Tuesday, March 15, 2011

KERIS LAMA



Dengan nama ALLAH, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagiMu ALLAH yang memberikan nikmat Iman dan Islam kepada diriku ini. Pimpinlah dan tunjukkanlah diri ini kepada jalanMu yang lurus dan Engkau redhai. Ampunilah segala dosaku, dosa kedua-dua ibu bapaku, ahli keluargaku, sahabatku dan serta muslimin muslimat, mukminin mukminat yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Terima kasih Ya Rabb kerana membenarkan diri ini untuk terus mencari bekalan untuk dibawa ke negeri Abadi. Bantulah aku untuk hanya membawa bekalan yang Engkau redhai bukannya bekalan yang Engkau murkai.

Koleksi barang-barang lama seperti keris, lembing, tombak, parang dan pedang memang tidak asing di kalangan orang Melayu termasuklah keluargaku sendiri. Tapi diri ini selalu bertanya untuk apakah barang-barang tersebut terus disimpan. Apakah faedahnya kepada diri pemilik barang-barang tersebut dan kepada ahli keluarga serta keturunannya. Pada suatu hari,

------------------------------------------------------------------------------------
Ayah : Ada tak jumpa 'barang' ayah?

Anak : Takde ayah. Kenapa?

Ayah : Kalau ada terjumpa, tolong pulangkan semula. Tiada makna diri ayah ini tanpa 'barang' itu. Kalau duit boleh dicari, kalau 'barang' itu hilang susahlah. Itu 'barang' pemberian si fulan bin si fulan semasa majlis pernikahan ayah dengan emak kamu. Dia tidak dapat hadir di majlis tersebut dan hanya dapat menghadiahkan 'barang' itu.

Anak : Kenapa penting sangat 'barang' itu bagi ayah? (kebingungan)

Ayah : Kalau ada jumpa 'barang' itu tolonglah bawa balik.

Anak : (Ya ALLAH, bantulah diri ini untuk menolong ayah dan membantu bondaku, untuk aku terus berbakti di negeri ABADI. Aku tidak ingin terlepas dari pandanganMu Ya ALLAH. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui. Tunjukkanlah aku jalan penyelesaian kepada urusanku ini. Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim. Bantulah aku. Hanya kepadaMu tempat aku memohon pertolongan.

------------------------------------------------------------------------------------

Aku terjumpa info dari http://emjayjb.multiply.com/journal/item/153, Sayangnya 'aku' dengan keris puaka.

SENJATA PUAKA?

1. Sebarang senjata (keris, tombak, kerambit, pedang, parang dsbnya) yang menggunakan jampi mantera sewaktu menghasilkannya.

2. Sebarang senjata yang dihasilkan dengan kaedah yang pelik seperti memicit.

3. Sebarang senjata yang perlu dilakukan ritual tertentu seperti dimandikan dalam upih pinang atau diasap kemenyan atau dmandikan dengan limau nipis.

4. Sebarang senjata yang berbalut kain selalunya berbalut dengan kain kuning.

5. Sebarang senjata yang diyakini mempunyai kuasa tertentu yang luar biasa seperti menjadikan penyimpannya kebal, boleh terbang, boleh berkata-kata dsbnya.

6. Sebarang senjata yang digunakan untuk merawat pesakit atau perubatan.

7. Sebarang senjata biasa seperti parang atau pedang tetapi telah diyakini membawa tuah.

8. Senjata yang diwariskan dari keturunan leluhurnya siap dengan aturan penjagaannya.

9. Sebarang senjata yang dianugerahkan secara rasmi dari perguruan persilatan seperti persilatan Budi Suci yang menganugerahkan keris kepada pelatihnya.

Sebarang senjata seperti keris, pedang, pisau, pedang samurai, tombak atau parang panjang yang tidak melalui mana-mana dari 9 perkara di atas tidaklah dinamakan senjata puaka dan bolehlah untuk disimpan dan digunakan.

KESALAHAN MENGGUNAKAN/ MENYIMPAN SENJATA PUAKA

1. Senjata yang menggunakan jampi mantera sewaktu menghasilkannya samalah dengan tangkal.

2. Penggunaan senjata puaka dan tangkal sebenarnya telah mengalihkan / memindahkan harapan yang sepatutnya diberikan semata-mata hanya kepada Allah sahaja menjadi harapan kepada makhluk dan ini sudah semestinya merosakkan tauhid uluhiah.

3. Ritual khusus seperti mengasap dan memandikan senjata sebenarnya adalah satu ritual pemujaan kepada selain Allah SWT.

4. Mempercayai tuah dari senjata yang disimpan adalah sudah menyalahi dan berlawanan dengan konsep tauhid rububiah.
Dari sebuah hadis dari Ibnu Masud mafhumnya “mempercayai atau meyakini bahawa usaha seseorang menyimpan anjinglah yang telah menggagalkan usaha pencuri memasuki rumahnya sudah cukup untuk menjadikan orang tersebut sebagai syirik kerana mempersekutukan Allah dengan anjing dan seolah-olah anjing tersebut mempunyai kuasa mentadbir alam ini sebagaimana Allah SWT melalui tauhid rububiahNya”.

5. Menggunakan senjata di dalam amalan rawatan pesakit atau perubatan adalah menyalahi Islam kerana telah ada unsur pemujaan kepada senjata tersebut.

AKIBAT KEPADA ORANG YANG MENYIMPAN SENJATA PUAKA

/ Selalu bergaduh antara suami isteri, anak dengan anak lain dan ibu atau bapa dengan anak-anak.

/ Anak atau keturunan yang menjadi gila.

/ Penyimpan senjata puaka sentiasa panas badannya dan oleh itu lebih selesa dengan tidak memakai baju walau pun hari sejuk.

/ Susah nak mati.

/ Berbagai gangguan seperti bunyi yang pelik-pelik di dalam rumah yang menyimpan senjata puaka ini. Kadang-kadang anak-anak atau isteri ternampak hantu-hantu di dalam rumah.

/ Sukar untuk melaksanakan ibadah asas terutama sekali solat 5 waktu.

/ Keluarga dijauhi pelbagai rahmat dari Allah seperti tidak lepas dari kemiskinan, anak tidak begitu berjaya dalam akademik dan sebagainya.

/ Tidak ada ketenteraman dan harmoni di dalam keluarga tersebut dan selalu resah gelisah.

------------------------------------------------------------------------------------

Ya ALLAH, aku tidak tahu, hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Kuserahkan segala urusananku hanya kepadaMu jua.
Bimbing dan pimpinlah aku dalam segala urusanku.
Ya ALLAH, pimpinlah diri kami dari tergelincir dari jalanMu yang lurus.
Tetapkanlah pendirian kami untuk terus mencari redhaMu Ya ALLAH.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Tiada daya dan upayaku melainkan dengan izinMu jua Ya ALLAH.

No comments:

Post a Comment