Thursday, December 8, 2016

SMS#004

Salam Mahabbah Fillah 9 Rabiul Awal 1438H.. Hari JUMAAT yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.


18:10. Ketika berdiam (berlindung) 
pemuda-pemuda itu ke dalam gua, 
lalu mereka berkata : 
Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat dari sisiMU dan 
siapkan untuk kami (keadaan) yang baik dalam urusan kami.
(QS. Al-Kahfi, 18:10)

You Remind Me of ALLAH!
#SakinahMawaddahwaRahmahBersamaMU

09:128. Sesungguhnya telah datang kepadamu 
seorang rasul dari bangsamu, 
yang amat berat baginya kesusahan kamu 
serta mengharap akan keimananmu, 
lagi sangat kasihan dan penyayang 
kepada orang-orang yang beriman.

09:129. Jika mereka berpaling (tidak mahu beriman) 
hendaklah engkau katakan: 
Yang mencukupi untukku hanya ALLAH, 
tiada Tuhan kecuali DIA, 
kepadaNYA aku bertawakkal dan DIA Tuhan Arasy yang besar.

(QS. At-Taubah, 9:128-129)

Road to HALAL, INSHAA ALLAH
#TunangKunFayakun
#24RabiulAwal1438H

25:74. Dan orang-orang yang berkata: 
Ya Tuhan kami, berilah kami isteri-isteri dan anak-anak 
yang menggirangkan hati kami, 
dan jadikanlah kami imam (ikutan) 
bagi orang-orang yang bertaqwa.
(QS. Al-Furqan, 25:74)

30:21. Dan di antara tanda-tandaNYA, 
bahawa DIA menciptakan jodoh untukmu dari dirimu (bangsamu), 
supaya kamu bersenang-senang padanya dan 
DIA mengadakan sesama kamu kasih sayang dan rahmat. 
Sesungguhnya tentang demikian itu, 
menjadi ayat (tanda) bagi kaum yang memikirkan.
(QS. Ar-Ruum, 30:21)

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Ya WADUD Yang Maha Pencinta..
Tumbuhkanlah rasa CINTA dalam diriku 
iaitu CINTA yang melahirkan kekuatan berkorban, 
kekuatan membahagiakan orang lain dan 
kekuatan bagi menolong hamba-hambaMU.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.

-----------------
#ALHAMDULILLAH.. Sakinah, Mawaddah wa Rahmah BersamaMU..09-03-1438H | 09-12-2016M 13:09 JUMAAT

No comments:

Post a Comment