sejarah berulang untuk tahun 2012 ini apabila orang yang paling rapat dengan sy bermimpi sy mendapat biasiswa Zamalah 2012 pula. Esok sy akn ke SPS UTM untuk mengambil surat tawaran Zamalah 2012.
Satu lagi berita gembira yang disampaikan oleh kakak kesayangan ialah dapat duit KUTU bulan ini. Alhamdulillah......diperluaskan rezeki betul bulan ini. Yang paling menggembirakan ialah sy akan berpindah dari rumah sewa di Taman Universiti ke suatu tempat yang lebih Harmoni serta suasana pembelajaran yang lebih baik. Terima kasih sahabat yang telah banyak membantu di saat sy memerlukan.
Bulan ini juga adalah bulan yang berkat di mana pada bulan Rabiul Awal inilah lahirnya Rasullullah pemimpin ummat.
Semoga mimpi sahabatku yang hanya dia dan Allah sahaja yang tahu menjadi kenyataan suatu hari nanti. Semuanya tak mustahil kan. Yang penting kita sentiasa berusaha untuk memajukan diri setiap hari.....
Di saat ini Ya Allah aku sangat merindui arwah ayahandaku Ismail bin Khalijah yang telah kembali ke rahmatullah pada bulan Rejab 1432 H....Aku jua merinduimu bonda Jamilah binti Ibrahim. Insha Allah hajat bonda untuk menunaikan Haji di Baitullah akan tercapai jua. Hanya Dia yang berkuasa atas segalanya. Insha Allah mak....nanti kita akan ke sana jua....
Terima kasih Allah atas segalanya.....
Aku rindukan kampung halamanku yang indah permai. Walaupun di ceruk rantau tapi aku bahagia berada di sana. Hidup merantau di negeri orang tidak sama berada di kampung halaman sendiri. Balik Kampung.....Tinggal di rumah sewa sampai bila. Sampai masa akan diminta untuk memberi laluan kepada penyewa baru yang lebih pandai menjaga rumah sewa seperti menjaga rumah sendiri. Selamat tinggal rumah sewaku.....

Dengan hati berbunga-bunga saya pergi ke SPS jam 3.00 petang 9 Februari 2012 untuk mengambil surat tawaran dan perjanjian ZAMALAH 2012. Namun setibanya di SPS, saya terus beratur untuk mengambil surat tawaran tersebut. Hati saya sedikit hampa kerana Pegawai yang bertugas mengatakan bahawa surat tawaran saya terpaksa ditangguhkan kerana ada sedikit masalah. Rupa-rupanya saya ada masalah kerana mempunyai 2 penaja iaitu ZAMALAH dan MYPHD. Saya memaklumkan bahawa saya hanya menerima MYPHD untuk pembayaran yuran pengajian sahaja tanpa elaun sara hidup. Saya telah bertanya kepada pegawai SPS sebelum menghantar perjanjian ZAMALAH dan MYPHD...Pegawai yang bertugas memaklumkan bahawa boleh mempunyai 2 penaja dengan syarat mengemukakan surat kepada pihak SPS memaklumkan bahawa mendapat pembiayaan yuran pengajian dari MYPHD. Pihak SPS akan meluluskan biasiswa ZAMALAH tetapi hanya akan memberi elaun sara hidup tanpa yuran pengajian kerana yuran pengajian telah dibayar oleh MYPHD.
Sehingga hari ini....surat tawaran ZAMALAH 2012 belum diterima. Saya amat berharap kepada pihak SPS dapat meluluskan surat tawaran biasiswa ZAMALAH tersebut untuk melancarkan perjalanan projek penyelidikan PhD saya yang memerlukan kewangan untuk program pengumpulan data dan analisis logam berat dan pepejal terampai yang dijalankan di sepanjang Selat Johor dan sungai-sungai utama disekitarnya seperti Sg Skudai, Sg Melayu, Sg Danga, Sg Melana, Sg Segget, Sg Chat, Sg Pendas dan punca pencemaran yang lain.

Akhirnya pada tarikh 20 April 2012 ini, saya menerima surat penamatan program MyPhD yang bertarikh 10 April 2012.

Macam-macam hal yang berlaku sepanjang menunggu surat penamatan ini. Pada 22 Mac yang lalu, saya bersama penjamin MyPhD pergi ke Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengetahui status penamatan tersebut. Dengan susah payah kami sampai juga ke Bahagian Biasiswa KPT. Apabila diminta untuk mengetahui status permohonan tersebut, pegawai yang berkenaan memaklumkan bahawa tidak menerima surat, faks atau email. Kami sungguh terkejut kerana surat telah dihantar pada 2 Mac 2012 tetapi pihak KPT tidak menerimanya.

Hasil perbincangan dengan pegawai yang bertugas, saya dicadangkan untuk menghantar surat penangguhan MyPHD. Surat tersebut telah dihantar seminggu kemudian.

