Thursday, March 10, 2016

ATM#013

Salam Mahabbah Fillah 02 Jamadil Akhir 1437H.. Hari JUMAAT yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.

Mengukur Kesungguhan Ke ALLAH..

Bagaimana untuk tahu bahawa kita ini sudah benar-benar bersungguh-sungguh pada Allah?

Dan orang-orang yang berjihad/bersungguh-sungguh untuk (mencari keredhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik.
(QS. Al 'Ankabuut 29 : 69)

Jika memahami daripada Ayat Quran di atas, jawapannya memerlukan kefahaman KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi).

Allah berfirman siapa yang sungguh-sungguh kembali ke Allah, pulang, mencari keredhaanNya maka Allah janji akan memberikan pertunjuk iaitu jalan-jalanNya.

Jalan-jalanNya perlu faham iaitu samada
1. Masalah kita itu selesai 
2. atau kita tiada masalah lagi (i.e. redha) dengan masalah yang kita hadapi itu walaupun masalah itu tetap ada. Ini juga satu penyelesaian.

Jadi untuk mengetahui bahawa kita ini bersungguh-sungguh ke belum, jalan-jalanNya itulah kayu ukurnya.

Apakah kita sudah menerima petunjukNya? Adakah kita sudah mendapatkan "jalan-jalan kami" iaitu cara penyelesaian mengikut kehendak Allah, bukan mengikut kehendak kita (bermakna kita sudah mampu redha) atau belum?

Inilah sebuah indikator atau kayu ukur samada kita sudah bersungguh-sungguh atau belum.
Jika belum menerima apa jua petunjuk, bersungguh-sungguhlah.
Jika belum mampu menerim/redha, bersungguh-sungguhlah.

Kerana berdasarkan janji Allah, tidak mungkin hamba yang bersungguh-sungguh ke Allah tidak menerima apa jua petunjuk daripadaNya.

Kenallah Allah terlebih dahulu agar kembalinya kita benar-benar kepadaNya. Bukan kepada sangkaan kita sahaja.

Kita menyangka yang kita sudah benar bersungguh-sungguh kepadaNya sedangkan hakikatnya kita kembali kepada Tuhan sangkaan kita sahaja... mengikut fikiran kita semata-mata (kerana tidak kenal Dia).
Nauzubillah.

Dan kerana kita belum benar ke Allah serta belum cukup sebenarnya kesungguhan kita kembali kepadaNya, kita seringkali belum menerima petunjuk yakni jalan-jalanNya.
Yang ada sekadar jalan-jalan ikut nafsu kita yakni fikiran kita semata-mata tanpa ilham dan petunjuk masuk ke hati kita.

Insha Allah, bila kita sudah faham lalu janganlah berputus asa untuk mujahadah (sungguh-sungguh) dan istiqamah untuk kembali, sedar dan berharap kepadaNya.

Wallahuaklam.

Fuad Latip 
2 Mac 2016

#Hypoxia

The occurrence of oxygen depletion has increased globally (Diaz and Rosenberg, 2008) and is predicted to increase further due to climate change and increases in nutrient loadings (Meire et al., 2013). Depletion of oxygen is not limited to deep offshore sedi-mentation areas with long lasting enclosure of bottom waters (Karlson et al., 2002), but is also seasonally occurring at shallow eutrophic coastal sites (Middelburg and Levin, 2009; Kemp et al., 2009; Conley et al., 2007, 2011), causing kills of benthic organisms and fish throughout the world (Diaz and Rosenberg, 1995), includ ing the North Sea (von Westernhagen and Dethlefsen, 1985).

Seasonal oxygen depletion is a natural process, mostly con-trolled by the extension (time and space) of seasonal thermal strat-ification and can be elevated by increased discharges of nutrients and organic matter. Despite the difficulty indifferentiatingbetween natural and anthropogenic causes, oxygen depletion can be used as an indicator of eutrophication in coastal waters (Best et al., 2007; Vaquer-Sunyer and Duarte, 2008; Topcu et al., 2009; Conley et al., 2009), as it integrates the annual turnover of organic matter in the water column resulting from the production of plankton.

-----
#ALHAMDULILLAH.. Allah Tempat Meminta.. 02-06-1437H | 11-03-2016M 14:33 JUMAAT

No comments:

Post a Comment