Friday, May 9, 2014

HIJRAH#039

Salam 10 Rejab 1435H sahabat-sahabat yang dikasihi dan dirindui kerana ALLAH.
Selamat Hari Ibu buat semua bonda, mama, ibu, mak dan ummi yang sentiasa ada menemani perjalanan hidup anak-anaknya saat senang dan sukar. Pengorbananmu tiada galang gantinya. Hanya Dia Yang Maha Pencinta mampu membalasnya. Hari-hari yang berlalu adalah hari ibu untuk bondaku yang tercinta, Jamilah binti Ibrahim. Semoga bonda sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya serta redhaNya.
***
Oh Pemilik cinta
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....
Oh Pemilik Hati
Sungguh Kau Maha Mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari...
Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi
Oh Pemilik hati
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....
Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...
Kekasih...Kau Penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
DiriMu tetap setia disisi
Oh Tuhan...Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurga-Mu...

No comments:

Post a Comment