Tuesday, December 16, 2014

ABC#037

Salam Ukhuwwah Fillah 24 SAFAR 1436H...Hari RABU yang damai, tenang, dan penuh KASIH SAYANG dan CINTA-NYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.

Salam Ceria buat sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH.


Dengan nama-NYA saya mulakan. DIA Yang Maha Penyayang telah mengizinkan saya terus menitipkan sesuatu buat peringatan diri ini yang banyak kekhilafan...Pena berTINTA EMAS meneruskan lakarannya....biiznillah, dengan izin-NYA.

Dengan menyebut nama-MU Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sebagai pengaktifan kesedararan sebelum memulakan tugas.
Sebuah perjanjian dengan ALLAH.

06:162. Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku, semuanya bagi ALLAH, TUHAN semesta alam. 
(QS. Al-An'am, 6:162)
===

24:35. ALLAH (memberi) NUR (cahaya) langit dan bumi. Umpama cahaya-NYA, seperti sebuah lubang di dinding rumah, di dalamnya ada pelita. Pelita itu di dalam gelas. Gelas itu seperti bintang yang berkilauan. Pelita itu dinyalakan dengan minyak pohon yang diberkati, iaitu minyak zaitun yang (tumbuh) bukan di timur dan bukan pula di barat, minyak itu hampir bercahaya dengan sendirinya, meskipun tidak disentuh api. Cahaya berdampingan dengan cahaya. ALLAH menunjukkan siapa yang dikehendakiNYA kepada cahaya-NYA itu. ALLAH Maha Mengetahui setiap sesuatu.
(QS. An-Nur, 24:35)

=== 

Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM...
Jadikanlah HARI RABU ini dan hari-hari selanjutnya jauh lebih baik bagi kami dibanding hari-hari yang telah kami lalui Ya ALLAH.
Bukakanlah, tumbuhkanlah dan bangkitkanlah semangat kami dalam bekerja dan berusaha,
dalam beribadat dan beramal; 
semangat hidup kami HARI INI dan hari-hari selanjutnya...

Ya ALLAH...
Jaminlah keselamatan, kesihatan, keamanan, kedamaian, ketenteraman, keberhasilan dan kesejahteraan bagi kami HARI ini dan hari-hari selanjutnya...

YA ALLAH...
Limpahkan dan lipat-gandakanlah rezeki-MU untuk kami HARI INI dan hari-hari yang selanjutnya ...

YA ALLAH...
Ciptakan dan jadikanlah hanya kesempatan yang baik-baik sahaja bagi kami HARI INI dan hari-hari selanjutnya...

YA ALLAH...
Perlihatkanlah, perdengarkanlah dan rasakanlah kejadian-kejadian, berita-berita dan pengalaman-pengalaman yang menggembirakan dan menyenangkan sahaja kepada kami HARI INI dan hari-hari selanjutnya...

YA ALLAH...
mudahkanlah segala urusan kami,
jauhkanlah dari kami kesulitan apapun...

YA ALLAH...
kabulkan dan perkenankanlah DOA-DOA kami,
wujudkanlah HARAPAN kami.

Allahumma Aamin Ya Rabbal a'lamiin...
===

Masakan BONDA adalah masakan yang paling sedap. Begitu selalunya dikatakan orang. Realitinya pun begitu. 

Percayalah...seorang anak akan sentiasa merindui masakan BONDA-nya jika terpisah sekian lama. RINDU masakan BONDA yang sukar ditandingi. Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu. MENGAPA?

Kata orang, itulah penangan 'AIR TANGAN'.
Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli, dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan BONDA, air tangannyalah yang paling banyak 'terlarut' bersama bahan-bahan masakan.

Benarkah air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak? Benarkah begitu? Hakikatnya, itu bukan sebabnya. Air tangan yang dimaksudkan bukanlah 'AIR' dalam erti kata yang fizikal dan material. Tetapi, air tangan sebenarnya ialah aliran KASIH SAYANG, KESUNGGUHAN, KECERIAAN dan KETULUSAN HATI BONDA yang memasak untuk anaknya. HATI itulah yang mengalirkan 'AIR TANGAN'. Jadi, AIR TANGAN pada hakikatnya ialah aliran KASIH SAYANG semasa BONDA memasak untuk anaknya.

