Sunday, March 2, 2014

HIJRAH#019

بسم الله الرحمن الرحيم

".....Dengan menyebut nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang." (27:30)

Salam 30 Rabiul Akhir 1435H buat sahabat, teman dan kawan yang disayangi kerana ALLAH.

Hanya berbaki 25 hari sahaja lagi untuk memanfaatkan saudara EFDC. Moga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusanku ini Ya ALLAH.

"YA ALLAH YA ILAHI,
Engkau yang berkuasa menerima taubatku dan mengampuni dosaku,
Maka muliakanlah aku dengan kekuatan hafazan dan kefahaman sehingga aku dapat menghafaz dan memahami segala apa yang aku dengar dari ilmu & al-Quran.

Dan muliakanlah aku dengan suara yang lunak merdu supaya/ sehingga sesiapa yang mendengar kata-kata/bacaanku/suaraku, maka bertambahlah syahdu/tersentuh hati/cair (menjadi sebab musabbab mendapat hidayah) walaupun dia seorang yang berhati keras.

Dan muliakanlah aku dengan rezeki yang halal dan kurniakanlah aku rezeki yang tidak disangka-sangka.
Dan ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

©DOA MOHON 5 KEMULIAAN ~ Ustazah Norhafizah Musa~

1) Taubat yang diterima
2) Dosa yang diampunkan
3) Menghafaz dan memahami ilmu & al Quran
4) Suara yang lunak merdu
5) Rezeki yang halal

Ikatlah dirimu dengan MENULIS!
~ Ali Abi Talib ra~

ن(Nun)"
Demi qalam (pena) dan apa yang mereka tulis." (68:1)

"Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam (pena). Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." (96:4-5)

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Alim,
Kurniakanlah kami ilmu yang bermanfaat agar dapat kami memahami dan menghafaz segala ilmuMu untuk diri kami sendiri dan bermanfaat jua kepada ummah.

Tiada daya diriku melakukan taat dan tiada upaya diriku menghindari maksiat kecuali dengan izin dariMu jua Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

SUBHANALLAH...Maha Suci bagiMu Ya ALLAH. Tunjukilah kami jalan yang lurus...agar kami terus berada di landasan yang betul. Dengan menyebut namaMu Ya ALLAH, kepadaMu diriku berserah diri. Kembalikan diriku kepada deen fitrah yang suci.

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ALLAH; (tetaplah atas) fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah ALLAH. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (30:30)

"Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya." (17:30)

Ya ALLAH Ya Basith Yang Maha Melapangkan,
Ilhamkanlah aku supaya sentiasa bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua-dua ibu bapaku.
Tetapkanlah hatiku supaya aku sentiasa beramal soleh yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.

Ya Allah Yang Maha Melapangkan...kuterima apa sahaja pemberianMu.

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta

Terima kasih ya Allah atas izin dan kurniaMu, aku bertemu saudara EFDC. KeranaNya kita bertemu.

No comments:

Post a Comment