Friday, December 15, 2017

PHD#02

Salam Mahabbah Fillah 27 Rabiul Awal 1439H.. Hari SABTU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.

FIKIR...Jangan Khuatir!

Jika ditanya bila kau akan BAHAGIA?

Jawabnya, HARI INI..

Tidak ada esok bagi mereka yang mengabaikan hari ini!

YESTERDAY ENDED LAST NIGHT!

Buka lembaran BARU dengan tekad dan AZAM yang BARU!

Terimalah realiti walaupun itu menyakitkan.
Menangislah sepuas-puasnya hingga apabila terasa kesedihan sudah di puncaknya.
Namun selepas itu, alirkan peluh untuk memperbaik atau mengubati realiti yang menyakitkan itu.

Hidup adalah perubahan yang tidak henti-henti.
Jangan cuba mengawalnya!
Kita tidak akan tahu QADA' QADAR ALLAH.
Itu rahsia dalam rahsia-NYA.
Apa yang kita tahu adalah apa yang telah terjadi.
Apa yang terjadi hari ini bukan apa yang akan terjadi esok.

Jadi..
Jangan cuba ambil tempat ALLAH, untuk menebak masa depan atau memadam masa silam.
Kita hanya hamba...hamba yang ilmunya sebatas hari ini.

MANFAATKANLAH HARI INI!

Hari esok?
Fikirkan tapi jangan sekali-kali khuatir.
Bingkas dan bangunlah.
Lihatlah betapa indahnya hari ini..

ALHAMDULILLAH..Terima Kasih ALLAH.

I Love You ALLAH for the rest of my life.

INDAHNYA HARI INI...

Ha HANNAN..
Denai hijau, langit biru, gunung kelabu
bukanlah sekadar bingkai satu pemandangan
yang mensuratkan sebuah keindahan
tapi potret hakiki menyerlahkan kebenaran
cermin alam yang mewajahkan kewujudanMU TUHAN

Denai, langit dan gunung
adalah satu cubitan kasih pada satu kealpaan
pada limpahan nikmat selaut indah
ke mana titisnya munajat seraut sembah?
sekian lama melihat alam penuh teratur
mengapa hati emas ini masih buta alpa bersyukur?

Denai, langit dan gunung
adalah pantulan lambang biasan tamsilan
gunung...bagai pasak teguh kemurnian IMAN
langit...hamparan saujana kelapangan ISLAM
denai...lembah subur kelembutan IHSAN
adalah citra di kanvas HATI EMAS ini rasa kehambaan

Ketika sunyi berwacanalah diri di dalam diri
YA HANNAN ..teguhkanlah IMAN-ku
seteguh gunung itu...

YA MANNAN..lapangkanlah ISLAM-ku
selapang langit biru...
dan lembutkanlah IHSAN-ku
selembut rumput di denai itu
nescaya bertamulah diri yang hakiki
di kamar HATI EMAS yang kenal ILAHI

Ya ALLAH..
tika gagah-MU bercermin alam sepenuh
terasa lemahku mencengkam diri seluruh
dan kolam HATI-ku takkan selamanya keruh!

SYUKUR ALHAMDULILLAH..

HARI INI BEGITU INDAH!

1 comment:

  1. Harrah's Resort Southern California Casino - Mapyro
    Harrah's Resort Southern California Casino 인천광역 출장마사지 locations, rates, amenities: expert SBR 세종특별자치 출장샵 data, only at 태백 출장마사지 Hotel and Travel 전라북도 출장마사지 Index. Real-time driving 김제 출장샵 directions to Harrah's Resort

    ReplyDelete