Monday, September 22, 2014

HIJRAH#058

Salam 28 Zulkaedah 1435H. Hari Selasa yang damai, tenang dan penuh kasih sayangNYA Yang Maha Pencinta buat para pencintaNYA yang dikasihiNYA sokmo.

WANITA: PhD dan Air Mata




Detik MASA ini, masuk minggu keTIGA diri ini meneruskan pengajian di kembara ilmu-MU bagi sesi pengajian 2014/2015 Semester 1. Sudah memasuki semester ke-LAPAN kembara ilmu-MU di taman ilmu Universiti Teknologi Malaysia ini.

"Kerana Tuhan untuk Manusia"....Insha ALLAH, dengan izinNYA jua ilmuMU yang Maha Luas ini dapat memberi manfaat kepada diriku dan jua bermanfaat untuk insan lain yang berada di sekelilingku.

"Ya ALLAH Ya HAKAM Yang Maha Memutuskan Hukum, anugerahkanlah kepada kami kebijaksanaan supaya kami dapat memahami segala keputusan-MU dan menangkap hikmah bagi setiap kejadian yang menimpa kami."

Jom menjadi WANITA HEBAT yang bersikap Arif dan Bijak.

Wanita hebat yang mampu memahami dan menghayati nama ALLAH al-Hakam ini, tentu menjadi hamba-hambaNYA yang pantang mengeluh apabila berhadapan dengan kepahitan dan penderitaan hidup. Ini kerana mereka sedar, keluhan tidak dapat menyelesaikan masalah. Apa yang perlu dilakukan adalah mencari jalan keluar dan bagi mencari jalan keluar itu, manusia perlu bersikap arif dan bijaksana.

Peribahasa Jerman mengungkapkan;

"Tuhan memberi kita biji-bijian tetapi Tuhan tidak menumbuhkannya tanpa usaha kita."

Oleh yang demikian, pada hari ini, marilah kita cuba mengkaji perjalanan hidup kita selama ini. Adakah kita menghadapi hidup secara BIJAK?
Adakah kita mengambil pengajaran daripada setiap persoalan yang kita hadapi?
Apa sahaja yang kita alami adalah KETENTUAN daripada ALLAH dan ALLAH menginginkan kita mencari hikmah di sebalik setiap persoalan itu.


ALHAMDULILLAH...Puteri sulung kepada kekandaku yang dikasihi ALLAH telah diizinkanNYA mengembara ilmu-MU dan menjadi Sado di bumi anbiya'. Terima kasih Ya ALLAH atas izin-MU jua anakanda kesayangan kami ini dapat mengembara ilmuMU di bandar al-Mafraq, Jordan. ALHAMDULILLAH...Terima kasih ALLAH.

Sedikit perbincangan kami di alam maya yang sempat dicoretkan di sini sebagai pengubat RINDU kepada insan yang dikasihi ALLAH, anakanda Siti Aisyhah binti Radzuran.

Ateh : Assalamualaikum along...kaifa haluki?

Along: Waalaikum salam ateh...Alhamdulillah khayr...Wa keif haluk?

Ateh : Cikgu along kirim salam dengan lafaz assalamualaikum. Belajar rajin-rajin pesannya.

Along:  Waalaiki waalaihissalam...In sha Allah biiznillah...Sado di bumi anbiya!

Ateh : seperti 'ahmad ammar' yang berjiwa ummati...dagangnya jua telah dibeli ALLAH...perginya sebagai pejuang...kembali kepadaNYA dengan bersih suci...si syahid di bumi anbiya'...ateh terkesan betul saat ayah ahya' nasihatkan along malam kenduri tue......sgt2 menyentuh hati..kata-katanya sangat bermakna.

Along: Yupp..Lgi2 yg psl ade jodoh, rzki in sha Allah dpt jmpe mak ayah

Ateh : Insha ALLAH...cucu pompuan sulung almarhum Ismail Khalijah ini kuat semangat

Along: Insha ALLAH

Ateh : seperti kuatnya semangat atuknya...apatah lagi ayah dan ibunya

Along: Biiznillah

Ateh : yep...semua itu adalah ketentuan-NYA

Along: Bgitu juga ibu saudaranya, ateh maznah

Ateh : jodoh pertemuan, ajal maut, rezeki dari YG MAHA Pencinta. ....mudah sahaja menjemput rezeki itu...bila keyakinan total kepadaNYA....yakin...pasti DIA yg mempermudahkan segala urusan kita

Along: In sha Allah biiznillah...Hasbunallah wa nikmal wakeel nikmal mawla wanikman naseer.

