Friday, July 27, 2012

Ramadhan Kareem

Ramadhan kembali lagi. Alhamdulillah...terima kasih Ya Rabb kerana mengizinkan diriku merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadhan tahun 1433 H ini. Tahun lepas aku direhatkan dari berpuasa kerana tidak sihat.
Last week, dapat berbuka puasa bersama bonda tersayang, kekandaku yang sulong n familinya di Taman Gunung Emas, Tampin. Minggu nie plak giliran berbuka puasa bersama kekandaku di Kg Bukit Cherakah, Meru Klang.
Rindunya nak buka puasa bersama-sama ayah dan bonda di kampung halaman. Tapi apa yang mampu kita buat, jika Allah tidak mentakdirkan perkara itu berlaku. Ayahanda telah kembali kepadanya bulan Rejab tahun 1432 H. Selepas itu, diriku diuji olehNya. Aku tidak ingat apa yang berlaku selama lebih tiga bulan. REJAB-SYAABAN-RAMADHAN-SYAWAL 1432 H adalah masa berehat yang Allah kurniakan untuk diriku.

Alhamdulillah, dengan izin dariNya dan berkat kesabaran dan doa dari kekanda2ku dan sahabat2, aku kembali pulih untuk meneruskan kehidupan di alam fana ini.

Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang Engkau kurniakan kepada diriku ini. Dengan duit peninggalan arwah ayah, aku meneruskan pengajian di peringkat PhD yang insha Allah akan tamat tahun 2013. Arwah ayahandaku, Ismail bin Khadijah bersungguh-sungguh untuk aku meneruskan pengajian. Beliau sanggup memberikan wang untuk membayar yuran pengajian aku pada semester pertama tahun 2010 yang lalu. Arwah ayah juga bersungguh-sungguh mendoakan agar aku mendapat biasiswa Zamalah yang aku pohon tahun 2011 yang lalu. Alhamdulillah, doanya dimakbulkan oleh Yang Maha Esa untuk melihat aku menyambung pengajian. Tahun ini, biasiswa Zamalahku masih belum diterima. Insha Allah, hujung bulan Ogos barulah dapat elaun Zamalah bagi tahun 2012 ini. Sepanjang tempoh Januari hingga Julai ini, duit peninggalan arwah ayah, aku terpaksa gunakan untuk perbelanjaan harianku. Saat2 akhir hayatnya pun, beliau sangat risaukn diriku. Maafkan anakmu wahai ayahanda kerana sepanjang hayat ayahanda, terlalu banyak pengorbanan yang ayahanda lakukan untuk diriku. Moga rohmu tenang di sana dan sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin dan syuhada.

Tahun ini, kami beraya tanpa arwah ayah untuk kali yang kedua. Tahun lepas, aku tidak merasa apa itu nikmat berhari raya kerana nikmat itu Allah tarik. Aku tidak ingat apa2 yang berlaku. Kali kedua ujian itu diberikan kepada diriku. Kali pertama adalah pada tahun 2004, iaitu ketika bondaku ditimpa penyakit misteri yang sehingga kini belum sembuh. Waktu itu, aku berada di semester pertama pengajian sarjanaku. Aku telah cuti 1 semester dan meneruskan pengajian kembali secara separuh masa. Masa yang agak lama untuk aku menamatkan pengajian sarjanaku, iaitu tahap maksimum 10 semester.

Aku tidak serik untuk meneruskan perjuanganku yang belum selesai. Aku mendaftarkan diri sebagai pelajar PhD pula pada bulan Disember 2010. Aku ingin memperbaiki kajian penyelidikan yang aku jalankan sepanjang pengajian sarjanaku dahulu. Aku tidak peduli dengan kata-kata orang lain. Yang penting aku tahu apa yang aku lakukan. Rakan-rakan sepengajian yang lain, telah bekerja dan bergaji besar. Tak cukup dengan itu, mereka sudah memiliki rumah dan kereta idaman masing2 serta telah berumahtangga. Namun, aku redha dengan segala ketentuanMu Ya Allah.

Peluang yang Engkau beri ini tidak akan aku sia-siakan Ya Allah. Ya Allah, bantulah diriku yang kerdil ini untuk terus meneroka ilmuMu yang terbentang luas ini. Tambahkanlah ilmu duniawi dan akhiratku dan tetapkanlah diriku berada di jalanMu Ya Allah. Bukakanlah jalan untuk aku terus berjaya dunia dan akhirat.

