Friday, January 13, 2017

SMS#011

Salam Mahabbah Fillah 15 Rabiul Akhir 1438H.. Hari SABTU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Kurniakanlah kami seorang suami yang soleh,
Yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya,
Yang sentiasa memperbaiki dirinya,
Yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah..
Yang baik akhlaknya,
Yang menerima kami apa seadanya,
Yang membimbing kami dengan lemah lembut,
Yang akan membawa kami menuju JannahMu Ya Rabb.
Kabulkanlah Ya Allah.. 
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin...

Akulah pengembara
melaju dalam pencarian CINTA
Aku terdampar diam
jatuh hatiku terlaluan ...

Percuma saja aku memandang
segala derita ku telah berkawan
Mentakdirkan CINTA-ku pada-MU.
terima cintaku Ya ALLAH

Andaikan laut tak jauh dari langit
mungkinkah diri ini tak terlalu merana
ya robbi yassir wala tu'assir
mudahkanlah jalanku menuju CINTA-MU.

Akulah pengembara
kehausanku di padang tandus
sepi melanda jiwa
bila hatiku tanpa CINTA-MU.

-----------------
#ALHAMDULILLAH.. Sakinah, Mawaddah wa Rahmah BersamaMU..15-04-1438H | 14-01-2017M 11:52 SABTU
#road2HALAL
#Month01/09
#Week03/37
#Day022/260

No comments:

Post a Comment