Sunday, December 11, 2016

SMS#005

Salam Mahabbah Fillah 12 Rabiul Awal 1438H.. Hari ISNIN yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.


33:56. Sesungguhnya ALLAH dan malaikat-malaikatNYA 
berselawat kepada nabi (Muhammad). 
Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam dengan salam yang sempurna.
(QS. Al-Ahzab, 33:56)

Ya ALLAH, limpahkanlah selawat dan salam 
atas junjungan kami, Muhammad, 
dan atas keluarga junjungan kami, Muhammad, 
seperti Engkau limpahkan selawat atas junjungan kami, Ibrahim; 
dan berkatilah junjungan kami, Muhammad, 
seperti Engkau berkati junjungan kami, Ibrahim, 
dan keluarga junjungan kami, Ibrahim, 
di antara segenap isi alam semesta.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Mulia.


-----------------
ALHAMDULILLAH.. Sakinah, Mawaddah wa Rahmah BersamaMU.. 12-12-2016M | 12-03-1438H 12;15 ISNIN

No comments:

Post a Comment