Ruang dan peluang yang diberikan percuma ini janganlah hendaknya aku lalai dan alpa. Semoga aku dapat menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat untuk semua terutamanya insan yang sentiasa dan tidak putus2 membantuku di kala aku amat2 memerlukan pertolongan. Engkaulah Ya Allah yang sentiasa membukakan jalan untuk aku terus berjaya.


Wednesday, July 18, 2012

Tudung Ramadhanku

Alhamdulillah...pesanan kain lycra denim telah selamat diterima tghari td. Apa lagi yang ditunggu, semua keperluan untuk DIY tudung dah siap. Siapkan kekuatan mental dan fizikal untuk membuat tudung Ramadhan ini.

Kain dilipat dua, pola body tudung diletakkan di atas kain. Sematkan jarum peniti. Jika dah bersedia, mulakanlah menggunting kain dengan lafaz Bismillahi rahmanirrahim..

Ok...siap, sediakan kain untuk awning pula. Langkah-langkah yang sama seperti membuat body tudung.

Jika tak yakin dengan hasil yang digunting, silalah jahit dengan jahitan jelujur dahulu untuk mengelakkan pembaziran tenaga dan benang jahitan. Nanti kena bukak balik jika jahitan tak kena. Belajar dari kesilapan..tak per lambat asalkn selamat.

Soft awning telah siap. Esok nak cari kain pengeras yang lembut skit untuk menggantikan kain pengeras yang bsaiz 2.5" ini. Tengah mencari teknik membuat soft awning...

Penandaan labuh bahu kiri dan kanan dilakukan di atas pola body tudung untuk mendapatkan saiz yang design tudung yang diinginkan.

Buat ukuran labuh hadapan pula.

Tekap pola pada kain dan buat penandaan mengikut saiz, contohnya M, L, XL, XXL, dan XXXL.

Gunting kain mengikut saiz pola ( labuh bhgn hdpn )

Jahit keliling bhgn muka.




Tuesday, July 17, 2012

Tudung Ramadhan DIY

Keinginan yang kuat untuk membuat sendiri tudung berawning sendiri yang labuh menyebabkan aku sanggup menuntut dengan kekandaku dan meminjam mesin jahit bondaku di Tampin. Jahit tepi pula pinjam anak saudara menantuku punya. Oleh kerana kemudahan dan peralatan yang terhad, aku gagahi juga untuk menghasilkan tudung sendiri. Kain lycra polkadot dan lycra biasa yang aku dan sahabatku, Wani beli di Jakel menjadi tudung pertamaku...
Disebabkan pola tudung yang aku beli tidak dijumpai, maka aku telah membuka tudung yang aku jahit mengikut pola yang aku beli beberapa tahun lepas.

Keperluan untuk menghasilkan tudung Ramadhan DIY adalah seperti berikut:
- kain tudung; saya gunakan jenis lycra polkadot (1 meter bidang 45") dan lycra (1 meter bidang 60"). Kain jenis denim/jeans masih dalam proses penghantaran yang diposkan oleh sahabatku dari Shah Alam, kak Syamlina; warna coklat, ungu, biru gelap dan polkadot (untuk tudung & awning tudung; setiap 1 & 1/2 meter untuk 3 helai tudung).
- pola body tudung & awning tudung
- kertas keras yang letak dalam awning tudung; ada yang panggil bakrum. Saya gunakan kertas kolar bergam untuk baju melayu. Saya beli RM 4.90 untuk 1/2 meter.
- jarum dan benang
- semestinya mesin jahit la..WAJIB ada. Kalau takde kena jahit manual la guna tangan yer.
- seterika untuk melekatkan awning pada tudung
- gunting kain & gunting kertas. Jangan gunakan gunting kain untuk menggunting kertas yer...nanti tumpul plak gunting makcik.

Langkah seterusnya...

Mulakan dengan bismillah....berdoalah semoga dipermudahkan segala urusan dalam proses menyiapkan tudung Ramadhan ini....