>>>BERSAMBUNG....



>>>SAMBUNGAN: Pujuklah RASA| Rasakan TUHAN Ada Di Sampingmu

RASAKAN DOAMU DIDENGAR

TIDAKLAH dinamakan hidup jika semuanya berjalan bak tenangnya air sungai yang mengalir menghampiri laut. Sempat membentuk laguna cantik dan tasik indah tanpa sungai merancangnya. Namun, sebelum itu, pasti sungai sudah pernah, malah puas berjuang secara kasar, keras dan bertoleransi dengan alam, batu pejal dan pelbagai halangan. Namun, sungai tetap bertemu tenang pada akhirnya...menjamah gigi laut.

Seperti yang dilakarkan dalam lirik 'SEGENGGAM TABAH - In Team'. Lirik nasyid yang sangat menyentuh hati dan amat bermakna bagi diri ini...saat hujan lebat turun dengan lebatnya di dalam hati ini, tak mampu untuk ditampung lagi titisan-titisan manik yang bersih suci itu mengalir dengan lajunya.

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya 

Bagaimana sungai begitu tenang bila menghampiri laut?
Tidak lain tidak bukan kerana ia sudah memohon dan menjalankan tugas menurut apa yang ditetapkan SUNNATULLAH padanya. Sungai yakin dengan KETENTUAN dan KEMAHUAN PENCIPTANnya tanpa pernah berhenti mengalir walaupun sehari. Disebabkan itulah ALLAH mengatakan kepada kita:

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada ALLAH. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-NYA."
(QS. Al-Isra', 17:44)

Keyakinan ini membuatkan hujan tidak meminta untuk naik semula ke langit. Begitulah kita hamba-NYA yang telah dibekalkan pesan:

"Tidak ada makhluk melata pun melainkan DIA-lah yang memegang ubun-ubunnya."
(QS. Hud, 11:56)

Jika ini penjelasannya, mana mungkin ada hamba-NYA yang berasa sunyi ditinggalkan sendirian sama ada dalam keadaan senang atau susah. Ini bermakna, apabila kita sulit, maka berdoalah kerana:

"DIA menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya (sebagai rahmat) daripada-NYA."
(QS. At-Jaatsiyah, 45:13)

Jika inilah tawaran yang menanti kita ketika hidup, maka gunakanlah talian hayat terbaik bernama DOA tika kita berasa sulit. Berdoa harus menggunakan tubuh yang segar, minda yang aktif dan hati yang khusyuk. Tanpa gabungan ketiga-tiga elemen ini, maka doa kita belum cukup syarat.

Ketika berDOA rasakan DIA Yang Maha Mendengar ini benar-benar sedang menatap kita dengan rasa penuh cinta-NYA. Jadikan masa berDOA ini seperti seorang yang berada di tepi kekasih tercinta...membisikkan rasa RINDU yang tersimpan sejak sekian lama di telinga pasangannya...santun, sendu, dan membuat seluruh tubuh merasakan syahdunya bermunajat ada RABB.

Berdoalah dengan penuh mengharap, diiringi rasa cemas seperti nelayan yang sedang dipukul ombak menggunung dan perahu hampir karam, seperti kabilah yang kehabisan air sedang tersesat di gurun pasir luas di bawah panas terik membakar, seperti mangsa TSUNAMI yang sedang melihat gelombang besar menelan mangsa.

tanggal 26.12.2004
air mato raso beline
ingat peristiwo dasyat
bencano ale gegaran sunggoh kuat
tsunami doh date
semua hok tuhe buat

Situasi berDOA ini sangat penting, sama pentingnya dengan panggilan kecemasan untuk mendapatkan doktor bila pesakit hampir terhenti nafasnya. Ini perlu kerana DIA amat sibuk seperti yang diberitahu kepada kita melalui kalam-NYA yang bermaksud:

"Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta pada-NYA. Setiap waktu DIA dalam kesibukan."
(QS. Ar-Rahman, 55:29)

Jika semua makhluk yang ada di langit dan di bumi selalu meminta, maka ini termasuklah kita yang sudah menjadi satu kewajipan untuk berdoa serta memohon kepada-NYA sama ada ketika lapang mahupun sempit. Segala permasalahan harus dibentangkan kepada-NYA dan mengharapkan hanya DIA yang menyelesaikan kesulitan setelah kita berusaha dan berDOA.

