Wednesday, June 10, 2009

NISA' INDOOR GAMES 2009

NISA' INDOOR GAMES (NIG 2009) telah diadakan di Dewan Jubli Perak Bangunan SSAAS, Shah Alam, Selangor pada 25 April 2009/ 29 Rabiulakhir 1430H. Program berjalan lancar dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. NIG 2009 ini julung kali diadakan di peringkat kebangsaan yang berjaya mengumpulkan penyertaan dari setiap negeri dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Kategori Dewasa, Kategori Remaja dan Kategori Terbuka. Acara individu yang dipertandingkan ialah Snake & Ladder, Congkak, Dam, Chess dan Ceper. Acara berkumpulan yang dipertandingkan ialah Dart, Carom dan Batu Seremban.



Objektif NIG 2009 adalah untuk memperkenalkan semula sebahagian besar permainan tradisional negara kita seperti congkak, batu seremban, ceper dan juga permainan-permainan lain yang dahulunya menjadi tumpuan kanak-kanak seperti snake & ladder, catur dan dam. Dengan tema Anyone Can Play atau Permainan Untuk Semua membuktikan semua orang boleh bermain di dalam semua permainan yang dipertandingkan tanpa mengira usia, agama dan bangsa.

NISA' Johor juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai NIG 2009. Walaupun tidak berjaya menjadi Johan Keseluruhan tetapi NISA' Johor berjaya membawa pulang beberapa hadiah di tempat pertama dan kedua antaranya Johan Dam Kategori Dewasa , Naib Johan Catur Kategori Dewasa , Johan Ceper Kategori Remaja, Johan Carom Kategori Remaja dan Johan Congkak Kategori Dewasa yang mewakili NISA' Sabah. Ramai juga NISA' Johor yang menjadi pemenang dalam acara kategori terbuka seperti Snake & Ladder, Congkak, Carom, Dam dan Batu Seremban. Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan pengiring NISA' Johor terutamanya Ketua Kontinjen NISA' Johor, Cik Hidayah dan Ketua NISA' Johor, Pn. Norlia Salleh atau lebih mesra dengan panggilan kak Lia. Ada kemajuan NISA' Johor dalam NIG 2009 berbanding NISA' Games 2007 dulu.

NISA' Johor merakamkan jutaan terima kasih, tahniah dan syabas kepada semua krew NISA' Malaysia terutamanya Pengarah NISA' Malaysia, Pn. Mastura Hj Muhamad atau lebih mesra dengan panggilan kak Mas serta Pengarah NIG 2009, Pn. Muna Izzah Dato' Fadhil. All the best untuk anda semua.

No comments:

Post a Comment