Friday, March 27, 2015

ABC#084

Salam Mahabbah Fillah 7 Jamadil Akhir 1436H.....hari SABTU yang damai, tenang dan penuh cinta-NYA. Semoga segala urusan sahabat hati emas hamba sentiasa dipermudahkanNYA. Segunung Kasih, Selangit Sayang, Selaut Cinta di Muara Rindu buat semua sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.....

ALHAMDULILLAH.....Terima Kasih Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM atas anugerah dan nikmat Ihsan, Iman dan Islam kurniaanMU buat diri kami sehingga detik MASA ini.

Dengan lafaz BISMILLAH.....bicara hati kulakarkan di TINTA EMAS ini buat peringatan diri yang sering alpa, penuh kekhilafan dan serba faqir ini.

***

20:02. KAMI tidak menurunkan Al-QUR'AN kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan,

20:03. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah ALLAH.

(QS. Taha, 20:2-3)

***

07:23. Mereka berdua merayu: "Wahai TUHAN kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau ENGKAU tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.
(QS. Al-A'raf, 7:23)

20:07. Dan jika engkau menyaringkan suara dengan DOA permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya ALLAH mengetahui rahsia dan segala yang tersembunyi.**
(QS. Taha, 20:7)

**Yakni ALLAH mengetahui bukan sahaja apa yang engkau nyatakan, tetapi juga apa yang engkau rahsiakan dan apa yang terlintas di hatimu.

*******
S.A.B.A.R.
*******

Kesabaran.....
Bukan menjadi sebuah kesabaran jika ada batasnya.

Kesabaran itu ibarat birunya langit,
Kau tidak akan pernah bertemu batasnya warna biru itu
Ke mana jua kau pergi
Sampai ke mana kau memandang
Tetaplah warna biru yang kau lihat sahabatku.....

Kalau kau katakan SABAR itu ada batasnya.....
Kau sedang tidak dalam bersabar.....
Kau hanya sedang menahan emosi dalam hati emas-mu.....

Kesabaran itu memang tidak semudah yang diucapkan,
Tetapi percayalah sahabatku.....

Kesabaran itu adalah jalan untuk kau melangkah menemukan kedamaian.
Kedamaian hati dan ketenangan jiwa pasti menjadi milikmu sahabatku.....

Berlaku SABAR bukan soal benar atau salah,
Tetapi kerana kau berHAQ akan kebahagiaan dan kedamaian.
Bahagia dan membahagiakan.
Itu sahaja.

#Day010
#WadiJamilah
#SILATURRAHIM_07051436
#ALHAMDULILLAH...Allah Beri Cinta-NYA...07-06-1436H | 28-03-2015M 12:19

No comments:

Post a Comment