Bersimpuhlah dengan rendah diri. Menangislah, merataplah dan mengadulah meminta ampun diikuti dengan penuh rasa yakin akan pembentangan masalah, kesedihan dan kesulitan kepada-NYA. Kemudian bersabarlah menanti pertolongan...kemudahan yang semuanya berada di dalam 'kolah' ALLAH SWT sebagai Pemilik, Penguasa dan Pentadbir langit, bumi serta seluruh isinya. Ini dijelaskan oleh DIA sendiri:

"Atau siapakah yang memperkenankan (DOA) orang yang dalam kesulitan apabila dia berDOA kepada-NYA?"
(QS. An-Naml, 27: 62)

Yakinlah bahawa kita yang sedang dilanda masalah akan mendapat hasil DOA yang dipohon lebih daripada apa yang kita harapkan. Perbuatan berdoa ini menjadi penanda keimanan dan ibadat kita kepada Yang Maha Pengasih, Maha Dekat lagi Maha Berkuasa.

Setelah berDOA maka hilanglah rasa resah, bimbang dan gundah-gulana di minda, di HATI serta tenteram dalam penampilan. Kita berasa telah mengikat kemas diri pada RABB dengan tali keyakinan terkukuh yang tidak akan putus. Lalu, keyakinan yang tinggi terbina bahawa DIA akan mengabulkan setiap DOA orang yang dilanda musibah dan kesusahan.

JIKA kita masih diselimuti duka nestapa silih berganti, maka perbanyakkanlah berDOA dengan nama ALLAH SWT..mohon pertolongan-NYA. Rapatkan wajah ke sejadah dengan pasrah...bermunajat pada-NYA bersiramkan air mata kudus tanpa sinnggah perasaan jemu dan kecewa serta mengangkat kedua telapak tangan memohon apa yang dihajatkan.

Jangan pernah berpaling dari rasa mengharap bekalan daripada Pembekal Rezeki. Mengharapkan santunan lembut dan kasih-NYA sambil menanti pertolongan-NYA. Dengarkan setiap patah permohonan yang dihajatkan walaupun air mata mengiringinya kerana ia akan menjadi bukti keakuran kita pada takdir dan penyerahan seluruh peta hidup ini atas KETENTUAN-NYA.

Jangan sesekali berpaling daripada-NYA kerana jika belum memperolehi apa yang dimahukan, bermakna rezeki masih tertunda, bukannya tidak berhasil. Jika kita berpaling dan hilang keimanan pada-NYA, bermakna kita hilang segala-galanya di dunia ini.

Jika kita terus bersabar, berusaha serta beribadat dengan IKHLAS kepada-NYA dan doa terjawab, bermakna kita bukan sahaja mendapat kebahagiaan dan ketenangan keluar dari kepompong kesulitan, tetapi memperolehi dunia dan segala-galanya kerana ada bisikan DIA pada hamba-NYA:

"Dan DIA bersamamu di mana pun kamu berada."
(QS. Al-Hadid, 57:04)

Dan

"Bukankah dengan mengingati ALLAH H.A.T.I. menjadi tenang?"
(QS. Ar-Ra'd,13:28)

Dengan bisikan ini, rasa tenteram akan singgah di H.A.T.I.
Rasa jenuh akan hilang bila hamba mula bersimpuh di hadapan Yang Maha Berkuasa...membuatkan jiwa insan merunduk di samping kekasih yang tidak pernah meninggalkan yang dikasihinya walau sesaat pun. Rasakan kehadiran-NYA, dengarkan kata-kata-NYA dan teruslah mengindahkan dialog dengan Sang Maha Mengasihi ini.


>>>BERSAMBUNG...RASA YAKIN KUNCI D.O.A. TERMAKBUL.

~mz5028~


No comments:

Post a Comment