Friday, December 16, 2016

SMS#006

Salam Mahabbah Fillah 16 Rabiul Awal 1438H.. Hari JUMAAT yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.


TUNANG KUN FAYAKUN..

"Rahsiakan pertunangan dan iklankan 
(maklumkan) tentang perkahwinan."
(Riwayat Ahmad daripada Abdullah bin Zuhair ra dan 
disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa' al-Ghalil)

Mengikat Pertunangan Dalam Kesederhanaan..

Pertunangan ialah suatu komitmen yang belum pasti.
Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.
Namun ulama' menjelaskan bahawa antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. 


Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal daripada berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup..selama-lamanya sampai mati dan inshaa ALLAH sampai ke syurga nanti.

Kepada bakal tunang saya, 
sama-samalah kita saling berusaha menjaga diri 
selama tempoh kita diikat dengan janji. 
Semoga ALLAH merahmati silaturrahim ini 
sehingga ke jinjang pelamin 
dan mengekalkan rumah tangga yang bakal kita bina 
dalam redha dan bahagia hingga ke akhir usia.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..


25:74. Ya Tuhan kami, berilah kami isteri-isteri 
dan anak-anak yang menggirangkan hati kami, 
dan jadikanlah kami imam (ikutan) 
bagi orang-orang yang bertakwa.
(QS. Al-Furqan, 25:74)

30:21. Dan di antara tanda-tandaNYA, 
bahawa DIA menciptakan jodoh untukmu dari dirimu (bangsamu), 
supaya kamu bersenang-senang padanya dan 
DIA mengadakan sesama kamu kasih sayang dan rahmat. 
Sesungguhnya tentang demikian itu, 
menjadi ayat (tanda) bagi kaum yang memikirkan.
(QS. Ar-Ruum, 30:21)

Ya ALLAH Ya WADUD Yang Maha Pencinta..
Berikanlah kami pasangan yang terbaik dari sisiMU..
Pasangan yang juga menjadi sahabat kami 
dalam urusan agama, dunia dan akhirat.
Allahumma Aammin Ya Rabbal 'Aalamiin.. 



09:129. Jika mereka berpaling (tidak mahu beriman) 
hendaklah engkau katakan: 
Yang mencukupi untukku hanya ALLAH, 
tiada Tuhan kecuali DIA. 
KepadaNYA aku bertawakkal dan 
DIA Tuhan Arasy yang besar.
(QS. At-Taubah, 9:129)

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...
Engkaulah yang mencukupkanku kepadanya
Cenderungkan hatinya kepadaku
Paksalah untukku hatinya
Kasihilah dia untukku
Cintakanlah aku kepadanya
sehingga dia datang kepadaku dengan sopan 
lagi kasih sayang tanpa menunda-nunda
dan sibukkanlah dirinya dengan mencintaiku
Sesungguhnya Engkau terhadap setiap sesuatu sangat berkuasa.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.

----------------
#ALHAMDULILLAH.. Sakinah, Mawaddah wa Rahmah BersamaMU.. 16-03-1438H | 16-12-2016M 16:57 JUMAAT

No comments:

Post a Comment