Cara mengunting body tudung;
- boleh lipat tiga segi kain ela. Pastu kena kreatif sikit la untuk jimatkan kain, pastikan kain tue adjust betul-betul dengan pola body tudung.
- sematkan jarum peniti di atas pola dan body tudung tadi
- mulalah menggunting kain tadi dengan confident. Jangan takut-takut nak buat, nanti tak jadi.....dengan bantuan kekandaku Robiah, 2 meter kain ela tadi dapat menghasilkan 3 helai tudung.

Next step...

Potong pola awning tudung. Saya tengok dalam blog & forum DIY tudung, saiz yang digunakan adalah lebar 2-2.5" dan panjangnya 14". Ada jugak yang buat full awning. Makcik buat dengan lebar 2".

Seterusnya...

Lekatkan bakrum di atas kain awning tudung. Gunakan seterika yer. Dari blog Yuitsumuni, beliau tebuk lubang lat kertas manila untuk memudahkan kerja seterika kertas bergam ke atas kain awning.

* bahagian yang bergam di sebelah bawah dan bahagian yang tidak bergam di sebelah atas.

Tapi saya buat yang bergam di sebelah atas/ luar. Ok...pasni saya buat yang tidak bergam pulak di sebelah luar/atas. Kita tengok perbezaannya. Tunggu....

Kerja potong-potong dah siap. Lepas nie kerja-kerja mencantum plak.
Cantumkan awning dengan body tudung.

Mula cantumkan dari tengah awning dan juga tengah body tudung untuk mengelakkan tudung senget benget. Sematkan jarum peniti...jahit jelujur...pastu barulah jahit dengan mesin jahit.

Last step.....
Jahit cantumkan bahagian bawah dagu dan hadapan. Pastu jahiy kemasan bahagian tepi tudung.

Siap sudah...

Saya amik masa 3 hari untuk siapkan 3 helai tudung...sebab buat kerja suku masa. Buat plak tudung 2 layer dan awning 2 layer. Belum pandai lagi dah nak buat tudung berlayer....

Tapi Alhamdulillah....akhirnya siap juga tudung Ramadhanku. Lehla pakai nanti. Ramadhan pun tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Barulah ada keberanian untuk menggunting dan menjahit tudung dari kain jenis denim plak pas nie. Insha Allah hari ini sampailah tudung yang dipesan itu...

Chaiyok....


Monday, July 16, 2012

Tudung Ramadhan

Beberapa hari yang lepas, usaha untuk menyiapkan 3 helai tudung lycra polkadot akhirnya berjaya. Terima kasih kepada sifuku, kekandaku Robiah kerana sudi memberi tunjuk ajar dan selok belok menggunting dan menjahit tudung labuh berawning saiz XL. Aku namakannya sebagai tudung Ramadhan sebagai persediaan untuk menyambut Ramadhan al-Mubarak yang akan tiba beberapa hari sahaja lagi.
Pelbagai masalah yang dihadapi sepanjang tempoh untuk menyiapkan tudung tersebut. Pola tudung dan cara membuat tudung memang pernah dipelajari beberapa tahun yang lepas. Dapatlah siapkan sehelai tudung hasil pembelajaran tersebut. Dengan bersemangat membeli mesin jahit baru untuk memulakan kerja-kerja menjahit tudung dan baju kurung....Hasilnya hanyalah sehelai tudung dan sehelai baju kurung.

Misi untuk membuat tudung dari kain jenis lycra denim/jeans akan bermula mulai esok atau lusa. Kain masih dalam proses penghantaran. Untuk belajar membuat tudung Ramadhan ini, kain jenis lycra dan lycra polkadot digunakan....1 meter lycra polkadot bidang 45" dan 1.5 meter lycra biasa bidang 60" dapat menghasilkan 3 helai tudung Ramadhanku.

Target nak buat tudung dari kain lycra denim saiz XL. Susah sgt nk dptkn tudung lycra denim yang labuh. Yang banyak di pasaran pun saiz M or free size. Memanglah cantik tapi tak selesa untukku pakai.

Pergila mencari lain jenis lycra denim nie ke Jakel Tampoi. Namun demikian, harapan untuk mendapatkan kain jenis lycra denim itu tidak kesampaian. Yang dapat kami tangkap adalah lycra dan lycra polkadot...denim dah abis plak. Huhuhu....sedihnya.

