Monday, November 16, 2015

ATM#004

Salam Mahabbah Fillah 5 Safar 1437H.. Hari Selasa yang damai dan penuh kasih sayangNYA.. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan..

Lakaran Luahan Hati Emas ini kupersembahkan buat allahyarham ayahanda tercinta, Ismail bin Siti Khalijah yang setia mengajar dan mendidik erti sebuah bakti..

Buat bonda yang dikasihi, Jamilah binti Ibrahim insan penyabar yang selalu kurindui..

Serta untuk sahabat semua yang percaya bahawa kebahagiaan ayah dan bonda adalah kunci kejayaan kita di dunia dan di akhirat..

'I Love U Dad' membawa saya mengimbau kembali kehangatan kasih sayang, pengorbanan, jerit perih seorang ayah yang telah meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya.

Di sebalik ketenangan pada raut wajahnya, saya tahu keperitan yang dihadapinya demi memastikan anak-anak berjaya dalam kehidupan. Biarlah dia berbaju buruk dan lusuh, asalkan anak-anak berbaju baru dan gembira. Bila kami memejamkan mata terlena pada malam hari, mata ayah masih terbuka luas, pemikiran ayah menerawang memikirkan di mana esok hendak mendapatkan duit. Dia tidak pernah menyesal dilahirkan miskin, tetapi dia akan lebih rasa bersalah jika dia mewariskan kemiskinan itu untuk anak-anak.

Walau ayah tidak berpendidikan tinggi tetapi tindakan  dan keputusan ayah bàk pegawai tadbir yang baik, ayah bijak merancang, ayah bijak memutuskan sesuatu, sehinggakan kekadang ayah menjadi hakim yang tegas tapi bijaksana àpabila anak-anak berebutkans sesuatu.

Ayah adalah segala-galanya dalam hidup kita. Tanpa ayah, siapalah kita di atas muka bumi ini. Di samping tangan lembut ibu yang melahirkan, ada peluh ayah yang membesarkan. Hargailah ayah, kerana dia terlalu menghargai kita, dia menatang kota seperti menatang minyak yang penuh, penuh dengan harapan agar kita menjadi pembelanya.

Al-Fatihah buat ayahanda terchinta,
Al-Fatihah buat semua ayah di luar sana.

Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya.

Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa.

Dengan kata azimat,
Engkau nyalakan semangat,
Restu dan DOA kau iringkan.

No comments:

Post a Comment