Friday, December 16, 2016

SMS#007

Salam Mahabbah Fillah 17 Rabiul Awal 1438H.. Hari SABTU yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

Puji dan puja kepada ALLAH SWT, TUHAN pemilik kata-kata yang benar, indah dan tersusun. Selawat dan salam kepada Nabi MUHAMMAD SAW yang apabila berkata-kata bukan daripada nafsu tetapi segala-galanya berpandukan wahyu. Lalu, kata-katanya sentiasa singkat dan tepat.

#Road2HALAL

Semoga ALLAH meredhai 
apa yang kita usahakan sepanjang hari ini,
dikabulkan segala hajat,
diberi keluasan rezeki,
dimudahkan segala urusan,
diberi kebahagiaan serta cinta yang setia
dari pasangan halal kita.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..

#BercintaSelepasNIKAH

Ya ALLAH Ya WADUD Yang Maha Pencinta..
Aku sangat menyayanginya..
Aku sangat merindukannya..
Aku takut kehilangannya..
Jagakan dirinya untukku.

Ya ALLAH Ya HAFIDZ Yang Maha Menjaga..
Ku titipkan dirinya kepadaMU..
Sayangilah dirinya dengan kasih sayangMU..
Agar dirinya selalu dalam lindunganMU.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.

#MyPartnerInTAQWA

08:63. Dan DIA yang menyatukan hati mereka 
(orang-orang yang beriman). 
Jika kamu belanjakan semua yang di atas bumi ini, 
nescaya tidak dapat kamu menyatukan hati mereka; 
tetapi ALLAH telah menyatukan hati mereka. 
Sesungguhnya ALLAH Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(QS. Al-Anfaal, 8:63)

[17-03-1438H ~ 18-12-1438H]

04:01. Wahai sekalian manusia, 
takutlah kamu kepada Tuhanmu 
yang menjadikan kamu dari diri yang satu 
dan menjadikan pasangan daripadanya; 
dan daripada keduanya 
berkembang lelaki dan perempuan yang ramai. 
Dan takutlah kepada ALLAH 
yang kamu saling meminta dengan namaNYA, 
dan (takutlah akan memutuskan) silaturrahim. 
Sesungguhnya ALLAH amat mengawasi kamu.
(QS. An-Nisa', 4:1)

When she stop searching her prince,
and make ALLAH the KING IN HER HEART!

HE then help her to complete her dream become REALITY!

INSHAA ALLAH..Biiznillah!


#KhitbahKunFayakun..24RabiulAwal1438H

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM..
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini 
telah berkumpul kerana mengasihaniMU..
bertemu untuk mematuhi (perintah)MU..
bersatu memikul beban dakwahMU..
Hati-hati ini telah mengikat janji setia 
untuk mendaulat dan menyokong syariatMU..
maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya..
maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya..
maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya..

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini 
akan jalanNYA (yang sebenar).
Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMU 
yang tidak kunjung malap..
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan 
dan keindahan tawakkal kepadaMU..
Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat 
(pengetahuan sebenar) tentangMU..

(Jika Engkau mentakdirkan mati) 
maka matikanlah pemilik hati-hati ini 
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik Penolong.
Ya ALLAH perkenankanlah permintaan kami ini.
Ya ALLAH perkenankanlah permintaan kami ini.
Ya ALLAH perkenankanlah permintaan kami ini.
Allahumma Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin.


----------------
#ALHAMDULILLAH.. Sakinah, Mawaddah wa Rahmah BersamaMU.. 17-03-1438H | 17-12-2016M 15:56 SABTU

No comments:

Post a Comment