Monday, July 16, 2012

Tudung Ramadhan

Beberapa hari yang lepas, usaha untuk menyiapkan 3 helai tudung lycra polkadot akhirnya berjaya. Terima kasih kepada sifuku, kekandaku Robiah kerana sudi memberi tunjuk ajar dan selok belok menggunting dan menjahit tudung labuh berawning saiz XL. Aku namakannya sebagai tudung Ramadhan sebagai persediaan untuk menyambut Ramadhan al-Mubarak yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi.
Pelbagai masalah yang dihadapi sepanjang tempoh untuk menyiapkan tudung tersebut. Pola tudung dan cara membuat tudung memang pernah dipelajari beberapa tahun yang lepas. Dapatlah siapkan sehelai tudung hasil pembelajaran tersebut. Dengan bersemangat membeli mesin jahit baru untuk memulakan kerja-kerja menjahit tudung dan baju kurung....Hasilnya hanyalah sehelai tudung dan sehelai baju kurung.

Misi untuk membuat tudung dari kain jenis lycra denim/jeans akan bermula mulai esok atau lusa. Kain masih dalam proses penghantaran. Untuk belajar membuat tudung Ramadhan ini, kain jenis lycra dan lycra polkadot digunakan....1 meter lycra polkadot bidang 45" dan 1.5 meter lycra biasa bidang 60" dapat menghasilkan 3 helai tudung Ramadhanku.

Target nak buat tudung dari kain lycra denim saiz XL. Susah sgt nk dptkn tudung lycra denim yang labuh. Yang banyak di pasaran pun saiz M or free size. Memanglah cantik tapi tak selesa untukku pakai.

Pergila mencari lain jenis lycra denim nie ke Jakel Tampoi. Namun demikian, harapan untuk mendapatkan kain jenis lycra denim itu tidak kesampaian. Yang dapat kami tangkap adalah lycra dan lycra polkadot...denim dah abis plak. Huhuhu....sedihnya.

Teringatla pulak kepada sahabat di UKM dulu yang membuat sendiri tudung jenis denim saiz besar nie..3 meter kain jenis denim telah dibeli dari sahabatku kak Syam, warna coklat, ungu dan biru gelap, setiap satu meter. 1.5 meter lagi kain cotton bercorak untuk dijadikan awning tudung. Tak sabar rasanya nak menunggu kain-kain ini sampai untuk dijadikan tudung Ramadhan.

Tudung ini didedikasikan khas untuk adik-adikku cik Wani & Pn. Has yang kini berada di Johor. Insha Allah saya cuba siapkan tudung anda berdua sebelum Ramadhan tiba. Orang lain dok sibuk menjahit baju raya...saya sibuk plak menjahit tudung Ramadhan....

Cara-cara membuat tudung Ramadhan akan menyusul kemudian...Tunggu yer....

Membuat tudung tidaklah mudah tetapi jangan membuatnya menjadi sukar. Belajarlah dengan yang tahu. Anda akan rasa nikmatnya dapat membuat sendiri tudung yang anda pakai dan mungkin juga dihadiahkan kepada orang yang tersayang. Boleh juga dijual kepada sahabat-sahabat yang mencari tudung dari kain jenis lycra denim yang selesa untuk dipakai ke tempat kerja atau bersolat. Mudah kan....








No comments:

Post a Comment