Wednesday, July 1, 2015

ABC#142

Salam Mahabbah Fillah 14 RAMADHAN 1436H.. Hari RABU yang damai dan penuh cinta-NYA.. Segunung Kasih Selangit Sayang Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.. Semoga segala urusan kita sepanjang hari ini DIA permudahkan.

Dengan lafaz BISMILLAH, lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan buat peringatan diri yang serba kekhilafan.

ALHAMDULILLAH.. Bersyukur ke hadratMU Ilahi kerana limpah kurnia dan inayahMU, nikmat Ihsan, Iman dan Islam ini Engkau anugerahi diriku sehingga detik MASA ini. Terima kasih Ya ALLAH.

Halaqah CINTA [sila KLIK di sini]

Ya Rabb..
Aku titipkan HATI EMAS-ku ini pada-MU 
Berikanlah pada orang yang namanya tertulis di Lauh Mahfudz 
Berikanlah pada orang yang melabuhkan CINTA-nya pada-MU .

Ya Rabb..
Aku yakin Takdir-MU pasti 
Aku yakin Rencana-MU sangat terukir
Aku yakin Kehendak-MU yang terbaik 
Aku yakin setiap ketetapan-MU yang tidak ada yang salah.. 
Maka, aku pun harus yakin

Ya Rabb..
Dengan segala Kekuasaan-MU 
Dengan segala Kekuatan-MU 
Dengan segala Keagungan-MU

Aku memohon kepada-MU...
Kuatkanlah hati ini saat Ketetapan-MU membuat hati ini terasa sempit
Tenangkan hati ini saat Ketetapan-MU membuat hati ini terasa berat
Sesungguhnya hanya dengan Pertolongan-MU, 
Diri ini bisa menjalani semua Ketentuan-MU.. .

Ya Rabb.. 
Buatlah diriku mencintai-MU 
lebih dari segala makhluk yang telah ENGKAU ciptakan, 
Buatlah diriku mencintai Rasulullah, 
kerana Engkau pun mencintainya... 
Aamiin Ya Rabbal 'Aalamiin..


Biarkan Air Mata itu Mengalir
*******
Biarkan air matamu mengalir. Kerana di suatu saat, ia akan berhenti dengan sendirinya tanpa mahu mengalir lagi. Air mata yang mengalir itu, sebenarnya sedang membasuh luka-luka yang parah di dalam hati. Air mata meluahkan isi hati yang menenangkan jiwa. Kerana ada ketikanya mulut membicarakan tetapi hati menafikan. Sedangkan, selagi yang terkurung di dalam hati itu tidak diluahkan, maka ia akan terus melukakan hati menjadi tenat.

Jangan ditahan-tahan kerana suatu ketika, yang ditahan itu akan mengalir juga ke pipi, lalu mengembalikan kesedihan yang disekat-sekat. Malah, mungkin aliran air mata itu, bukan lagi seperti air terjun yang meluncur laju, tetapi seperti geiser dan lava yang memuntahkan segala isi di dalamnya, lalu memusnahkan segala yang ada di sekelilingnya.

√ Maka, berserahlah kepada ALLAH Yang Maha Mengetahui. Di situlah adanya keimanan kerana manusia yang beriman hanya lemah di hadapan tuhannya, Tetapi di mata manusia, dia seorang yang gagah. Rasulullah s.a.w (selawat ke atas junjungan) utusan yang agung lebih dahsyat ujian yang ditimpakan ke atas baginda. Subhanallah! Tetapi bagindalah manusia yang paling beriman, bertaqwa dan penyabar! 

Allahuakbar….


DOA adalah Bahasa RINDU dan CINTA 
yang paling cepat sampai ke HATI EMAS 
tanpa perlu didengar atau dibaca.

~*~*~*~*~


To: You
From: Me
Message: Here's my HEART. Take care of IT!

Open when..
You need to know
How Much I LOVE U FILLAH!


~You Complete Me!~


|| 1 HARI 1 JUZ 1 UKHUWWAH FILLAH ||
Warkah Pengikat HATI EMAS

JUZ 14
QS. Hijr, 15: 2-99
QS. Al-Nahl, 16: 1-28


RINGKASAN JUZUK
Juzuk ini merangkumi dua surah iaiti al-Hijr dan an-Nahl, keduanya mempunyai mesej khusus yang berbeza tetapi berkesinambungan. Al-Hijr adalah suatu peringatan bahawa Allah sentiasa akan bersama hamba-Nya dalam perjuangan risalah. An-Nahl terkandung di dalamnya kisah-kisah tentang nikmat Allah yang banyak. Menggabungkan keduanya, tahulah kita bahawa nikmat apa pun yang kita miliki, semua itu tidak bernilai sekiranya kita tidak merasai nikmat kebersamaan Allah dalam perjuangan.

PERISTIWA
Kewafatan Mudzfaruddin Kawkaburi pada 630 Hijrah, seorang panglima Muslim berbangsa Turki.

HIDUPKAN RAMADHAN DENGAN LAILATUL QADR
Kini, sudah hampir separuh Ramadhan dilalui. Persiapkan sungguh-sungguh ibadah agar terus konsisten bahkan lebih baik pada 10 malam terakhir Ramadhan. Salah satu daripada 10 malam yang dinamakan Lailatul Qadr itu tidak terbanding dengan 1000 bulan. 

#Mari memburu LAILATUL QADR!
#RAMADHAN Milik Kita
#RMK14


#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta-NYA.. 14-09-1436H | 01-07-2015M 16:04 RABU

No comments:

Post a Comment