Saturday, February 7, 2015

ABC#063

Salam Ukhuwwah Fillah 17 RABIUL AKHIR 1436H...Hari SABTU yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG dan CINTA-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.

Tiada TUHAN yang berhak disembah selain ALLAH, 
Yang Maha Agung dan Maha Lembut, 
Tiada TUHAN yang berhak disembah selain ALLAH, 
TUHAN ‘Arasy yang agung. 
Tiada TUHAN yang berhak disembah selain ALLAH, 
TUHAN langit dan bumi dan TUHAN ‘Arasy yang mulia. 
(HR Bukhari)

Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....biiznillah, dengan izin-NYA.

Sungguh Luar Biasa HEBAT-nya insan terpilih yang ALLAH uji ini.
Walaupun dalam kepayahan fizikal baginya..
 TETAPI tidak akan terkurang IMAN-nya dengan Penciptanya..
Moga ianya menjadi panduan pada kehidupan kita kelak.
***

Salam ku hulurkan
Menghiasi pertemuan 
Indah persahabatan 
Moga terus berkekalan

Dengan menyebut nama-MU Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...
Assalamualaikum dan Salam Ikhlas Penyeri UKHUWWAH...

Duhai SAHABAT dengarkanlah
BICARA HATI-ku ini
Meskipun jarak memisahkan 
Namun tiada rentap KASIH

Kepada sahabat fillah yang ku sayangi kerana ALLAH. 
Sesungguhnya ALLAH menciptakan kita bukan untuk menderita. 
DIA Ya KHALIQ menciptakan kita dengan penuh kesempurnaan agar kita boleh menikmati kehidupan ini dengan RASA penuh BAHAGIA dan REDHA...

91:07. Demi diri (manusia) dan Yang Menyempurnakannya (ALLAH).
(QS. Asy-Syams, 91:7)

Kesempurnaan JIWA itu sesungguhnya adalah sedikit sifat Asma Ul Husna ALLAH yang diilhamkan ke dalam JIWA manusia yang mampu menjadikan JIWA itu KUAT dan MANTAP di dalam mengharungi liku-liku kehidupan dan badai berumah tangga (khusus buat sahabat fillah yang sedang merayakan CINTA hingga ke SYURGA).

Sucikanlah JIWA-mu sahabat fillahku,
agar sifat-sifat ALLAH yang diilhamkan kepada JIWA dapat dipancarkan keluar bagi menerangi hidupmu dan seluruh alam ini.

91:08. Lalu diilhamkan (ALLAH) kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik.
91:09. Sesungguhnya telah menanglah orang-orang yang membersihkan (jiwanya).
(QS. Asy-Syams, 91:8-9)

Layarilah BICARA HATI ini dengan penuh tunduk, tawadduk dan penuh kerendahan HATI kepada ALLAH Yang Maha Agung dan Maha Tinggi, semoga dirimu dapat mencari JAWAPAN kepada persoalan hidupmu selama ini.

03:159. Maka dengan RAHMAT ALLAH, kamu berlemah lembut dengan mereka. Jika sekiranya kamu berbudi jahat, berhati kasar, nescaya mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu, oleh itu MAAFKANLAH mereka dan mintakanlah keampunan untuk mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka tentang urusan itu. 
Apabila engkau telah bercita-cita (bertekad), maka bertawakkallah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Mengasihi orang-orang yang bertawakkal.
(QS. Ali Imran, 3;159)

Sekiranya diriku merasa buntu dan lemah pemikiran, tentulah Ya HAKIM Yang Maha Bijaksana, Ya ALIM Yang Maha Berilmu dan Ya RASHID Yang Maha Cerdas akan memberikan kebijaksanaan-NYA, ilmu-NYA dan kecerdasan-NYA kepada diriku agar diriku mampu memikirkan yang TERBAIK dan DIA tentu akan melapangkan pemikiranku dan kehidupanku kerana DIA Ya Basith Yang Maha Melapangkan.

02:32. Jawab mereka: Maha SUCI ENGKAU, kami tidak mempunyai pengetahuan, melainkan apa-apa yang ENGKAU ajarkan kepada kami; sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(QS. Al-Baqarah, 2:32)

Ketika jiwaku merasa keseorangan dan kesunyian, tentulah diriku akan berpaling kepada Ya RAHMAN, Ya RAHIM, Ya WADUD, Ya SAMI' dan Ya BASHIR kerana DIA-lah yang mampu menghilangkan kesunyian-ku dengan Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM Ya Wadud-NYA yang sangat tulus ikhlas. Dan DIA Ya SAMI' sentiasa akan mendengar setiap keluhan, rayuan dan rintihanku setiap saat tanpa jemu dan Ya ALLAH Ya BASHIR akan terus melihat kebajikanku dan memberi perhatian kepada diriku setiap saat tanpa henti.

