Wednesday, March 5, 2014

HIJRAH#022

Salam 3 Jamadil Awwal 1435H sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.

"Dia menurunkan al-Kitab (al-Quran) kepadamu dengan sebenarnya; membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil." (QS. Ali Imran, 3:3)

"Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya)." (QS. Al-A'raf, 7:3)

"Dialah yang menurunkan al Kitab (al Quran) kepada kamu. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat yang muhkamaat*, itulah pokok-pokok isi al QUran dan yang lain(ayat-ayat) mutasyabihaat**. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan ALLAH. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: 'Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami.' Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal." (QS. Ali Imran, 3:7)

* ayat-ayat yang terang dan tegas maksudnya, dapat difahami dengan mudah.
** ayat-ayat yang mengandungi beberapa pengertian, sulit difahami atau hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui.


"Maha Pemurah lagi Maha Penyayang." (QS. Al-Fatihah, 1:3)

Tuhanku Ya Rahman, Yang Maha Mencurahkan rahmat kasih sayang kepada seluruh alam.
Wahai Tuhan yang mencakupi segala sesuatu dengan rahmat dan pengetahuan, rahmatMu kelihatan pada setiap kewujudan di alam maya ini.
Kami tidak melihatnya kecuali sekelumit daripada-Nya.

Ya ALLAH, kami membaca tanda-tanda rahmatMu yang menarik kami menuju ke hadratMu dan menenagkan hati kami dengan keluasan kasih sayang-Mu.

Ya ALLAH, perlihatkanlah mata hati kami cahaya keadilanMu serta keagungan anugerahMu.
Wahai Ya Rahman, ALLAH yang mencurahkan kasih, sempurnakanlah cahaya kami dan ampunkanlah dosa kami, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.

Terima kasih YA ALLAH.

Segala apa yang tidak kita berikan pasti hilang.~Rabindranath Tagore (Penyair India).~

Meskipun balasan bagi kebaikan dan kejahatan yang dijanjikan ALLAH hanya tiba pada hari kebangkitan, ia sebenarnya muncul dalam beberapa keadaan di dunia ini. Apabila manusia berasa gembira, itu adalah balasan bagi mereka kerana menjadikan orang lain berasa bahagia. Apabila manusia berasa sedih, itu adalah balasan bagi mereka kerana menjadikan orang lain sedih. Itu balasan bagi menggambarkan hari kebangkitan supaya mausia mampu memahami yang banyak daripada yang sedikit.~RUMI (@Fihi ma Fihi)~



~Vitamin Jiwa & Kasih Sayang keranaNya~

YA ILAHI,
Jadikanlah kami instrumen kasih-Mu,
Di mana ada kebencian, biarkan kami menyebar cinta.
Di mana da hati terluka, biarkan kami menjadi penghibur.
Di mana ada keraguan, biarkan kami menyebar keyakinan.
Di mana ada keputusasaan, biarkan kami menyebar harapan.
Di mana ada kesedihan, biarkan kami memberi kebahagiaan.
Di mana ada kegelapan, biarkan kami memberi cahaya.
Semuanya dengan izin-Mu.







No comments:

Post a Comment