Pada 9 April 2012 pula, saya menerima panggilan dari pihak MyBrain15 KPT memaklumkan kepada saya bahawa surat penangguhan telah sampai ke pihak KPT. Pegawai yang bertugas mencadangkan kepada saya untuk menghantar surat rayuan penukaran dari Kategori P2 kepada P1. Surat penangguhan dan penamatan yang saya hantar dibatalkan. Saya emailkan surat rayuan tersebut pada hari berkenaan juga. Keesokan harinya saya ke Unit Bendahari UTM untuk mendapatkan tandatangan pegawai bagi Borang Pengesahan Status Tidak Bekerja dan Tidak Berpendapatan Tetap. Saya fakskan dan emailkan surat rayuan tersebut kepada pihak MyBrain15 hari itu juga.

Dengan hati yang berbunga-bunga, saya berharap rayuan saya diterima. Almaklumlah Yuran Pengajian telah naik 2 kali ganda. Manalah nak dapatkan duit untuk membayarnya. Itu belum termasuk Kos Sara Hidup setiap bulan hidup merantau di negeri orang ini. Dahlah tiada pendapatan tetap, kerja lapangan dan data analisis saya memerlukan kos perbelanjaan yang besar. Besarlah harapan saya agar rayuan saya diluluskan.

Namun demikian, apa yang diharapkan tidak kesampaian. Surat penamatan pembiayaan MyPhD yang bertarikh 10 April 2012 telah saya terima pada hari ini.

Harapan yang menggunung tinggi akhirnya berkecai apabila dimaklumkan bahawa surat penamatan tersebut telah sampai ke tangan Penjamin dan Unit Bendahari UTM. Tiadalah makna untuk saya menghantar surat rayuan tersebut.

Wahai diriku yang kerdil ini, terimalah apa yang telah ditetapkan olehNya dengan hati yang tenang dan fikiran yang terbuka.

Sebaik sahaja pembentangan Research Proposal pada 23 April 2012 jam 12.15 tengahari Isnin minggu depan.....maka bergegaslah pula ke SPS UTM untuk mengetahui status Zamalah UTM 2012 pulak.

Macamana pulak statusnya....Hanya Engkau Yang Maha Tahu.

Tergendala untuk menyiapkan slide presentation untuk pembentangan Research Proposal.

Apa-apapun, teruskan perjuangan untuk mencapai hasrat dan harapan ayahanda & bonda tercinta.

Terima kasih Ya Rabb....

Borang perjanjian Zamalah 2012 telah selamat diisi dan dikembalikan ke SPS UTM pada 21 Jun 2012. Harapnya bulan ini dapatlah duit biasiswa tue. Dari bulan April hingga Jun ini, duit peninggalan arwah ayah aku terpaksa gunakan untuk menampung kos perbelanjaan harian sementara menunggu duit biasiswa ini. Yuran pengajian untuk semester lepas pun belum kubayar lagi...

7 comments:

  1. Salam. Moga diberi kekuatan. Allah bersama akak. Sy penerima zamalah di UKM. insyaAllah habis master tahun ni then ingat nak teruskan bg phd pula. hrp2 dpt zamalah nnti mse phd mudahkan kite utk buat kajian, bentang paper n submit ke journal yg baik2 ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam islamic mobile..can u contact me through emel?im student from ukm too...sedang mencari maklumat dan cara-cara nk memohon zamalah untuk further dalam master..
      azra_site@hotmail.com

      Delete
    2. assalam..islamic mobile, boleh emel sy? Sy dpt zamalah ukm jugak tp sy nk tahu car2 utk renew zamalah n syarat2 utk renew.. ni emel sy, nurliyanasakinahjohari@gmail.com

      Delete
  2. Salam..InsyaAllah,,, saya hendak juga tahu mnegani biasiswa zamalah d utm.. bolehkah saya berhubung dgn anda.. mungkin facebook... noorpja@yahoo.com addlah saya.. sbb sy ingin bertanyakan anda,...terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    akak, izinkan sy bertanya tentang format proposal utk permohonan biasiswa zamalah ini..jika tidak menyusahkan, ni emel sy.harap akak dapat membantu.terima kasih kak.. indah0818@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. salam.. kepada semua komentar mohon email kepada saya jika berminat ingin mendapatkan format proposal biasiswa zamalah.. terima kasih. maaf diatas kelewatan membalas komen. email- maznahn9@gmail.com

    ReplyDelete
  5. Dear Sir/Madam,
    I am a PhD student in Education Faculty at UKM, Bangi, Selengore. I was about to finish the first year 2013/2014 in UKM. I am from Palestine and my age is 52 years.
    I am searching for a scholarship to fund my study and living in Malaysia.
    Can you advise me and send me addresses or links for scholarships in Malaysia?

    I'll be grateful for you.
    Best regards/Zaher

    ReplyDelete