Pakar motivasi dan psikologi sepakat menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh KASIH SAYANG, CERIA dan TULUS, HASIL KERJA-nya akan berkualiti. Dorongan kerjanya bukan untuk 'MENDAPAT' tetapi untuk 'MEMBERI'. Seorang IBU memasak adalah didorong untuk 'memberi' KASIH SAYANG kepada anaknya, berbanding seorang 'chef' yang memasak atas dorongan ganjaran komersil. 

BONDA memasak untuk 'memberi' sedangkan chef memasak untuk menerima. Memberi itu lebih gembira daripada menerima apabila memberi ditunjangi oleh RASA KASIH SAYANG. Dan orang yang melaksanakan satu kerja dengan gembira...pasti kualiti dan nilainya tinggi. NIAT untuk memberi itu lebih dekat dengan IKHLAS. 

BONDA-lah manusia yang paling IKHLAS berbakti untuk seorang anak!

Justeru, semakin IKHLAS, CERIA dan KASIH seseorang pada pekerjaannya dan kepada siapa dia tujukan atas kerjanya itu, maka semakin tinggilah kualiti kerja tersebut. Jika semakin kurang keikhlasan, keceriaan dan kasih sayangnya semasa melakukan kerjanya, maka semakin rendahlah kualiti dan produktiviti kerja tersebut.

Realitinya,
'AIR TANGAN' bukan hanya ada pada kerja memasak. Ia ada dalam setiap jenis pekerjaan. Ia adalah aliran KASIH SAYANG dan KECINTAAN-nya yang seharusnya mengalir dalam setiap pekerja, pemimpin, guru, imam, jurutera, doktor, jururawat sehinggalah seorang buruh kasar,

Setiap individu muslim, wajar bekerja kerana ALLAH untuk berkhidmat sesama manusia. Seorang yang paling KASIH-kan ALLAH, dialah yang paling KASIH-kan manusia dan orang seperti inilah yang paling tinggi kualiti kerjanya.

Sabda RASULULLAH S.A.W:

"Bahawasanya ALLAH S.W.T. suka apabila seseorang daripadamu membuat sesuatu kerja, dia memperelokkan kerjanya."  

===

Uhibbuki fillah abadan abada ilal Jannah ya habibatie
bondaku terCINTA JAMILAH BINTI IBRAHIM.
~*~*~*~*~
Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan...

===

Hutang-ku Pada IBU
***********
Kekadang terasa ditusuk rasa nan gelisah
Pada wajahmu yang menanggung resah
Lalu keringatmu yang membanting tenaga
Dan getir mujahadahmu di kelelahan jiwa
Dari buaianku hinggalah dewasa

KINI aku terpaku dalam lelah SAFAR KEHIDUPAN
Meneguk kesusahan...ujian demi ujian
Entah bilakan reda

IBU...
Cuba kupadam hitam yang mencalar semalam
Tika kugamit cerah esok yang masih berbalam
Dan hari-hariku ini...yang terus-terusan mencengkam

IBU...
Apakah aku terlalu
Pada deritamu yang aku relakan
Pada jerit batinmu yang aku pekakkan
Pada sengsara jiwamu yang tak pernah...aku belaikan

IBU...hutang anakmu ini sudah terlalu!

#Nota hati seorang anak | Pahrol Mohd Juoi


Aku, Ibu dan DIA...
*********

Dalam HATI EMAS-mu tiada kebencian
Semua CINTA dan KASIH
Dalam dada-mu tiada musuh
Semua MAAF dan RINDU

Kau pandang segala-galanya INDAH
Tanpa gentar untuk berpisah

Kau cari cuma SATU
Tapi harganya selaut pilu
Oh...IBU yang hampir pada-ku
Bawalah aku hampir pada-NYA
RINDU-RINDU-ku pada dia
RINDU lagi dia pada-NYA.

#Indahnya Bila DIA di HATIku...| Di Mana DIA Di HATIku? | Pahrol Mohd Juoi.  



#ALHAMDULILLAH...Allah Bagi CINTA-NYA...24-02-1436H | 17-12-2014M 11:01




No comments:

Post a Comment