Teringatla pulak kepada sahabat di UKM dulu yang membuat sendiri tudung jenis denim saiz besar nie..3 meter kain jenis denim telah dibeli dari sahabatku kak Syam, warna coklat, ungu dan biru gelap, setiap satu meter. 1.5 meter lagi kain cotton bercorak untuk dijadikan awning tudung. Tak sabar rasanya nak menunggu kain-kain ini sampai untuk dijadikan tudung Ramadhan.

Tudung ini didedikasikan khas untuk adik-adikku cik Wani & Pn. Has yang kini berada di Johor. Insha Allah saya cuba siapkan tudung anda berdua sebelum Ramadhan tiba. Orang lain dok sibuk menjahit baju raya...saya sibuk plak menjahit tudung Ramadhan....

Cara-cara membuat tudung Ramadhan akan menyusul kemudian...Tunggu yer....

Membuat tudung tidaklah mudah tetapi jangan membuatnya menjadi sukar. Belajarlah dengan yang tahu. Anda akan rasa nikmatnya dapat membuat sendiri tudung yang anda pakai dan mungkin juga dihadiahkan kepada orang yang tersayang. Boleh juga dijual kepada sahabat-sahabat yang mencari tudung dari kain jenis lycra denim yang selesa untuk dipakai ke tempat kerja atau bersolat. Mudah kan....








Thursday, July 12, 2012

Al Fatihah buat arwah ayahandaku

Perjalanan dari JB pukul 8.30 pg td ke Tampin seterusnya ke Serting mengingatkan diriku kepada pertemuan terakhir menatap wajahnya sebelum dia dijemput kembali kepadaMu Ya Allah. Namun perjalanan hari ini berjalan lancar jika dibndingkan dengan perjalananku setahun sebulan yang lalu yang melalui pelbagai halangan. Hari ini aku bersama bonda, kak long, abg long dan cucu saudaraku Aliff Nur Raihan Abdul Ghafar menaiki kereta ke tempat jasad arwah ayahanda disemadikan di Felda Serting Hilir 3. Malam ni abg Langku mbuat kenduri doa selamat kerana pernikahan anak sulungnya Mohd Azazi Mohd Yazid yang akan bernikah pada 13 Julai 2012  serta kenduri arwah untuk ayahandaku.

Wednesday, July 4, 2012

Writing a Literature Review

Presents an overview of relevant research.
Says why and how the study will contribute to existing knowledge.
Provides a commentary on the literature in our field.
States what we plan to do to expand existing knowledge.
Highlights the similarities and differences between our work and the work of others.
Locates the research problem within a theoretical framework and reviews the underlying theory.

The reading process:
Begin with the up to date, the well known and general introductions to our topic.
Read with a purpose - know why we are reading and how it could contribute to our thesis.
Be disciplined about reading ONLY what is relevant .
Prioritise our reading.
Devise a personal note taking system.
Develop the discipline of reading and taking notes rather than photocopying to read later.

Managing the large amount of information:
Devise a system of filling articles and references.
Keep careful records of source ideas, papers, quotes etc using bibliographical software - Mendeley/EndNote.

The Writing Process:
Read literature reviews.
Outline our ideas.
Draw a diagram or mind map of relationship between ideas.
Write summaries of individual sections.
Write regularly.
Talk about ideas before, during and after writing them down.
Get regular feedback on what you write.

Writing the LR:
Work from the general to the specific- from tertiary sources (textbooks) to secondary sources (review of research) to primary research (journal articles documenting original research).
Organise the literature around findings, ideas or themes rather than studies or authors.
Focus on writing the literature review as a logical argument which leads the reader to our research question or problem.

Do ALL of the following:
#describe
#Summarise
# clarify
# evaluate and critique
# synthesise and integrate

But keep the emphasis on evaluating/ critiquing and synthesising and integrating.

AIM to keep our VOICE central by using evidence to support our points.

Literature Review

We learn how to find out about a new development.
We practice selecting, reading, filtering, abstracting and summarizing information from a variety of sources to create a coherent picture of the current state.
We practice writing a structured, referenced academic report.
We practice presenting these new ideas to other people.

Finding articles in the literature.

Looking back & forward.

Making sense of it all. Once our literature search is complete, we need to READ them very CAREFULLY and make sense of them.

Writing it up. - well structured, use plain English, understandable to other people, check how to reference and make sure we do our referencing correctly.