Tuesday, February 25, 2014

HIJRAH#018

Salam 25 Rabiul Akhir 1435H buat sahabat2, teman2 dan kawan2 yang disayangi kerana ALLAH. Semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

"Dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang." (76:25)

Sahabatku, keranaNya kita bertemu....
Dedikasi lirik lagu ini khusus untuk sahabat lamaku EFDC. Hanya berbaki 29 hari sahaja lagi tempoh perkenalan kita. Diharapkan diriku dapat memanfaatkan saat dan tika engkau masih ada di sini sahabat, membantuku membuat persediaan & persiapan menyambut kelahiran buah hati pengarang jantungku yang dijangka akan lahir di bulan Syaaban 1435H yang berkat. Bulan ke lapan dalam kalendar hijriah adalah bulan yang istimewa bagi diriku, di bulan inilah diriku dilahirkan. Bonda kesayanganku, Jamilah binti Ibrahim juga dilahirkan di bulan Syaaban ini. Jika ditakdirkan dapat lahir dengan selamat sebulan lebih awal, Alhamdulillah..Bulan Rejab yang mulia iaitu bulan ke tujuh dalam kalendar hijriah pula adalah bulan kelahiran almarhum ayahanda tercinta Ismail bin Ali. Hadiah teristimewa untuk segala perjuangan dan pengorbananmu ayah dalam mendidik dan menjadi wali yang terhebat sepanjang hayatmu. Kuhadiahkan AL-FATIHAH untuk dirimu ayah...

Telah lama kita bersama
Berjuang tegakkan agama
Kita harungi bersama suka
duka perjuangan

Karena takdir dari Illahi
Kini semua tinggallah kenangan
Engkau telah jauh di sana
Berjuang di rantau seberang

Oh Tuhan...
Satukanlah Hati kami
Walau dimanapun kami berada
Oh Tuhan...
Kuatkanlah jiwa ini
Dalam meneruskan perjuangan

Tetap kenanglah aku di sana
Dalam do'a dikeheningan malam
Kan kurengkuh engkau di sana
Dalam do'a-do'a malamku

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (55:25)

Terlalu banyak nikmatMu yang terlupa untukku bersyukur Ya ALLAH. Masalah yang sebenarnya terlalu kecil tetapi kuanggap terlalu besar sehingga tidak mampu kuharungi. Ampunilah segala kesalahan dan kesilapanku ya ALLAH Yang Maha Pengampun.

No comments:

Post a Comment