  
43:84. Dan DIA-lah TUHAN di langit dan TUHAN di bumi, DIA Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

43:85. Dan Maha SUCI (ALLAH) yang mempunyai kerajaan langit, bumi dan apa yang di antara keduanya. Di sisi-NYA ilmu (tentang waktu) kiamat dan kepada-NYA kamu dikembalikan.
(QS. Az-Zukhruf, 43: 84-85)

Sahabat fillah yang kukasihi kerana ALLAH...
Akhirilah penderitaan-mu, kesunyian-mu, kebuntuan-mu, dan kegelisahan-mu selama ini...
Marilah sama-sama kita melangkah bersama, 
kita berjalan di atas Permaidani Makrifatullah...
Seluruh Asma 'Ul Husna ALLAH mampu mencipta keajaiban 
kepada yang IKHLAS bergantung kepada-NYA...
Diriku ini amat yakin kepada Ya ALLAH Ya Mujib Yang Maha Mengabulkan...
yang akan mengabulkan segala permintaan kita ini,
Ya ALLAH Ya Sami' Yang Maha Mendengar segala bicara kita ini...
dan Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM amat kasih dan sayang kepada diri kita.


Kawan yang ku kasih
Teman yang ku sayangi
Bahgia kini ku rasai
Ku damba kepada-NYA
Ku mohon restu-NYA
Moga UKHUWWAH ini di rahmati

Peliharalah ikatan ini
Sebaiknya....

Agar UKHUWWAH ini kehujungnya...

Sedikit panduan buat sahabat fillah yang dicintai kerana ALLAH,

Setelah berbicara dan bermohon kepada ALLAH, dengarlah SUARA HATI dan ikutlah SUARA HATI itu kerana itulah dia petunjuk daripada ALLAH. Janganlah dirimu membuat pelbagai alasan untuk tidak melakukannya dan pecahkan segala belenggu yang membelenggumu selama ini. Sesungguhnya selama ini dirimu sering dibelenggu dengan prasangka negatif, pengalaman pahit, pandangan yang sempit, merasa diri cukup berilmu, prinsip hidupmu yang goyah, kepentingan diri dan sifat selalu membanding-banding dengan orang lain. Tanda itu SUARA HATI ialah JIWA merasa TENANG ketika melakukannya dan sekiranya itu bisikan syaitan, JIWA akan meronta dengan penuh penyesalan dan bersalah.

Semoga JIWA-mu kini merasa BAHAGIA dan DAMAI, semoga dirimu sudah menemui JAWAPAN kepada persoalanmu selama ini, semoga dirimu sudah berjumpa JALAN KELUAR dari segala yang membelenggu selama ini...

Salam kasih sayang dari seorang sahabat kepada sahabat fillahnya yang dirindui kerana ALLAH.

Maafkanlah atas segala kekhilafan dan kelemahanku dalam BICARA HATI ini. Yang BAIK itu adalah dari Ya ALIM dan yang salah itu dari diriku yang masih sedang belajar dari Ya ALIM.

Ilal Liqa' wa Maas Salamah...semoga kita berjumpa lagi dengan izin-NYA...INSHA ALLAH.

Wassalam...

[Tips Menjadi Isteri cemerlang Melalui Penghayatan Asma Ul Husna ALLAH: Buat Isteri & Suami | Wan Maseri Wan Mohd]


NOTA CINTA-NYA HARI INI
***
17:17. Dan berapa banyak umat yang telah KAMI binasakan sesudah Nuh. Cukuplah TUHAN-mu Maha Mengetahui lagi Maha Melihat dosa hamba-NYA.
(QS. Al-Isra', 17:17)

18:17. Dan engkau melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan dan ketika terbenam dilimpauinya gua mereka ke sebelah kiri, sedang mereka di dalam lapangan gua itu. Demikian itu sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan) ALLAH. Barangsiapa yang ditunjukkan ALLAH, nescaya dia mendapat petunjuk dan sesiapa yang disesatkanNYA, maka tiadalah kamu mendapat wali yang menunjukkannya.
(QS. Al-Kahfi, 18:17)

17:18. Barangsiapa menghendaki dunia, KAMI segerakan baginya di dunia apa yang KAMI kehendaki untuk siapa yang KAMI kehendaki. Kemudian KAMI adakan untuknya neraka jahanam, dia masuk ke dalamnya, sedang dia tercela dan terusir.
(QS. Al-Isra', 17:18)

#ALHAMDULILLAH...Allah Beri Cinta-NYA...17-04-1436H | 07-02-2015M 17:01

No comments:

Post a Comment