Wednesday, July 29, 2015

ABC#154

Salam Mahabbah Fillah 14 SYAWAL 1436H.. Hari KHAMIS yang ceria dan penuh kasih sayangNYA. Selangit Kasih, Segunung Sayang, Selaut Cinta di Muara RINDU buat sahabat fillah HATI EMAS yang dicintai kerana ALLAH.

Dengan lafaz BISMILLAH..lakaran Warkah Pengikat HATI EMAS ini dimulakan..buat peringatan diri yang serba kekhilafan ini.

ALHAMDULILLAH.. Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat Ihsan, Iman dan Islam anugerah teragungMU Ya ALLAH..

It's THURSDAY.. ALHAMDULILLAH.


Allahu Yahfazuki Ya Habibatiey Fillah..
Semoga sentiasa dalam jagaan DIA.
#UhibbukiFillah

"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang lebih lurus, dan memberikan khabar berita gembira kepada orang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar."
(Al-Israa', 17:09)


DOA anak yang SOLEH akan membantu kedua ibubapanya 
mendapat tempat yang baik di AKHIRAT..
Inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa 
di alam KUBUR.

Erti SAYANG seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, 
tetapi SAYANG seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan DOA-nya 
supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi ALLAH.


Sesiapa yang mengaku SAYANG, 
meluah CINTA harus bermuhasabah, 
sejauh mana dia telah memberi.

Memberi Perhatian, Kemaafan, DOA, 
Pertolongan, MASA, dan Pengorbanan.
#CINTA
#SerautKATASelautRASA



"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arsy yang agung.” 
(QS. At-Taubah, 9:129)

  
Jangan berputus asa
Jangan mudah kecewa....
Tika dirundung gagal
Pasti ada hikmahnya...
Pasti ada jalannya menuju kejayaan....
Kegagalan itu adalah harganya yang perlu kita bayar...
Dalam perjuangan mencapai kejayaan pasti di masa depan...

Gagal bukan pilihan...
Gagal bukan mainan...
Gagal itu cubaan...
Gagal itu ukuran menimba pengalaman harungi kehidupan...
Pasti kejayaan ada tersembunyi di dalam kegagalan...
Terus berusaha teruskan ber-DOA...
Tawakkkal pada TUHAN...

Yakin...yakinlah kau pasti berjaya
Yakin...yakinlah MASA-nya pasti akan tiba...


CINTA Kerana ALLAH 
Asasnya IMAN,
Tujuannya IBADAH,
Jalannya MUJAHADAH..

Orang yang CINTA kepada seseorang 
dengan keyakinan orang yang dicintainya itu dicintai ALLAH,
tetap akan mendapat kelebihan orang yang mencintai kerana ALLAH
walaupun andainya orang yang dicintainya itu bukan orang yang mencintai ALLAH!

Namun ber-DOA-lah,
supaya kita men-CINTA-i orang yang benar-benar mencintai ALLAH. 
#CINTA
#SerautKATASelautRASA


#ALHAMDULILLAH.. Allah Beri Cinta Dia.. 14-10-1436H | 30-07-2015M 10:10 KHAMIS
#UlangHARIkelahiranKami
#BulanPembuktianTaqwa
#BulanPeningkatanAmal
#BulanKembaliKeFitrah
#BulanSilaturrahim
#LOVEisU
#ODOJ_014

No comments:

Post a Comment