Tuesday, July 17, 2012

Tudung Ramadhan DIY

Keinginan yang kuat untuk membuat sendiri tudung berawning sendiri yang labuh menyebabkan aku sanggup menuntut dengan kekandaku dan meminjam mesin jahit bondaku di Tampin. Jahit tepi pula pinjam anak saudara menantuku punya. Oleh kerana kemudahan dan peralatan yang terhad, aku gagahi juga untuk menghasilkan tudung sendiri. Kain lycra polkadot dan lycra biasa yang aku dan sahabatku, Wani beli di Jakel menjadi tudung pertamaku...
Disebabkan pola tudung yang aku beli tidak dijumpai, maka aku telah membuka tudung yang aku jahit mengikut pola yang aku beli beberapa tahun lepas.

Keperluan untuk menghasilkan tudung Ramadhan DIY adalah seperti berikut:
- kain tudung; saya gunakan jenis lycra polkadot (1 meter bidang 45") dan lycra (1 meter bidang 60"). Kain jenis denim/jeans masih dalam proses penghantaran yang diposkan oleh sahabatku dari Shah Alam, kak Syamlina; warna coklat, ungu, biru gelap dan polkadot (untuk tudung & awning tudung; setiap 1 & 1/2 meter untuk 3 helai tudung).
- pola body tudung & awning tudung
- kertas keras yang letak dalam awning tudung; ada yang panggil bakrum. Saya gunakan kertas kolar bergam untuk baju melayu. Saya beli RM 4.90 untuk 1/2 meter.
- jarum dan benang
- semestinya mesin jahit la..WAJIB ada. Kalau takde kena jahit manual la guna tangan yer.
- seterika untuk melekatkan awning pada tudung
- gunting kain & gunting kertas. Jangan gunakan gunting kain untuk menggunting kertas yer...nanti tumpul plak gunting makcik.

Langkah seterusnya...

Mulakan dengan bismillah....berdoalah semoga dipermudahkan segala urusan dalam proses menyiapkan tudung Ramadhan ini....

Cara mengunting body tudung;
- boleh lipat tiga segi kain ela. Pastu kena kreatif sikit la untuk jimatkan kain, pastikan kain tue adjust betul-betul dengan pola body tudung.
- sematkan jarum peniti di atas pola dan body tudung tadi
- mulalah menggunting kain tadi dengan confident. Jangan takut-takut nak buat, nanti tak jadi.....dengan bantuan kekandaku Robiah, 2 meter kain ela tadi dapat menghasilkan 3 helai tudung.

Next step...

Potong pola awning tudung. Saya tengok dalam blog & forum DIY tudung, saiz yang digunakan adalah lebar 2-2.5" dan panjangnya 14". Ada jugak yang buat full awning. Makcik buat dengan lebar 2".

Seterusnya...

Lekatkan bakrum di atas kain awning tudung. Gunakan seterika yer. Dari blog Yuitsumuni, beliau tebuk lubang lat kertas manila untuk memudahkan kerja seterika kertas bergam ke atas kain awning.

* bahagian yang bergam di sebelah bawah dan bahagian yang tidak bergam di sebelah atas.

Tapi saya buat yang bergam di sebelah atas/ luar. Ok...pasni saya buat yang tidak bergam pulak di sebelah luar/atas. Kita tengok perbezaannya. Tunggu....

Kerja potong-potong dah siap. Lepas nie kerja-kerja mencantum plak.
Cantumkan awning dengan body tudung.

Mula cantumkan dari tengah awning dan juga tengah body tudung untuk mengelakkan tudung senget benget. Sematkan jarum peniti...jahit jelujur...pastu barulah jahit dengan mesin jahit.

Last step.....
Jahit cantumkan bahagian bawah dagu dan hadapan. Pastu jahiy kemasan bahagian tepi tudung.

Siap sudah...

Saya amik masa 3 hari untuk siapkan 3 helai tudung...sebab buat kerja suku masa. Buat plak tudung 2 layer dan awning 2 layer. Belum pandai lagi dah nak buat tudung berlayer....

Tapi Alhamdulillah....akhirnya siap juga tudung Ramadhanku. Lehla pakai nanti. Ramadhan pun tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Barulah ada keberanian untuk menggunting dan menjahit tudung dari kain jenis denim plak pas nie. Insha Allah hari ini sampailah tudung yang dipesan itu...

Chaiyok....


No comments:

Post a Comment